Ahad, 23 April 2017

Wangian Adidas UEFA Champions League Arena Edition

By luqman zakaria  |  11:29 6 comments

Wangian Adidas UEFA Champions League Arena Edition | Untuk pengetahuan korang semua, Adidas adalah penaja utama/rakan kongsi pembekal rasmi kepada kejohanan bola sepak utama dunia termasuklah Liga Juara-Juara UEFA (UEFA Champions League). Sempena Liga Juara-Juara UEFA, Adidas melancarkan produk penjagaan badan baharu iaitu Adidas UEFA Champions League Arena Edition.

Adidas UEFA Champions League Arena Edition EDT & Deo Body Spray
EDT dan Deodaran body spray yang yang dilancarkan pada kali ini memang menepati citarasa aku. Bau dia memang best. Produk ini mula dipasarkan pada 27 Februari yang lepas, sekiranya korang peminat tegar Adidas atau ingin mencuba EDT dan Deo body spray keluaran Adidas, korang boleh dapatkan di pasaraya dan farmasi yang terkemuka sekarang. Tak rugi pon kalau cuba sebab harga untuk setiap produk sangat sangat berpatutan.

  • adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml, harga runcit RM32.90 
  • adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 50ml, harga runcit RM24.90
  • didas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml, harga runcit RM17.90

Terima kasih kepada Coty inc kerana memberi peluang kepada aku untuk mencuba produk baharu keluaran Adidas.  Untuk pengetahuan korang, Coty inc merupakan:-

"salah satu daripada syarikat pengeluar barangan kecantikan terbesar dunia. Ia merupakan peneraju global dalam bidang wangian, kukuh di tempat kedua dalam pewarnaan dan penggayaan rambut salun profesional dan kedudukan ketiga dalam kosmetik warna. Coty beroperasi dalam tiga bahagian - Coty Consumer Beauty yang memberi fokus kepada kosmetik warna, produk runcit perwarnaan dan penggayaan rambut, penjagaan badan dan wangian yang dijual terutamanya dalam saluran runcit besar-besaran dengan pelbagai jenama seperti COVERGIRL, Max Factor dan Rimmel; Coty Luxury pula yang memberi fokus kepada wangian berprestij dan penjagaan kulit dengan berbagai-bagai jenama seperti Calvin Klein, Marc Jacobs, Hugo Boss, Gucci dan philosophy; dan Coty Professional Beauty yang memberi fokus dalam memberi servis kepada pemilik-pemilik salun dan golongan profesional dalam kedua-dua bidang rambut dan kuku, dengan jenama-jenama seperti Wella Professionals, Sebastian Professional dan OPI. Coty mempunyai kira-kira 20,000 rakan niaga global dan produknya dijual di lebih 130 negara. Coty dan jenamanya memberi komitmen kepada beberapa matlamat sosial dan juga bertujuan untuk meminimakan impaknya kepada alam sekitar."- Coty Inc

Adidas UEFA Champions League Arena Edition
Coty Inc bukan bagi aku sorang jer tau, untuk korang semua pon ada. Dorang bagi  aku 5x Eau De Toilette dan 5x Deo Body Spray. Jadi aku akan adakan giveaway yang sangat simple untuk korang semua dan setiap pemenang akan dapat 1x EDT dan 1x Deo Body Spray. Untuk giveaway, aku akan update dalam next entry. Join tau! 

Author: luqman zakaria

Hello, I am Author, decode to know more: In commodo magna nisl, ac porta turpis blandit quis. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. In commodo magna nisl, ac porta turpis blandit quis. Lorem ipsum dolor sit amet.

6 ulasan:

  1. Wah boleh belikan untuk suami dan anak bujang Kak Sue nanti nie.. harga pun tak mahal sangat kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..boleh kak. nanti joinlah GA saya. kalau ada rezeki boleh menang 1x set..hehe

      Padam
  2. uisss byknye... kemaheeenn wangi la jwbnye lepas ni.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang banyak Lea! sebab buat GA nak bagi semua orang wangi..hehe

      Padam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP