Selasa, 16 Mei 2017

Showcase Pelayaran sambil menderma bersama Siti Nordiana, Penyanyi Wanita Popular ABPBH 3.0 (2017)

By luqman zakaria  |  13:15 8 comments

Sebelum aku bercerita dengan lebih panjang, aku ingin mengucapkan tahniah kepada Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan panggilan Nana atas kemenangan beliau di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 baru baru ini. Berbalik kepada tajuk entry kita pada kali ini, aku ada berita baik untuk semua peminat Siti Nordiana.

Showcase pelayaran bersama Siti Nordiana
Pada 12 & 13 Ogos 2017, Showcase Pelayaran Sambil menderma bersama Siti Nordiana akan diadakan. Jadi, Inilah peluang korang untuk bersama dengan Penyanyi Wanita Popular ABPBH, Siti Nordiana di atas kapal selama 2 hari 1 malam.

Sidang Media di PWTC
Turut bersama di Sidang media yang diadakan di PTWC baru baru ini memberi peluang kepada aku untuk berkongsi dengan korang semua serba sedikit tentang showcase pelayaran ini. Untuk pengetahuan semua, Showcase ini akan diadakan diatas kapal mewah, Superstar Libra. ZSM Mabrur Travel &Tours memilih Superstar Libra kerana makanan yang dihidangkan diatas kapal ini mempunyai status Halal. Jadi, korang tak perlu risau atau ragu ragu lagi.

Superstar Libra Cruise
Ada pelbagai aktiviti yang akan diadakan sempena showcase ini. Antaranya adalah pertandingan "Suara Sama Tapi Tak Serupa", Cabutan bertuah, Musical Chair, program santai bersama Selebriti, sesi bergambar dan yang paling ditunggu tunggu, persembahan oleh Siti Nordiana.

Sidang Media di PWTC
Showcase pelayaran bersama Siti Nordiana ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara peminat dan selebriti tetapi pada masa yang sama kita dapat membantu Persatuan Kebajikan Al- Fikrah mengumpul dana bagi mengurangkan beban yang dihadapi oleh mereka. Sekiranya korang berminat untuk membuat tempahan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Showcase ini, Korang boleh menghubungi  ZSM Mabrur Travel & Tours.
Office Number
03-87406426
Email Address
zsm.mabrur@gmail.com

Author: luqman zakaria

Hello, I am Author, decode to know more: In commodo magna nisl, ac porta turpis blandit quis. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. In commodo magna nisl, ac porta turpis blandit quis. Lorem ipsum dolor sit amet.

8 ulasan:

  1. mcm menarik..tp xcuti time tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. La Yeke..boleh mintak cuti tuh..lambat lagi..hehe

      Padam
  2. Eh! oghang nismilan tu hehehe...
    Bestnya dapat naik cruise bersama Nana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. Mrs. A pon boleh jgk..Tempah sekarang..hehe..bulan Ogos tuhh..bole lagi nak Saving hehe

      Padam
  3. Thanks luqman... mereka yg berminat boleh bg nama pada luqman...

    BalasPadam
  4. ala !!! mana gambar dengan nana ???????? kat instagram ade.. ngape sini tak de ???????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak letak kat sini sbb gambar same jer..nanti boring hehe

      Padam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP