Sabtu, 24 Jun 2017

Kembalikan Syawalku, Telefilem yang bakal menitiskan air mata di malam raya

By luqman zakaria  |  01:30 No comments

Kembalikan Syawalku, Telefilem yang bakal menitiskan air mata di malam raya | Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, mesti ramai yang dah balik kampung dan ada juga yang masih lagi dalam perjalanan. Rasanya semua akan berada di kampung pada malam raya. Biasanya malam raya semua sibuk membuat persiapan untuk hari raya bersama keluarga tersayang. Waktu inilah satu family akan bonding with each other kan. 

Jom tonton Kembalikan Syawalku di Astro Citra dan Mustika HD


Sambil sambil bonding tuh bolehlah tonton Kembalikan Syawalku di Astro. Telefilem ini sangat menarik untuk ditonton bersama keluarga sebab banyak pengajaran yang diterapkan untuk memberi kesedaran kepada kita tentang isu kekeluargaan. 


Telefilem terbitan Arie Zaharie Production ini mengandingkan ramai pelakon hebat. Antaranya Fauzah Nawi, Fatimah Abu Bakar, Sabri Yunus, Syafie Naswip dan Sharifah Amani. Semua pelakon mempunyai kelebihan masing masing. Gandingan hebat ini mesti buat korang tangkap leleh di malam raya nanti.


Sinopsis Telefilem Kembalikan Syawalku

Aishah atau Mak Chah (Fauziah Nawi) tidak sabar untuk berjumpa dengan bakal menantu pada hari raya yang akan datang. Sebelum puasa lagi Mak Chah sudah mula membuat persiapan  hari raya yang meriah berbanding tahun tahun sebelumnya.
Latifah atau Mak Pah (Fatimah Abu Bakar) pula tidak sabar menyambut hari raya kerana ini adalah kali pertama Mak Pah dapat beraya dengan anak bongsunya setelah empat tahun berada di luar negara.
Akil (Syafie Naswip) anak kepada Mak Chah kehilangan tumbdrive yang mengandungi kerja penting di dalamnya dan dia meninggikan suara dan menuduh Mak Chah membuangnya semasa mengemas. Tindakan Akil membuatkan Mak Chah merajuk dengannya.
Akil bergegas ke pejabat dan mendapati tumbdrive itu berada diatas mejanya. Akil rasa sangat bersalah kerana memarahi Mak Chah. Disebab oleh kesuntukan masa akil untuk menyerahkan dokumen kepada majikannya, dia mengalami kemalangan semasa dalam perjalanan. Dia cedera parah dan tidak sedarkan diri.
Sementara itu, di rumah Pak Jamil ( Sabri Yunus) sedang menebang pokok. Walau pon dilarang oleh Mak Pah, Pak jamil tidak peduli dan akhirnya Pak Jamil dikejarkan ke hospital.
Apa yang berlaku dengan Akil dan Pak Jamil selepas kedua duanya ditimpa kemalangan? Ada banyak scene yang akan buat korang menitiskan air mata di malam raya nanti. Jangan Lupa untuk tonton Kembalikan Syawalku pada 24 Jun 2017, jam 0900 malam hanya di Astro Citra dan Mustika HD.

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

0 comments:

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP