Khamis, 8 Jun 2017

Pizza Hut Loaded Pockets kembali lagi sempena bulan Ramadan dan Hari Raya

By luqman zakaria  |  21:49 2 comments

Pizza Hut Loaded Pockets kembali lagi sempena bulan Ramadan dan Hari Raya | Pizza Hut Loaded Pockets edisi terhad ini sudah mula dijual di semua lokasi Pizza Hut seluruh negara bermula 11 Mei sehingga 21 Julai 2017. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba kerana pizza edisi terhad ini mampu memberikan kepuasan yang tak terhingga buat penggemar Pizza.

Pizza Hut Loaded Pockets
Pizza edisi terhad ini mempunyai 12 kerak pockets yang cukup padat dengan inti. Setiap pocket pizza yang berisikan ayam, cendawan dan cheddar cheese ini sangat menyelerakan . Mereka juga meggunakan kombinasi bahan bahan lain seperti lada benggala, cebisan nanas dan juga bawang yang dikaremal untuk meningkatkan lagi selera makan korang.

Eric Leong, Pizza Hut Malaysia General Manager, Fathia Latiff, Pizza Hut Malaysia Brand Ambassador, and Jean Ler, Pizza Hut Malaysia Chief Marketing Officer 
Baru baru ini aku berpeluang untuk ke Pizza Hut yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur untuk mencuba sendiri keenakan pizza ini bersama Duta Pizza Hut Malaysia, Fathia Latif. Turut hadir bersama di majlis pelancaran loaded pockets adalah fan club Fathia Latif sendiri. 

Fan Club Fathia Latif
Pizza Loaded Pockets ini boleh dipesan secara ala carte dengan harga RM32.50. Korang juga boleh mendapatkan pizza Loaded Pockets ini secara kombo. Set Kombo ini ditawarkan pada harga yang amat berpatutan iaitu RM39.90 untuk dua orang, dan RM79.90 untuk empat orang. Set ini mengandungi:-

"Setiap kombo mengandungi satu piza Loaded Pockets bersaiz sederhana *kombo untuk empat orang termasuk satu lagi piza kegemaran bersaiz sederhana, sup cendawan, pilihan minuman seperti Shaken Ice Lemon Tea dan Wildberry Smash Tea, seleksi pembuka selera untuk dipilih seperti chips & dips, Caesar Salad, garlic bread, crispy fries dan pencuci mulut puding ros."

Pizza Hut Loaded Pockets
Kepada semua penggemar pizza, jangan lepaskan peluang untuk mencuba pizza edisi terhad ini dan jangan lupa untuk menyertai 35 bites challenge yang diadakan oleh Pizza Hut.

35 Bites Challenge
Sekiranya korang berminat untuk join dan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan challenge ini, korang boleh layari pizzahut35bites.com.my . Layari juga laman web pizza hut dan facebook mereka seperti yang tertera untuk mendapatkan info info terkini mengenai Pizza Hut! Selamat mencuba.

Laman Web
Facebook

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

2 ulasan:

  1. wow... sedapnya.. dh lama tak mkn pizza

    BalasPadam
    Balasan
    1. bole la tuh kak ke pizza hut bulan puasa nih..ada pizza edisi terhad..boleh cuba.

      Padam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP