Ahad, 16 April 2017

RAWAT KULIT WAJAH DAN KURANGKAN MASALAH RAMBUT GUGUR DENGAN HIMALAYA HERBALS

Sebelum ini aku pernah update pasal dilemma seorang luqman tentang masalah rambut. Jadi untuk entry kali ini aku nak recap balik kisah rambut aku. Maklumlah entry tuh dah berzaman kan. Aku nak throwback dan update korang tentang perkembangan masalah rambut aku yang nazak nih.

Bila bercerita pasal rambut, aku akan rasa sebak bertubi tubi sebab dulu rambut aku macam iklan shampoo choulls! libas sini libas sana ala ala model tapi tak lama lepas tuh aku bertukar dari seorang model iklan shampoo ke model iklan Yun Nam yang sebelum buat rawatan tuh. Masa tuh aku rasa macam nak menangis dalam hujan sambil hentak tangan atas jalan raya. 


Rambut aku nih jenis yang susah nak di style kan. Dulu masa time time sekolah rambut belah tengah choulls..bila tengok balik memang lawak dia tahap gelak sakit perutlah. Jadi rasanya tak perlu nak upload kat sini dan malukan diri sendiri dengan sengaja.haha. Bila dah start kerja, stress dia lain macam. Rambut aku mula hilang sedikit demi sedikit, bila mandi aku selalu buat kerja matematik kira berapa helai rambut aku gugur. Lepas tuh mulalah aku stress dan rambut makin banyak lagi gugur. Macam macam shampoo aku guna untuk kurangkan masalah rambut gugur tapi satu pon tak menjadi sampailah aku gunakan produk keluaran Himalaya


Untuk mengurangkan masalah rambut gugur, aku gunakan Anti Hair Fall Shampoo dari Himalaya. Alhamdulillah selepas aku gunakan Shampoo dari Himalaya ini, masalah keguguran rambut dan pon berkurangan. 

Rambut masih lagi gugur tapi tak senazak sebelum ini dan kadang kadang tuh bila shampoo, tak ada langsung rambut yang melekat dekat tangan. Sekiranya korang ada masalah yang sama macam aku, korang boleh dapatkan shampoo ini. Belilah yang 200ml dulu, kalau rasa sesuai dan rambut pon makin kurang gugur baru beli yang 400ml.


Untuk masalah kulit wajah pulak, Aku gunakan Toner dan Peel Off Mask dari Himalaya. Anti Hair Fall Shampoo  memberikan tindak balas yang positif kepada rambut aku, jadi aku tak teragak agak untuk beli toner walaupon aku tak pernah gunakan toner sebelum ini. Aku ada masalah kulit wajah tak sekata, jadi aku harap dengan mengunakan toner dari Himalaya dapat membantu menyelesaikan masalah kulit wajah aku yang nan hado ini. 

Peel Off Mask pula aku beli sebab hari tuh aku ada tertengok satu video di youtube whereby youtuber tuh suggest viewers dia untuk try Peel Off Mask dari Himalaya sebab result dia cukup memuaskan. InsyaAllah aku akan cuba dan share dengan korang di entry yang lain.

10 ulasan:

  1. Akak dah guna syampoo,tapi conditioner belum cuba..tapi lepas ni nak grab satu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. La yeke.okla tuh..nnti try conditioner dia..kalau ngam dengan akak boleh terus pakai.

      Padam
  2. tu rambut lama you ke? cantiknyaaa. japanese hair style gitchew.

    Himalaya ni dah lama kan? memang establish brand. Tapi I tak pernah cuba lagi. Tak tahu pulak ada range untuk rambut gugur. Dulu kalau lepas beranak mesti rambut gugur T_T sampai nipis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah rambut dulu..Sekarang dah tak macam tuh da..sobsss..

      agak lama jgk la..produk die so far memang bagusla..Nanti cici try la guna.

      Padam
  3. himalaya brand lama gak kan

    BalasPadam
  4. tak pernah guna jenama ni.. cam menarik jerk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah guna..beli yang kecil dulu..kalau sesuai boleh terus guna.

      Padam
  5. Hari tu pakai smggu tp gugur masih ada lg.. terus stop pki shampoo lama balik haha.. tp sy pakai yg anti dandruff punya sbb rambut ada dandruff sikit2.. xtau nak pakai balik ke atau x.. sbb pki shampoo skrg pn still gugur jugaj ;(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke. mungkin tak sesuai dengan poksu sebab tak bermakna produk ini ok dengan saya dia ok dengan orang lain jgk..kena try and error. kalau tak ok jgk baik stop guna.hehe

      Padam