Sabtu, 18 Februari 2017

JOM NAIK UBER! TAMBANG RM0.99 SAHAJA!

Alhamdulillah. Selepas seminggu bekerja di tempat baru semuanya baik baik sahaja. Terima kasih kepada korang yang memberikan kata kata semangat dan mendoakan yang terbaik untuk aku. Selepas tiga tahun struggle kerja shift baru sekarang aku dapat merasa macam mana orang kerja office hour dan cuti di hujung minggu. haha. 

RM 0.99 only

Disebabkan weekend aku cuti, jadi aku decide untuk pergi ke satu event yang diadakan di Hotel Berjaya Time Square dengan menggunakan perkhidmatan Uber. Yang menariknya aku hanya perlu membayar RM0.99 sahaja.

www.arepnakbebel.com

Promosi RM0.99 ini bermula dari 13 Februari 2017 sehingga 26 Februari 2017. Jadi, kalau berkesempatan tuh cubalah guna perkhidmatan Uber. Sepanjang aku gunakan Uber tak ada apa apa masalah lagi tapi sebelum itu, jom kita baca apakah terma dan syarat untuk promosi RM0.99 nih.

Terma & syarat:
  1. Promosi RM0.99 ini hanya sah sehingga 26 Februari 2017, untuk uberX sahaja.
  2. Tambang RM0.99 sah untuk pembayaran secara tunai dan kad kredit. Walau bagaimanapun, untuk pembayaran secara tunai, tambang anda akan digenapkan ke Ringgit yang terdekat (RM1).
  3. Perjalanan RM0.99 hanya sah untuk perjalanan di bawah jarak 4 km di sekitar Lembah Klang sahaja. Tidak sah untuk ‘Scheduled Rides’.
  4. Tidak sah untuk perjalanan di antara KLIA dan KLIA2.
  5. Semasa kesesakan jalan raya, tambang perjalanan akan kembali kepada pengiraan mengikut masa dan jarak. Ketahui lebih lanjut tentang tambang biasa kami di sini.
  6. Tambang RM0.99 sah untuk waktu puncak perjalanan di mana tambang mungkin lebih tinggi dari biasa.
  7. Tambang RM0.99 tidak sah jika anda membuat lebih daripada satu perhentian dalam satu perjalanan, walaupun jumlah jarak perjalanan anda adalah kurang daripada 4 km.
  8. Tambang rata RM0.99 adalah mengikut anggaran jarak perjalanan, dan bukan jarak sebenar.

Tunggu apa lagi? Jom la naik Uber. hehe.

6 ulasan:

  1. Best guna uber ni sebab selalu ada promotion dan discount tertentu hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup betul tuh! Sekarang ini kena cari yang semurah yang boleh sbb nak berjimat hehe.

      Padam
  2. Balasan
    1. hehe..memang betul! saya pon macam tak caya. tapi bila dah naik sendri memang amunt tuh je yg saya byr.

      Padam
  3. Wah! untung banyak tu. Cuma kena rajin ambil tahulah berkenaan uber ni.

    BalasPadam