Sabtu, 17 Jun 2017

Penjelasan Boy Iman mengenai Anugerah gelaran Datuk dari Pahang dan penglibatan beliau dalam filem Blok 404

By luqman zakaria  |  04:00 1 comment

Korang ingat lagi tak Pada tahun 2014, boy iman pernah menerima penanugerahan gelaran Datuk daripada puak adat pepatih Naning dan beliau telah dikecam, dipersenda dan dipertikai oleh netizen. Pada tahun ini pula, Pelakon dan ahli perniagaan ini menerima penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP). 


Norul Iman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman menerima penganugerahan itu di Istana Pahang, Kuala Lumpur pada 24 Mei lalu.
      
Gelaran Datuk saya sah dan saya terimanya dari negeri Pahang. Sepatutnya saya dapat penganugerahan ini pada waktu yang sama Datuk Nassier Wahab menerimanya di Istana Abu Bakar di Pekan Pahang. Namun atas beberapa sebab, tarikh baru diberikan dan ia dilangsungkan di ibu kota.

Boy Iman berharap Anugerah gelaran Datuk dari Pahang dapat Menebus Maruah Beliau

Beliau berharap dengan penganugerahan ini maruahnya dapat ditebus dan reputasinya dapat dinaikkan semula selepas tercalar gara gara peristiwa yang pernah berlaku sebelum ini.

"Cuma saya harap penganugerahan ini dapat menebus balik maruah saya yang diperkotak katikkan selama ini.  Dahulu kerana beberapa penganugerahan termasuk dari Naning, saya dikecam netizen bertubi tubi” kata pemilik syarikat DBI Technology itu.

Boy mengakui selama ini ada kala tindakannya tidak disukai orang namun, dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
.
“Sebenarnya saya pun seorang manusia biasa saja yang punya hati dan perasaan. Kadang-kadang tanpa saya sendiri sedar benda yang saya lakukan rupanya salah, perkara itu orang tidak suka termasuklah isu penganugerahan Datuk dari Naning itu. Tapi saya tak boleh nak memuaskan semua hati orang” katanya yang kini turut berlakon dan bertindak sebagai penerbit bagi filem Blok 404.

Datuk Boy Iman menerbitkan sebuah Filem bertajuk Blok 404

Telefilem "thriller", Blok 404 yang pernah mencetuskan fenomena sekitar 2013 itu sudah memulakan penggambaran sejak 8 Jun lalu. Boy selain menjadi pelakon asal cerita berkenaan turut bertindak sebagai penerbit. 

“Pada mulanya saya terfikir untuk mengarahkan sendiri naskhah berkenaan, tetapi selepas dipertimbangkan semula, lebih baik saya serahkan kerja pengarahan kepada orang yang lebih pakar. Ia akhirnya  diarahkan Azma Aizal Yusoof dan diterbitkan syarikat milik saya, DBI Entertainment. Selain itu turut ditampilkan wajah baru seperti Amar Asyraf dan Risteena Munim. Untuk versi filem ini, ceritanya tiada kaitan atau kesinambungan kepada telefilem itu. Ia jalan cerita baru. Penggambaran dijangka berakhir 21 Jun ini dan lokasi utamanya ialah di Hulu Langat,” katanya.

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

1 ulasan:

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP