Khamis, 25 Mei 2017

Miliki Qurta Univercity atau produk Sweet Aiman dan anda berpeluang untuk ke Seoul, Korea bersama Aiman Tino

By luqman zakaria  |  16:28 No comments

Miliki Qurta Univercity atau produk Sweet Aiman dan anda berpeluang untuk ke Seoul, Korea bersama Aiman Tino | Produk kosmetik Sweet Aiman yang dilancarkan pada 8 March 2017 yang lepas mendapat sambutan yang menggalakkan dan kini Aiman Tino mengorak langkahnya dalam bidang fesyen. Sempena menyambut bulan Ramadan dan juga hari raya Aidilfitri, Aiman Tino mengeluarkan  Qurta by Sweet Aiman Fashion Univercity yang berkonsepkan hipster dimana ianya menampilkan elemen keselesaan dan kasual.

Qurta Univercity by Aiman Tino
Qurta Univercity by Aiman Tino ini boleh dipakai oleh wanita dan lelaki kerana ianya bercirikan unisex. Untuk pengetahuan semua, qurta ini terdiri daripada sepuluh  warna yang sangat menarik dan ianya dipilih oleh Aiman Tino sendiri manakala, rekaan dan corak pula adalah inspirasi Aiman bersama Dato' Ryzal Jamaludin, Pengasas produk Wonder Glow.

Aiman Tino bersama Dato' Ryzal Jamaludin
Aiman Tino bersama dengan model model yang menggayakan Qurta Univercity

"Pihak Sweet Aiman juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Busana@Menara Mara Kuala Lumpur kerana menaja lokasi untuk  Majlis Pelancaran Qurta Univercity by Sweet Aiman ini"

Kepada semua peminat Aiman Tino dan peminat kurta, korang semua boleh dapatkan Qurta Univercity yang berkonsepkan hipster ini di Mydin dengan harga RM79.90 Sahaja. Koleksi Qurta yang kasual dan selesa ini boleh didapati rangkaian terpilih Mydin Hyper Market di seluruh Malaysia. Diantaranya ialah :
  • Mydin USJ Subang
  • Mydin UTC Melaka
  • Mydin Bukit Mertajam Pulau Pinang
  • Mydin Kubang Kerian Kelantan
  • Mydin Pelangi Indah Johor Bharu
  • Mydin Meru Raya Ipoh
  • Mydin Sinar Kota Kuala Lumpur 
dan di semua kaunter Wonder Glow seluruh Malaysia termasuklah di busana@Menara Mara Kuala Lumpur bermula awal ramadan ini.

Lara dalam Kerinduan oleh Aiman Tino
Sempena menyambut bulan Syawal yang akan menjelang nanti, Aiman Tino juga mengeluarkan lagu raya yang berjudul Lara dalam Kerinduan yang telah dimuat naik di Youtube pada 12 May yang lepas dan sambutan untuk lagu tersebut amat menggalakkan. Lagu raya yang dikeluarkan ini telah mendapat sejuta lebih tontonon dalam masa 2 minggu sahaja.

Credit to Youtube Channel (Aries Music)

Soul to Seoul Sweet Aiman Contest 
Sebagai tanda terima kasih dari pihak Sweet Aiman, contest yang menarik ini dilancarkan dan peminat peminat Aiman tino berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebuah Kereta Toyota Vios, percutian ke korea beserta serta wang tunai RM10,000.

Toyota Vios
Selain hadiah utama, korang juga berpeluang untuk memenangi Motosikal Honda RS 150R, Wang tunai 3000 + Sweet Aiman hamper, TV LED 32', Samsung 6S Edge + Sweet Aiman hamper, Sony PS 4 dan hadiah saguhati. Nilai untuk keseluruhan hadiah adalah sebanyak RM500,000. 



Soul to Seoul Sweet Aiman Contest

Cara Cara untuk menyertai Soul to Seoul Sweet Aiman Contest
Untuk setiap pembelian produk kosmetik atau pakaian Qurta anda layak untuk menyertai peraduan “Soul to Seoul Sweet Aiman Contest”. Pembeli perlu mengimbas QR CODE yang tertera dibelakang kotak produk atau “tag” pakaian. Setelah imbasan QR CODE dibuat, pembeli akan dibawa ke laman web Peraduan Sweet Aiman dimana pembeli boleh mengisi maklumat-maklumat seperti yang dikehendaki pada borang peraduan “online” di laman web tersebut. Pembeli perlu menyimpan resit pembelian dan nombor ID Sweet Aiman yang terdapat pada setiap kotak produk sebagai bukti pembelian. Cabutan bertuah akan diadakan pada bulan September 2017Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan kan. Tunggu apa lagi jomlah sertai contest ini. Untuk keterangan/maklumat lanjut sila hubungi :

Telefon
+60167094042
Email
sweetaiman360@gmail.com
Website
Facebook
Instagram 

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

0 comments:

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP