Isnin, 1 Mei 2017

Suraya Seafood, Kampung Baru

Suraya Seafood, Kampung Baru | Kalau korang nak tahu, Suraya Seafood yang terletak di Kampung Baru ini memang cukup terkenal dan setiap kali pergi mesti akan pack dengan pelanggan. Korang tengoklah sendiri, memang ramai sangat orang dekat sini, sampai sanggup tunggu 30 minit lebih untuk dapatkan meja.  Mohon bertabah kalau datang sebab tak kira masa memang akan pack dengan orang. 

Suasana di Suraya Seafood Kampung Baru
Ada banyak makanan yang boleh korang dapatkan di Suraya Seafood ini dan kebanyakan makanan di sini digemari oleh ramai orang. Kalau korang tak percaya, ringankanlah jari tu untuk ke facebook Suraya seafood Kampung Baru dan Tripadvisor Suraya Seafood Kampung baru. Ada banyak komen komen positif mengenai restoren ini. Lepas tuh kalau dah puas hati, korang bolehlah terjah. Jom kita tengok antara makanan yang aku dan member member order masa makan dekat sini.

Kerabu Maggie Suraya Seafood Kampung Baru

Kerang bakar  Suraya Seafood Kampung Baru

Som Tam Suraya Seafood Kampung Baru
Kerabu Maggie, Kerang Bakar dan Som Tam adalah antara makanan yang kami order. Bila dah balik rumah baru rasa menyesal sebab tak order Pulut Mangga. Pulut Mangga adalah antara yang paling meletop dekat Suraya Seafood ini. InsyaAllah kalau ada masa aku akan ke sini untuk rasa pulut mangga pulak. Seterusnya jom kita tengok gambar gambar suasana di sini.


Pada aku, ini adalah antara tarikan yang menjadikan Suraya Seafood menjadi lebih terkenal dari restoren yang ada di kampung baru. Untuk pengetahuan korang, Suraya Seafood juga terkenal dengan Mee Celup dan Nasi Bubur. 

Nampaknya aku akan ke sini untuk beberapa kali lagi untuk rasa semua makanan yang ada. Banyak sangat yang sedap, kalau pergi sekali memang tak mampulah nak makan semua. ye dak?haha.


Tak cukup dengan semua ini? Jangan risau! Ada satu lagi tarikan yang boleh membuatkan korang lagi teruja untuk datang ke sini. Apa tuh? Mestilah cucuk cucuk. Walau pon perut aku dah hampir hampir meletop. Aku tetap order cucuk cucuk untuk bawa balik. Tak sia sia beli sebab memang sedap. Menyesal pulak beli sikit. 


Nampak sangat menyelerakan. Makan pulak dengan sambal pedas memang cukup superb. Pada korang yang pernah datang sini bila nak repeat lagi? mesti tak puaskan kalau sekali jer datang kan. Untuk korang yang belum pernah ke Suraya Seafood bolehlah buat plan cepat cepat. Rugi tau kalau tak datang sini. 

Suraya Seafood Kampung Baru
Jalan Raja Muda Musa,
Kampung Baru,
Kuala Lumpur, 
Malaysia

5 ulasan:

  1. makanan tahi tak sah kalau takde som tam

    BalasPadam
  2. pergi sini memang lap air liur je la..tak pernah ke kg pandan lagi..huhu..kesian =_='

    BalasPadam
  3. suka makan kerang kat sini. besar...~ hehee

    BalasPadam