Khamis, 29 Jun 2017

Proses dan cara cara menukarkan Kad Myrapid sedia ada kepada Kad Myrapid Touch N Go yang baru

Proses dan cara cara menukarkan Kad Myrapid sedia ada kepada Kad Myrapid Touch N Go yang baru | Ada sesiapa yang baca entry ini pengguna kad Myrapid tak? kalau ada, samalah kita! Korang mesti dah tahu yang sekarang ini, kad Myrapid yang digunakan sekarang akan ditamatkan tempoh penggunaannya tak lama lagi dan pengguna diwajibkan menukar kad yang sedia ada dengan kad rapidkl touch and go (TnG) yang baru. Aku baru jer tukar beberapa minggu yang lepas. Kalau ada antara korang masih belum tukar. Jom baca sambungan entry ini sebab ada beberapa perkara penting yang perlu korang semua perlu tahu sebelum menukar kad korang.

Penukaran kad Myrapid bermula pada 15 Jun sehingga 15 July 2017 ( Disambung sehingga 31 July 2017)

Untuk pengetahuan semua, penukaran kad rapidkl dijalankan bermula dari 15 Jun 2017 lagi dan tiada caj tambahan dikenakan bagi mereka yang menukar kad rapidkl pada tarikh yang ditetapkan.

*Update terbaru untuk semua, penukaran kad telah dilanjutkan sehingga 31 july 2017. Jadi, kepada korang yang masih belum sempat tukar kad yang lama kepada yang baru make sure tukar sebelum hujung bulan ini. terima kasih

Penukaran kad Myrapid biasa

Kad Myrapid biasa boleh ditukar di semua kaunter khidmat pelanggan Monorel, BRT dan LRT kecuali stesen LRT Abdullah Hukum.

Penukaran kad Myrapid konsesi

Untuk pengguna kad rapidkl konsesi, penukaran kad hanya boleh dilakukan di Rapid KL concession counter yang terletak di Pasar Seni.

Syarat Syarat/ cara cara Penukaran kad yang perlu dipatuhi oleh pengguna

  • Untuk menukar kad Myrapid yang baru, korang perlu membawa bersama kad Myrapid yang sedia ada. *kalau tak bawa macam mana nak tukar kan.hehe
  • Untuk proses penukaran kad, baki di dalam kad yang sedia ada perlu digenapkan (contohnya RM5, RM10, RM15) 
  • Baki di dalam kad yang sedia ada perlu ada sekurang kurangnya RM5. Sekiranya baki kurang dari RM5, Korang perlu menambah nilai kepada RM5.
  • Sekiranya baki yang ada didalam kad tidak mencukupi nilai penambahan setiap RM5 (Contohnya RM 14.50), Korang perlu menambah RM0.50 untuk mengenapkan jumlah nilai kepada RM15.
  • Baki yang ada dalam kad myrapid yang sedia ada akan dipindahkan ke dalam kad myrapid TnG yang baru.
Peringatan untuk pengguna Myrapid Touch and Go (TnG) yang baru
  • Selepas 15 Julai 2017, kad Myrapid yang sedia ada tidak akan dapat digunakan lagi.
  • Tambah nilai untuk kad Myrapid TnG tidak boleh dilakukan di vending machine.
  • Tambah nilai Kad Myrapid TnG boleh dilaku di stesen LRT, BRT, MRT dan Monorel. Setiap tambah nilai untuk kad akan dicaj RM0.50 (Nilai minima untuk tambah nilai adalah RM10).
  • Tambah nilai kad Myrapid tanpa caj tambahan boleh dilakukan dilokasi berikut :-
  • NZ Curry House
  • Tesco
  • Guardian
  • Watsons
  • Caring Pharmacy
  • Caltex 
  • Shell
  • Petronas
  • KK Supermart
  • Cold Storage
  • Giant
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan penukaran kad Myrapid, korang boleh layari laman sesawang Rapidkl seperti yang tertera.

Website

29 ulasan:

  1. Sy bukan pengguna kad Myrapid, tapi info ni sangat berguna 😄👍👍☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, harapnya boleh memudahkan pengguna kad rapid bila nak tukar kad nanti..hehe

      Padam
  2. ooo..tapi akak ada 2 kad ni..boleh tukar ke dua2 sekali?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh rasanya kak, nanti akak akan dapat dua kad baru jgk la sbb dia takleh combined..

      Padam
  3. alaaa tak pernah naik bas rapid tu laa

    Selamat Hari Raya.. ;)

    Jemput singgah ke blog MamaJue

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeke..kena try naik tuh mamajue sekali sekala..

      Selamat hari raya jgk..

      Padam
  4. Oo dah guna kad ye rapidkl sekarang. Bagus laa.. senang Dan praktikal

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu pakai jgk tapi skg kena tukar yang tng plak hehe

      Padam
  5. Balasan
    1. Aah kak..kena p tukaq kalau tak nanti kad yang lama xleh guna dah..

      Padam
  6. Kad baru ni boleh ke guna utk ktm?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh sebab dia dah upgrade kepada touch n go..jadi takde masalah.

      Padam
  7. ada nampak iklan pasal ni. Best jugak kalau buat 1 ni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. buatlah nanti kalau nak naik lrt senang. lepas 15 julai yang lama xboleh pakai dah.

      Padam
  8. Kalo pakai kad watson yg touch n go tu xpayah tukar kad kan?

    BalasPadam
  9. waa.. kad dia memang ade gambar muka kita ? macam kad matrik.. hee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ada gambar tuh untuk konsesi sahaja.. kalau yang biasa kita pakai boleh rujuk gambar kad belah kanan tuh..tuh kad Myrapid Touch N Go yang baru.

      Padam
  10. Thanks for the reminder. Terlupa nak kena tukaq kad dah. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome Migha! Sempat lagi tuh..Sempat lagi nih..hehe

      Padam
  11. Saya punya kad yg petronas touch and go. Boleh ke tukar kpd kad yg baru ni ? Hmm kad saya ni now dah susah nak scan time naik rapid and ktm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti plak dengan kad petronas nih.. setahu saya, penukaran kad nih untuk pengguna kad myrapid yang biasa tukar jadi touch n go. Mungkin boleh rujuk dengan rapidkl yer.

      Padam
    2. oh oke, mekaseh ya

      Padam
  12. Kad baru ni boleh guna untuk ktm x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh! Sebab tuh rapidkl suruh tukar sebab senang nanti boleh guna kat ktm jgk.

      Padam
  13. Saya guna kad myRapid pelajar. Tak apa ke kalau gambar dekat bahagian gambar tu dah hilang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf cik/En. Yang tuh saya tak pasti.. mungkin boleh contact rapidkl untuk dapatkan kepastian ya.

      Padam
  14. macam mana ye nak buat kad myrapid?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer approach kaunter LRT untuk buat kad myrapid. :)

      Padam