Selasa, 20 Jun 2017

Resepi Sup Daging paling mudah dan senang menggunakan Rempah Ratus Mak Siti


Resepi Sup Daging paling mudah dan senang menggunakan Rempah Ratus Mak Siti | Seorang luqman zakaria berkongsi resepi masakan dalam blog adalah sesuatu sangat rare yer tuan tuan dan puan puan sekalian. Jadi, kalau korang tengok ada resepi masakan dalam blog ini percayalah ianya masakan yang sangat mudah dan senang untuk dibuat sebab korang pon tahu kan hobi aku ini makan jer bukan masak.hehe!


Untuk pengetahuan korang yang jarang meluangkan masa dekat dapur macam aku ini, Sup adalah antara masakan yang paling senang untuk dimasak dan yang paling best, sup ini boleh dimakan dengan nasi, mee dan macam macam lagi. Jadi, kalau bakal mak mertua datang merisik tuh bolehlah masak sup yer. 

Sup Daging

Resepi Sup Daging menggunakan Rempah Ratus Mak siti 

Resepi ini bukan sahaja mudah dan senang, malah ianya sangat sedap dan menyelerakan sebab rempah ratus yang digunakan dalam sup daging ini adalah rempah ratus mak siti. Pastikan korang gunakan rempah ratus mak siti kalau nak sup jadi lebih sedap.

Serbuk Rempah Sup Mak Siti
Bahan Bahan :
  • 250g Daging
  • 1 pek kecil (25g) Serbuk Rempah Sup Mak Siti *dibancuh dengan sedikit air
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 batang lobak
  • 1 Helai daun bawang*dihiris halus
  • 1 Helai daun Sadri*dihiris halus
  • 3 Ulas bawang merah*ditumbuk dan dihiris
  • 2 Ulas bawang putih*ditumbuk dan dihiris
  • 2 sudu besar Minyak Masak


Cara caranya :
  1. Panaskan minyak dalam periuk dulu, lepas tuh korang masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus tadi dan tumis sehingga berwarna kuning keemasan.
  2. Ini part paling penting yer tuan tuan dan puan puan sekalian! Masukkan bancuhan serbuk rempah sup Mak Siti dan kacau sehingga garing. 
  3. Masukkan daging, air dan tunggu sampailah daging empuk. Bila dah  empuk barulah tambahkan garam secukup rasa.
  4. Kecilkan api dan masukkan ubi kentang dan lobak merah.
  5. Bila semuanya dah empuk, korang boleh la hidangkan sup daging tapi sebelum tuh jangan lupa taburkan daun bawang dan daun sadri.
Maka dengan itu, selesailah resepi sup daging paling mudah dan senang dari luqman zakaria. Aku yang setahun sekali masuk dapur ini pon boleh masak sup daging, apatah lagi korang. Lepas ini kalau mak aku suruh masak, aku tak risau dah. Cakap jer nak masak apa. rempah ratus mak siti sedia membantu. Lagi pon produk ini senang didapati dan ianya dijual dimerata tempat contohnya Mydin, Giant, Tesco, Aeon Big, jusco dan juga di kedai kedai runcit yang berdekatan. Mungkin lepas ini aku boleh cuba masak Sup sayur pulak sebab Syafiera Yamin ada share pasal Sup Sayur dalam blog dia. Kena cabar diri ini, buktikan dekat semua yang aku pon boleh masak macam macam. gituh!

Rempah Ratus Mak Siti


Rempah Ratus Mak Siti
Kalau korang nak tahu produk Mak Siti sudah berada dipasaran sejak dari tahun 1975 lagi. Mereka mempunyai kilang dan ladang sendiri untuk memastikan produk yang dikeluarkan adalah yang terbaik. Aku memang yakin dengan rempah ratus mak siti ini sebab ianya adalah produk yang semulajadi, tiada pewarna dan perasa tiruan. Ladang milik mereka juga pernah mendapat pengkiktirafan sebagai "The Largest Herbs & Spices Plantation'' oleh The Malaysia Book of Records (MBR). Satu kejayaan yang hebat kan. Produk yang dikeluarkan juga sangat banyak bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Antara produk utama yang boleh didapati dipasaran adalah :
  • Serbuk rempah kari daging
  • Serbuk rempah kari ikan
  • Serbuk rempah sup
  • Serbuk rempah sup soto
  • Serbuk rempah rendang
  • Serbuk rempah masak kicap ikan
  • Serbuk rempah kari masakan laut
  • Sup rempah Kurma


Majlis berbuka puasa bersama anak yatim & Pelancaran produk baru Mak Siti


Perasmian Majlis berbuka puasa
Baru baru ini aku berpeluang untuk menghadirkan diri ke majlis berbuka puasa yang berlangsung di Restoren rempah kari Mak Siti yang terletak di Jalan Jujur 2, bandar tun razak, cheras. Mereka menghidangkan pelbagai jenis masakan yang cukup sedap dan semestinya produk Rempah Mak Siti digunakan dalam setiap jenis makanan yang ada. 

Antara masakan yang menggunakan produk Mak Siti

Produk baru Mak Siti yang bakal laris dipasaran 


Pengeluar produk Mak Siti, Nasuha Enterprise Sdn Bhd kini melancarkan produk baru yang pasti akan memikat hati kakak kakak dan mak mak diluar sana. tadaaaa!

Produk baru Mak Siti
Inilah dia produk rempah baru yang akan berada dipasaran tak lama lagi. Ianya didatangkan dengan botol yang sangat menarik dan comel. Pada pendapat aku, mengeluarkan produk dalam botol seperti ini akan memudahkan lagi kerja kerja memasak didapur. Tak perlu membeli bekas extra untuk letakkan rempah. Dapur juga akan berada dalam keadaan yang kemas dan tersusun. Berikut adalah antara produk rempah Mak Siti yang boleh didapati dalam botol. 
  • Emping Cili (Chili Flakes)
  • Serbuk Cili
  • Daun Limau Purut
  • Serbuk Daun Limau Purut
  • Serbuk Kayu Manis
  • Serbuk Halia
  • Serbuk Lada Putih
  • Serbuk Lada Hitam
  • Serbuk Kunyit

Memang tak dinafikan yang produk Mak Siti sememangnya dapat memenuhi keperluan mereka yang gemar memasak. Produk ini bukan sahaja pelbagai tapi ianya mampu membuatkan masakan korang sesedap masakan ibu/mak. Jadi, korang semua kena dapatkan Rempah Ratus Mak Siti  untuk menghasilkan masakan sesedap masakan mak. Ingat mak, Ingat Mak Siti. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan produk Mak Siti, korang boleh rujuk info yang tertera seperti dibawah.

Website
www.maksiti.com
Facebook
Instagram
Alamat
Nasuha Enterprise Sdn Bhd,
Ladang Rempah Ratus & Herba,
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh,
84500 Muar, Johor.
Telefon
+606 9737508/509
Whatsapp
+6017 3309330

26 ulasan:

  1. Akak memang guna rempah sup mak siti dan sup bunjut untuk masak Sup ayam atau daging..sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke kak! memang terbaikkan Rempah mak siti nih..macam macam ada..senang nak masak.

      Padam
  2. Sup daging my favorite..

    Ni kalau demam, dapat pekena sup daging memang best

    BalasPadam
    Balasan
    1. pekena time panas panas tuh memang layan kan. hilang demam..hehe

      Padam
  3. Sedap ni dpt pekena sup daging.. lebih2 lagi dgn Rrempah ratus Mak Siti.. compem sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap abg. Makan plak dengan nasi panas kan..

      Padam
  4. Sedap plak kalau hirup sup daging tetengahari ni huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. aip2..bulan puasa nih..haha..nak hirup time tengahari kena tunggu lepas raya. hehe

      Padam
  5. sup-sup ni mamajue memang suka masak tau.. sedap!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Mamajue..lagi pn nak masak sup nih x susah sangat.

      Padam
  6. Sedapnya sup daging memang favorite kita. Tambah lebih sambal kicap memang terangkat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. kena tambah sambal barulah best!

      Padam
  7. sup tu makan pula ngan sambal kicap perghhhhh! sedapppnya hhahahahaha kuatkanlah imanku..mak siti terbaik! pernah cuba rempah soto dia memang sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuhlah! terlupa sambal kicap la kak fink!

      Padam
  8. I suka.sup daging luqman.. kau tambah sikit sayur sayuran beekhasiat lagi sedap hehhss

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg sedap sup daging..sayur mmg berkhasiat tapi iolls x makan sayur..hehe.

      Padam
  9. Ini kalau di tambah dengan tulang lembu lagi mantop ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuh! kalau tambah tulang lembu memang bertambah tambah la makan FH! hehe.

      Padam
  10. Akak memang suka pakai rempah sup mak siti sebab rasa rempah ratus tu cukup terasa. bila msk sup daging ke sup tulang ke mudah ngn rempah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan senang je kalau ada rempah mak siti nih..sedap pn sedap.

      Padam
  11. Kalau zati makan dengan mee.. huhu.. dgn sambal kicap.. hmm.. kecur air liur.. huhu

    BalasPadam
  12. tak pernah lagi dengar brand ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke..lepas nih kalau masak try la guna Rempah mak siti nih..sedap tau.

      Padam