Khamis, 15 Jun 2017

Neelofa dan Alif Satar akan bergandingan dalam drama terbaru, Red Velvet?

Selepas Suri Hati Mr Pilot, Nor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali dengan nama Neelofa akan bergandingan bersama hero Dia Semanis Honey, Alif Satar dalam satu drama terbaru, Red Velvet


Sinopsis Novel Red Velvet
Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah… hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

“Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, Tak berharta seperti putera raja, Tapi cintanya yang paling manis di jiwa.”                                                                                                                        

Credit to www.kakinovel.my

Adakah gandingan Neelofa dan Alif Satar akan mendapat sambutan yang hebat?
Macam mana agaknya sambutan untuk drama ini? Menjadi ke gandingan Neelofa dan Alif Satar sebagai hero dan heroin? Rasanya masih awal untuk kita memberi pendapat tentang perkara yang belum lagi berlaku kan. Tunggu dan lihat sahajalah. Aku harap semuanya akan berjalan dengar lancar dan semoga drama ini mendapat sambutan yang hebat seperti Suri Hati Mr Pilot & Dia Semanis Honey.

4 ulasan:

  1. Suka alif satar berlakon. Harap gandingan mereka berdua menjadi. 😀

    BalasPadam
  2. Sebelum Michael Ang kata Jihan Muse yang akan bergandingan dengan Alif Satar.. Tup2 baru Neelofa pula..

    - ERAZ FADLI

    Jemput baca dan komen entri ini >> http://www.erazfadli.com/2017/06/susu-kambing-hayra-campuran-kurma-dan.html

    TQ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah jgk dengar pasal nih..kita tengoklah mcm mana gandingan dorang berdua nanti.

      Padam