Isnin, 5 Jun 2017

Restoren Nelayan Gombak menawarkan buffet ramadan yang sangat murah dan lazat

By luqman zakaria  |  13:56 2 comments

Percaya atau tidak hanya dengan RM49.90, korang boleh menikmati pelbagai hidangan yang menarik untuk berbuka puasa. Dimana? Tentunya di Restoren Nelayan Gombak yang dahulunya terletak di Titiwangsa Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan korang, Restoren ini telah berpindah ke Batu 8 3/4 gombak sejak tahun 2011 lagi. 

Buffet Ramadan di Restoren Nelayan Gombak
Apa yang bakal disajikan oleh Restoren Nelayan Gombak untuk pelanggan yang datang untuk buffet ramadan? Jangan risau! ada banyak pilihan makanan untuk korang semua nikmati. Jom kita tengok apa yang menarik di sini.

Antara yang menarik di Restoren Nelayan Gombak
Ada pelbagai masakan melayu yang ada untuk buffet ramadan dan yang menariknya ada beberapa hidangan yang disediakan secara live, antaranya adalah daging gulai kawah tanjung dan daging salai masak lemak. Aku sempat mencuba kedua dua hidangan ini dan tak dinafikan rasanya memang sedap.


Meraka juga menggunakan konsep gerai untuk menjadikan buffet ramadan kali ini lebih menarik. Antara stall yang menjadi salah satu tarikan adalah gerai Roti Jala magic dimana mereka menggunakan magic flour. Kalau korang nak tahu, magic flour ini bukan sahaja boleh digunakan untuk buat roti jala tapi ianya digunakan untuk buat pancake, donut, kek dan macam macam lagi.

Magic Flour
Menarik kan! Kalau korang datang berbuka di Restoren Nelayan Gombak ini jangan lepaskan peluang untuk mencuba roti jala yang disediakan secara live oleh mereka. Jom kita tengok gerai lain yang ada di Restoren Nelayan Gombak ini. 

seleksi mee dan kueh mueh
Selain gerai roti jala, mereka juga menyediakan gerai mee, buah buahan dan kueh mueh melayu yang sangat menyelerakan. Pilihan untuk minuman juga banyak dan salah satu yang menarik perhatian adalah air cendol. Bayangkan dengan hanya 49.90 sahaja korang boleh menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman. Kemudahan juga disediakan untuk mereka yang berbuka puasa di restoren ini.

Antra kemudahan yang disediakan oleh Restoren Nelayan Gombak 
  • Pelanggan tidak perlu risau tentang parking kerana mereka mempunyai tiga ruang parking yang mampu menempatkan sehingga 100 buah kereta.
  • Ruang solat yang ada di restoren ini mampu memuatkan sehingga 30 orang pada satu masa.
  • Mereka juga menyediakan dewan untuk solat terawih. Jadi sekiranya korang ingin menunaikan solat terawih selepas berbuka, bolehlah solat disana dan tak perlu bergesa gesa.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut berkaitan dengan buffet Ramadan, korang boleh menghubungi mereka di talian 03-61858400, 013-2237228, 013-2967228 dan 019-2931397.

Restoren Nelayan Gombak
Batu 8 3/4, Jalan Gombak Utara, Kuala Lumpur (Berdekatan dengan UIA Gombak)
Email
nelayangombak@gmail.com
Laman Web
Facebook
Instagram

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

2 ulasan:

  1. Bulan puasa, bulan memakan sana sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau takpe..semua tempat buat buffet ramadan sekarang ini.hehe

      Padam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP