Jumaat, 26 Mei 2017

Aplikasi WANITA membantu wanita hidup lebih sihat dan cergas tanpa perlu ke gymnasium

By luqman zakaria  |  00:17 2 comments

Pada 9 Mei yang lepas, Media Prima Digital telah melancarkan satu aplikasi yang diberi nama "Wanita".  Ianya adalah aplikasi kecergasan khusus untuk wanita yang pertama di Malaysia menawarkan pelbagai kandungan kecergasan serta gaya hidup yang sihat dan menarik.


Aplikasi ini menawarkan pelbagai tips tips dan informasi yang sangat berguna berkaitan kesihatan, pemakanan sihat, gaya hidup, tatarias serta penjagaan diri luar dan dalam. Antara yang terlibat sebagai jurulatih Wanita adalah Atilia Haron, Nana Al Haleq, Murad Zaidi, Ruzaiyati Ahmad, Ais Rashid, Hanif Shawn dan Dhiya Aizat.

Coaches untuk Aplikasi Wanita
"Pemilihan Jurulatih aplikasi Wanita dilakukan dengan cukup teliti kerana kami mahu menampilkan kandungan yang terbaik buat para wanita diluar sana. Bukan calang calang orang, kesemua jurulatih Wanita ini mempunyai kepakaran dalam bidang kecergasan masing masing dan ia penting agar pengguna dapat mempelajari teknik senaman dan rutin kecergasan yang mudah, betul serta mampu membawa perubahan terhadap gaya hidup mereka" - Nicholas Sagau, Pengurus Besar Kanan, Media Prima Labs dan Operasi

Aplikasi Wanita ini merupakan one stop centre untuk para wanita yang ingin melakukan aktiviti kecergasan tetapi tidak mempunyai masa untuk ke gymnasium. Dengan menggunakan aplikasi ini, wanita diluar sana boleh melakukan senaman dan rutin kecergasan kegemaran mereka pada bila bila masa.


Credit Media Prima Labs Youtube Channel
Ianya boleh dimuat turun secara percuma di Apple apps store dan Google Play Store tetapi sekiranya korang inginkan lebih kepuasan, aplikasi ini menawarkan kandungan premium merangkumi video tutorial yang lebih eksklusif. Antaranya adalah rutin Yoga Sticks, Back Roller Therapy & Fat Blaster (terapi untuk pesakit slipped disc). Kandungan premium ini boleh didapati dengan harga RM7.90/sebulan sahaja. Harga untuk kandungan premium ini sangat berpatutan dan yang paling penting, pengguna aplikasi ini akan mendapat manfaat yang sewajarnya.

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

2 ulasan:

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP