Rabu, 7 Jun 2017

Dengarkan lagu Despacito versi dakwah nyanyian THE 4AITH, Semoga mereka terus sukses!

The 4aith
Ini kali pertama aku came across kumpulan vokal ismalik, The 4aith ini. Ada banyak lagu yang dinyanyikan oleh mereka yang diubah dengan lirik lirik yang enak didengar dan ianya membawa mesej mesej ketuhanan. Menariknya mereka ini adalah band islamik yang membawakan lagu lagu yang bergenre pop dan balada yang sememangnya terkesan dijiwa remaja masa kini. Ada banyak lagu yang dicover oleh mereka dan despacito adalah antara yang menarik perhatian aku. Jom kita dengar dan hayati bait bait lirik yang disampaikan.

Lirik lagu Dengarilah - (Despacito Malay cover)
Aku pernah dengar cerita
Tentang dunia akhir zaman ini
Betapa situasi kita diuji
oh..teman.

Manusia terus buntu
kebenaran tak bersatu
Dan agama direndahi dan dihina

Kita terus bergaduh sama sendiri
Musuh bersatu terus menghancuri
Hingga kita terus hanyut dengan dosa tanpa resah
Keliru hak batil dan arah tuju.

Oh! ku,
Kadangku bertanya pada diriku
sumbangan apa yang ku mampu laku?
cara apa lagi yang terbaik teman?

Ya,
Mungkin kau rasa ini semua normal,
kau mungkin rasa takkan dipersoal,
lalu kau diam terus berpeluk tubuh.

Dengarilah,
perjuangan dakwah ini bukan mudah,
Namun bukan alasan berpaling tadah,
walaupon kau ditentang kau terus tabah.

Dengarilah,
Jangan terpesona dengan putus asa,
Dan terpengaruh fatamorgana dosa,
Segeralah kau pinta pada yang Esa.

Oh,
Tidakkah kau berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak,
Terpedaya dengan musuh.

Zina riba judi arak,
rasuah berleluasa,
Dosa kecil dosa besar,
Bagi mereka sama sahaja.

Oh,
Jiwa kau mula kelam bila,
Hati turut hitam bila,
Sanubari Suram bila,
Dan iman terbungkam bila.

Kau sanggup bermaksiat 
Dengan tenang berjam jam
Namun ibadah kau
Tak mampu untuk berjam berjam

Kau buka aurat tak rasa bersalah
Bahkan bangga,
Buka buka buka tuk
mengejar pujian dan nama

Yang menutup aurat
Pula selfie sini sana,
Dan ada yang tak jaga
Pandangan mata

Tenanglah tenanglah,
Ku bukan menghukum,
Ku hanya menegur,
Untuk kau dan aku.
Ku bukan sempurna,
Ku hanya mengajak,
Dengan harapan
kau aku kan ke syurga. 2x

Dengarilah,
perjuangan dakwah ini bukan mudah,
Namun bukan alasan berpaling tadah,
walaupon kau ditentang kau terus tabah.

Dengarilah,
Jangan terpesona dengan putus asa,
Dan terpengaruh fatamorgana dosa,
Segeralah kau pinta pada yang Esa.

Oh,
Tidakkah kau berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak,

Zina riba judi arak,
rasuah berleluasa,
Dosa kecil dosa besar,
Bagi mereka sama sahaja.

Dengarilah,
perjuangan dakwah ini bukan mudah,
Namun bukan alasan berpaling tadah,
walaupon kau ditentang kau terus tabah

Tenanglah tenanglah,
Ku bukan menghukum,
Ku hanya menegur,
Untuk kau dan aku.

Dengarilah wahai teman,
Hayati dan fahamilah.

Tenanglah tenanglah,
Ku bukan menghukum,
Ku hanya menegur,
Untuk kau dan aku.

Dosa kecil dosa besar,
Wahai teman sampai bila?
Dengarilah,

3 ulasan: