Khamis, 8 Jun 2017

Berbuka puasa dengan Nasi Arab Berasap di Rabbani Lamb House

Berbuka puasa dengan Nasi Arab Berasap di Rabbani Lamb House | Rabbani adalah antara kumpulan Nasyid yang memang dikenali sejak dari tahun 90an dan mereka popular dengan lagu Intifada, pergi tak kembali dan lain lain lagi. Setelah 2 dekad bergerak dalam industri ini, kini mereka mengorak langkah dalam bidang perniagaan restoren yang terletak di My Foodloft (berdekatan Jakel Mall).

Rabbani Lamb House @ My Foodloft (Berdekatan Jakel Mall)
Restoren ini menawarkan pelbagai makanan Arab dan Malaysia yang sangat menyelerakan dan pada hari perasmian Rabbani Lamb House, aku berpeluang untuk mencubanya. Antara yang menarik di sini adalah Nasi Arab Berasap.


Nasi Arab Berasap  ini sememangnya menepati citarasa aku. Portion nasi sangat banyak dan ayam yang dihidangkan bersama nasi arab ini sangat lembut dan senang untuk dimakan. 

Nasi Arab Berasap hanya di Rabbani Lamb House
Di bulan ramadan ini, mereka menawarkan pakej berbuka puasa serendah RM49.90 dan korang juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan live dari kumpulan nasyid kegemaran korang semasa menikmati hidangan berbuka puasa.
  • Rabbani - Isnin, Rabu & Ahad
  • Inteam - Khamis
  • Fareast - Selasa
  • NowSeeHeart - Sabtu
  • Munsyid Malaysia - Jumaat
Jadi tunggu apa lagi, jom berbuka puasa di Rabbani Lamb House sekarang. Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai restoren masakan arab dan malaysia yang diterajui oleh kumpulan nasyid rabbani ini korang boleh ke laman sosial mereka seperti yang tertera.

Rabbani Lamb House
Lot GF-016, My Foodloft, persiaran Capsquare, Kuala Lumpur
Untuk Tempahan
03-26020213/013-5138281 (Call/Whatsapp/Mesej)
Facebook
Instagram
https://www.instagram.com/rabbanilambhouse

Tiada ulasan:

Catat Ulasan