Rabu, 15 Mac 2017

TRUST ISSUE KL, KAFE PENGGEMAR MAKANAN FUSION

By luqman zakaria  |  20:23 14 comments

Dah lama rasanya tak share dengan korang semua pasal makanan. Sebelum ini memang tak ada masa nak keluar makan di tempat yang agak jauh dari rumah sebab sibuk dengan kerja dan cuti pon tak menentu. Selepas berhenti kerja shift ini, adalah juga masa untuk berehat dan beriadah. gituh.haha.

Korang pernah dengar pasal Kafe Trust Issue tak? Aku tahu pon sebab abang aku yang cerita and the way how dia cerita dekat aku tuh buatkan aku rasa excited nak try. Jadi aku ajaklah kawan kawan pergi and seriously memang tak menyesal aku travel dari setapak pergi cheras semata mata nak makan dekat Trust Issue.

Masa kitorang sampai tuh memang ramai orang. Nasib baik ada tempat duduk kalau tak terpaksa duduk luar. Masa tuh kat luar panas so kitorang redah jugak masuk dalam cari seat. Bila dah dapat seat tuh apa lagi order time! 

Aku tak tahulah sejak bila tekak aku boleh bertoleransi dengan cukup baik dengan spaghetti tapi yang pasti kalau aku nak makan spaghetti, i would go for Aglio Olio. Biasanya kalau nak makan aglio olio mesti ada seafood and i am not a fan of seafood pasta. Kalau nak makan aglio olio yang ada ayam aku akan ke Wondermama X. Memandangkan dekat Trust issue ada Aglio Olio Ayam Percik. without any doubt aku terus order yang tuh.

Aglio Olio with Ayam Percik

Korang memang patut try aglio olio ayam percik ini sebab memang sedap. Kawan kawan aku yang ikut masa ini pon cakap benda yang sama. It was soo delicious. Nak repeat balik tapi tak tahulah bila sebab jauh sangat dari rumah but sure akan ke sana lagi. Siapa siapa yang nak pergi tuh roger roger lah aku.haha.

Kalau korang tak berapa nak ada chemistry dengan pasta, boleh jer order Butter Rice with Ayam pandan atau Crispy Chicken cheese. Dua dua sedap tapi one of my friends tak suka sangat. Last last dia habiskan ayam oglio olio aku and aku plak yang habiskan makanan dia. 

Butter Rice with Ayam Pandan
Crispy Chicken Cheese

Selain main course, kawan aku ada order starter. Dia order Munchy Byte (Crispy Crab Stick). Masa tengok gambar dalam menu. aku tak rasa nak makan pon sebab nampak kurang menarik tapi sekali dah sampai meja, hmmm! mulut nih tak berhenti mengunyah sebab sodap.


Overall semuanya memang marvellous! kalau korang nak usha social media dorang sebelum pergi bolehlah klik link yang aku share dekat bawah ini. Aku letak sekali dengan alamat dan waktu operasi untuk rujukan korang. 



Lokasi 
Trust Issue KL
No. 102, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik,, Bandar Sri Permaisuri, Cheras
Kuala Lumpur 56000

Contact Number
03-91741995

Opening Hours
Monday - Thursday 1200pm - 1200am
Friday 0400pm - 0100am
Saturday & Sunday 1200pm - 0100am

Author: luqman zakaria

Hello, I am Author, decode to know more: In commodo magna nisl, ac porta turpis blandit quis. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. In commodo magna nisl, ac porta turpis blandit quis. Lorem ipsum dolor sit amet.

14 ulasan:

  1. Haritu dah nak pergi dah kat sini tapi bila belek menu dia, harga dia terlampau hupster untuk rakyat marhaen macam saya hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala bukan selalu pn syed! sekali sekala je nak makan cmnih pon..hehe

      Padam
  2. mmg terbaik masakan dia...nampak sedap!

    BalasPadam
  3. Tengok gambar sedap.mesti harga boleh tahan kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap.harga tuh boleh tahan jugaklah tapi worth it.

      Padam
  4. singgah kat sini baru tau tentang Trust Issue ni. tapi tengok gambar nampak sodappp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke! lepas nih boleh la pergi try makan dk TI nih..memang sedap makanan dia. hehe

      Padam
  5. Balasan
    1. mmg wow hehe..nnti boleh la g try nnti.

      Padam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP