Selasa, 9 Mei 2017

Jom pekena Nasi Manggey di Warung Kita, Sungai Tangkas Bangi

By luqman zakaria  |  01:01 16 comments

Mungkin korang semua dah tahu tentang nasi manggey yang aku nak share untuk entry pada kali ini. Menurut laman sesawang www.ukm.my Warung Kita yang terletak di Sungai Tangkas Bangi adalah cawangan yang ketiga selepas Sungai Buloh dan Bukit Raja Klang

Alamat Warung Kita, Sungai Tangkas Bangi
95, Jalan Kusta, 
Kampung Melayu Batu 13, 
47000 Sungai Buloh, Selangor,
Malaysia
0142111197

Waktu Operasi
0700 pagi sehingga 1000 malam ( Setiap Hari)
Hujan tapi kedai masih lagi dipenuhi dengan pelanggan
“Nasi Manggey adalah satu menu taruhan untuk Warung Kita yang diusahakan oleh kami sekeluarga agar terus berkembang. Kerangupan ayam dan kepekatan kuah dalca menjadi kegemaran para pelanggan yang berkunjung untuk menikmati hidangan disini.” kata salah seorang pemilik Warung Kita iatu Encik Zamzuri. - petikan artikel dari www.ukm.my

menunggu giliran untuk mendapatkan nasi manggey
Pada aku nasi manggey ini adalah menu yang sangat simple, sedap dan yang paling penting harganya sangat berpatutan. Nasi manggey adalah kombinasi nasi, ayam goreng, kuah kari dalca dan sambal belacan. Selain nasi manggey, Warung kita juga menyediakan menu yang lain untuk pelanggan mereka contohnya nasi lemak ikan tongkol dan nasi belauk ikan tongkol

Harga nasi manggey dan menu yang lain untuk rujukan
Selain makanan, minuman yang paling digemari di Warung kita adalah coconut shake dan kelapa baldi. Jadi kalau korang singgah di Warung Kita ini jangan lupa untuk order kelapa baldi atau coconut shake ok?

Kelapa baldi *sorry tak ada gambar coconut shake

Sekali beli jer dah 13 bungkus. kau rasa?

Simple, Sedap dan Murah
Sekiranya korang berada di area yang berdekatan bolehlah kesana untuk mencuba keenakan nasi manggey di Warung Kita, Sungai Tangkas Bangi. Kalau korang rasa macam jauh sangat nak pergi, korang bolehlah ke cawangan lain yang aku bagitau di awal entry tadi. Selamat mencuba!

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

16 ulasan:

  1. Kelapa baldi..boleh try ni kalau ke Bangi lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! boleh2..kalau ke bangi bolehlah singgah :)

      Padam
  2. sedap gila wehhh...oiii laaa...jauh plak nak g cari ni haaa...aisehhmannnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap sally tapi tuhlah jauh sikit..

      Padam
  3. Sedap. Aku gi makan dekat 10 kali doh rasanya. Hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..lebih 10 kali? boleh jadi duta doh tuh din..haha

      Padam
  4. Coconut shake baldi..minum sorang confirm tak habes ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..tapi coconut shake bukan dalam baldi..nasib baik hehe

      Padam
  5. Oo ni lah yg mak ana nak cakap tapi tak tahu nama dia. Dia kata dekat sg buluh tp dia sebut nasi vanggey. Haha. Kena cuba ni areep.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah betul la tuh AS.. dekat sungai buloh ada satu cawangan. boleh pergi kalau free2 nanti..hehe

      Padam
  6. Balasan
    1. memang sedap kak..sekali pergi lepas tuh mesti nak pergi lagi..hehe

      Padam
  7. KAK LINA SELALU MAKAN KAT SINI...MEMANG KETAGIH LAAA....SEDAP GILOS...KLU G TGHRI PANJANG LA BERATUR

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ketagih kak..saya baru sekali pergi..nih teringin nak pergi lagi..hehe

      Padam
  8. Bulan posa ni buka untuk berbuka tak? Bolr bg no tel nk booking.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf yer lambat reply.

      Bulan puasa ini saya tak pasti samada restoren nih buka atau tak. tapi en/cik boleh cuba call no ini +6014-2111197 untuk check yer.

      Padam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP