Khamis, 9 Februari 2017

Berhenti kerja dan Dilema bekerja di tempat baru.

Azam tahun 2017 aku adalah untuk berhenti kerja

"Apa bendalah azam tahun baru mamat ni? Orang lain sibuk nak cari kerja, dia sibuk nak berhenti kerja. Zaman sekarang ini bukan senang nak cari kerja. Kalau berhenti lepas tuh tak dapat kerja baru macam mana? takkan nak balik tanam anggur dekat kampung kot?"

Mungkin agak pelik bagi sesetengah orang kan. Berhenti kerja pon boleh dijadikan sebagai azam? Kalau nak berhenti tuh berhenti jerlah! tak perlu effort pon kalau nak berhenti. Hantar resign letter, tunggu 30 hari lepas tuh blah! easy breezy kan.

Memanglah senang untuk berhenti tapi yang tak senang tuh bila part nak move on. Lebih lebih lagi kalau kau dah kerja lama dekat situ. Macam aku sendiri, dah lebih 3 tahun kerja dekat company tuh. Aku suka kerja dekat situ sebab aku ada kawan kawan yang "ngam" dan "satu kepala" dengan aku. Bila aku ada masalah, aku tak perlu risau sebab aku ada kawan kawan untuk release stress! haha. kalau nak cakap pasal kerja pulak tipulah kalau tak ada problem kan tapi as i told you, i have friends that can help me to overcome it.

kalau dah selesa kenapa nak berhenti jugak?

Well! ada beberapa faktor kenapa aku nak berhenti kerja. Kalau ikutkan hati memang nak luahkan semua tapi cukuplah sekadar korang tahu yang aku berazam untuk berhenti kerja sebab aku nak build up hidup aku menjadi lebih baik dan cuba untuk capai goals yang aku setkan untuk diri aku sebelum mencecah umur 30 tahun. amin

Azam untuk berhenti kerja sudah pon tercapai. Yes! Aku dah pon berhenti kerja dan alhamdulillah aku tak perlu menggangur pon untuk dapatkan kerja yang baru. Terima kasih kepada semua yang mendoakan especially parents dan adik beradik aku yang sentiasa bagi sokongan tak kira apa keputusan yang aku buat.

Masalahnya aku nervous, aku tak ada mood, aku tak yakin, aku rasa macam nak give up sebab selepas 3 tahun aku bekerja di tempat lama, sekarang ini aku nak kena mulakan balik apa yang aku buat 3 tahun lepas and its not easy guys. 

Macam mana kalau rakan sekerja tak suka aku?
Macam mana kalau bos baru aku tuh tak suka aku? 
Macam mana kalau bos baru aku tuh sebenarnya jahat? dia adalah pembunuh bersiri upahan!
Macam mana kalau mak cik cleaner dekat situ pon tak suka aku?

hmmm...

24 ulasan:

  1. mashaAllah Arep. macam2 andaian negative yg mu fkir hahaha... be positif. moga benda2 positif je yang mu dpt nanti di tempat baru.. inshaAllah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuhla aku nih memang byk mikir negatif! Kena jadi positif etek dok! jange dok mikir buke2.

      Padam
  2. Tahniah kerana berani membuat keputusan. takpa, kita cuba yang terbaik di tempat baru. Jangan overthinking sangat, it'll ruin everything. InshaAllah semuanya baik-baik sahaja.

    BalasPadam
  3. Bismillah ... ayo semangat, pasti ada yg terbaik

    BalasPadam
  4. Tahniah dapat keje baru dan sy doakan semuanya dalam keadaan yg baik2x sahaja. InsyaAllah. Sentiasa berfikiran positif. Be happy. Chaiyoook. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih! betul tuh..kena sentiasa berfikiran positif!

      Padam
  5. Aku dulu pun pernah juga fikir macam tu. Papepun tahniah dengan kerja baru. Harap dipermudahkan segala urusan.

    Jemput sini : https://ariazir.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. First time kan mesti fikir bukan2. Alhamdulillah dapat kerja. amin2!

      Padam
  6. tahniah dapat kerja baru. insyaAllah baik2 je di tempat baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Raihanah! Harap2 macam tuh la.hehe

      Padam
  7. sy pun mengalami benda yg sm. 7 thn bkn mudah nk buat kite move on. tp sy ckp kat diri sendiri, aku kena syg diri aku dulu. jd kalau pindah / tkr kerja ni adalah yg terbaik, maka Kau bantulah aku, ya Allah...


    semoga berjaya di tempat baru aminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. 7 tahun? lagi lama dari saya. memang susah nak move on tapi betul la awk cakap tuh..kena sayang diri sendiri dulu.

      Terima kasih untuk doa DA!

      Padam
  8. all the best. keputusan tuka ke kerja baru adalah keputusan yang baik. hijrah kan. banyak benda baru lagi boleh rasai belajar

    BalasPadam
  9. insyaAllah semua baik2 je kat tempat baru

    BalasPadam
  10. byknya macam mana.. hehe..rse nya bila akan bertukar keja dan suasana berubah semua akan ada byk andaian..normal tu hihi..doa yg baik2 shj yer..

    BalasPadam
  11. tenangkn fikiran, sentiasa fikir yg positif. kang stress kalau asyik fikir yg negatif. boleh buat kita x yakin pd kemampuan diri sendiri. relaks ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh..tak boleh nak negatif sangat nanti tak yakin dengan diri sendiri plak..kena sentiasa berfikiran positif dan berdoa semoga semua dipermudahkan.

      Padam