Isnin, 24 Julai 2017

Filem Blok 404 bakal menemui anda tidak lama lagi | Teaser Filem Blok 404

Filem Blok 404 bakal menemui anda tidak lama lagi | Teaser Filem Blok 404 | Korang ingat lagi tak telefilem seram Blok 404 yang pernah ditayangkan pada tahun 2003? Telefilem ini mendapat sambutan yang menggalakkan ketika itu dan selepas 14 tahun,  kini ianya difilemkan. Yang menariknya, filem Blok 404 masih mengekalkan beberapa orang pelakon asal seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Dato Boy Iman.

Filem Blok 404
Filem Blok 404 terbitan DBI Entertainment ini juga menampilkan beberapa wajah baru seperti Amar Asyraf, Nur Risteena Munim, Nadia Brian, Aedy Ashraf, Adrea Abdullah dan Fasha Sandha. Untuk pengetahuan semua, filem ini dijangka akan menemui penonton di pawagam pada hujung tahun ini.

Filem Blok 404

Sinopsis Filem Blok 404

Tiga orang sahabat dalam pengembaraan terindah bagi melepaskan tekanan. Mereka adalah Zul, Intan dan Hairi yang masing masing mahu lari dari masalah yang melanda. Intan dan Hairi juga adalah pasangan yang terkenal di media sosial yang berdepan dengan masalah hubungan cinta yang kian rapuh. Kembara mereka ke sebuah lokasi pelancongan di selatan tanah air diharap dapat memperbaiki hubungan mereka.


Dibawa juga rakan baik yang juga dianggap sebagai seorang "pengaman" hubungan mereka. Namun perjalanan mereka terhenti saat kereta yang dipandu tiba tiba berhenti dan rosak di tengah jalan. Kini mereka tidak mempunyai pilihan lain daripada turut berjalan untuk mendapatkan bantuan. Nasib baik Zul sempat ternampak sebuah rumah di bawah bukit yang dinamakan Guesthouse 404 dan mungkin boleh mendapatkan bantuan disitu.

Misha pula seorang pekerja baru yang memulakan tugasnya di Guest House 404 dan setiap langkahnya dibantu oleh pengurus guesthouse terbabit, yang senang dipanggil Wan. Walaupun agak lambat menyelesaikan tugasnya namun dia sentiasa cuba untuk lakukan yang terbaik.  Termasuk berdepan dengan pelanggan yang sangat menyakitkan hati seperti Gina.

Gina adalah seorang pelajar yang datang ke Guesthouse untuk dapatkan ketenangan, namun agak kecewa apabila tiada lelaki yang boleh ‘menjamu’ matanya di rumah tamu terbabit. Yang ada hanyalah Duan, seorang pemuda misteri yang pendiam dan banyak memerhatikan keadaan saja. Duan ke situ kerana mendapat jemputan untuk memberi ‘review’ mengenai lokasi terbabit, namun dirinya yang sangat mudah merasakan sesuatu yang kena menyebabkan sentiasa tak senang duduk.

Wan sudah beberapa tahun menjaga Guesthouse 404, bersama pekerja terbaiknya iaitu Husin yang dianggap sebagai senior. Wan sudah boleh merasai kehadiran Misha tidak disukai oleh Husin namun dia perlukan pekerja wanita untuk membantu urusan kerjanya di situ.

Lokasi rumah tamu yang terpencil dan di tepi sungai ditambah pula dengan ketenangan dekorasi di situ menjanjikan ketenangan pada sesiapa yang ada di situ. Zul, Intan dan Hairi yang melangkah ke rumah tamu itu pun jadi terpana. Rumah tamu itu turut mengamalkan konsep ‘disconnect to connect’ yang membawa maksud tiada kemudahan internet dan line telefon. 

Yang  ada hanyalah alam untuk  diterokai. Di saat itulah Zul terserempak dengan Gina yang sangat perlukan perhatian lelaki, dan terus mula saling menggoda. Majlis BBQ istimewa mula menanti semua yang ada di rumah tamu itu. Masing-masing bergembira saat itu. Misha bertambah takut apabila Duan memberitahu rumah tamu ini ada sisi gelapnya.

Bagi pasangan sensasi media sosial, Hairi dan Intan, malam itu mereka mahu mulakan sesuatu yang baru. Bagaimanapun dijadikan cerita Intan ternampak mesej Hairi curang dengan gadis lain dan dia rasakan itulah peluang terakhirnya untuk tidak lagi bersamanya. Pelbagai cerita aneh mula terjadi ketika itu. Apakah yang terjadi sebenarnya? Apakah signifikan filem ini..Hidup Sampai Mati.

Teaser Filem Blok 404

Tiada ulasan:

Catat Ulasan