Ahad, 19 Februari 2017

Muzik video dan lirik lagu Tiada Esok nyanyian Khalifah

Hang pi mana adalah antara lagu yang paling popular nyanyian Khalifah pada tahun 2016 dan tontonan musik video hang pi mana di youtube mencecah 11 juta. Selain hang pi mana, kumpulan khalifah juga dikenali menerusi lagu Assalamualaikum Ustazah dan Cikgu Ayu. Pada tahun ini mereka menghadiahkan peminat dengan lagu baru yang bertajuk Tiada Esok. Untuk pengetahuan korang, lagu ini di published kan di youtube pada 10 Februari yang lepas dan telah pon ditonton sebanyak 600,000 ribu kali.

Musik Video Tiada Esok - Khalifah


Lirik Lagu Tiada Esok - Khalifah

Bila aku pejam mata
Wajah mu menjelma
Waktu tidur ku bermimpikan mu
Dakapi ku di dada ku

Bila aku buka mata
Ku melihat dirinya
Potret manja berbicara
Tentang cinta
dimilikinya

Bila air hujan yang sudah turun disitu
Maka tumbuhlah bunga bunga di taman rindu
Bila mekar harum baunya

Kau mengusik hati ku dengan senyum tawa mu
Dan suara manja mu
Kaulah bidadari ku fatir tuhan untukku
Hanya kaulah bintang ku

Aku rindu pada mu
Aku cinta pada mu
Bidadari ku

Bila kau menangis pilu
Kerna merindui ku
Rasa hati ku datang pada mu kekasih ku
Esok tiada waktu ku
Tiada esok untuk ku

Banyak komen komen yang positif diberikan oleh peminat Khalifah tentang lagu ini. Kalau korang tanya aku, yes! lagu ini memang best! Korang boleh dengar sendiri dan boleh nyanyi sekali. Itulah motif sebenar letak lirik. haha. Ok guys! selamat mendengar dan selamat berehat! besok dah start kerja. jadi, rehatlah secukupnya.

MY TOP 3 - SHAPE OF ME BY ED SHEERAN COVERS

Salah satu perkara tentang aku yang mungkin korang tak tahu, Aku ini adalah seorang yang suka dengar lagu penyanyi asal yang di cover oleh orang lain. If let say ada lagu baru yang aku suka, aku akan ke youtube and cari siapa yang dah buat cover lagu tuh. Kalau ada, aku akan download dan dengar yang tuh instead of dengar penyanyi asal yang nyanyi. That is normal kan? ke tak? haha.

Korang pernah dengar lagu Shape of you nyanyian Ed Sheeran tak? kalau belum, korang boleh dengar sekarang sebab lagu ini memang best. Official Music Video keluar lebih kurang dua minggu lepas dah mencecah 142 juta views dah. Kau rasa? haha.

MY TOP 3 - SHAPE OF ME BY ED SHEREN COVERS


Alex Aiono 


Leroy Sanchez


Madilyn Bailey

Alex Aiono, Leroy Sanchez dan Madilyn Bailey adalah antara favourite aku. tak kisahlah lagu apa pon yang dorang cover mesti best. Korang cubalah dengar kalau ada masa. Kalau korang rasa tak best takleh nak buat apalah sebab lain orang lain taste. tak gituh? haha. Apa pon terima kasih sebab singgah arepnakbebel.com.

Sabtu, 18 Februari 2017

JOM NAIK UBER! TAMBANG RM0.99 SAHAJA!

Alhamdulillah. Selepas seminggu bekerja di tempat baru semuanya baik baik sahaja. Terima kasih kepada korang yang memberikan kata kata semangat dan mendoakan yang terbaik untuk aku. Selepas tiga tahun struggle kerja shift baru sekarang aku dapat merasa macam mana orang kerja office hour dan cuti di hujung minggu. haha. 

RM 0.99 only

Disebabkan weekend aku cuti, jadi aku decide untuk pergi ke satu event yang diadakan di Hotel Berjaya Time Square dengan menggunakan perkhidmatan Uber. Yang menariknya aku hanya perlu membayar RM0.99 sahaja.

www.arepnakbebel.com

Promosi RM0.99 ini bermula dari 13 Februari 2017 sehingga 26 Februari 2017. Jadi, kalau berkesempatan tuh cubalah guna perkhidmatan Uber. Sepanjang aku gunakan Uber tak ada apa apa masalah lagi tapi sebelum itu, jom kita baca apakah terma dan syarat untuk promosi RM0.99 nih.

Terma & syarat:
  1. Promosi RM0.99 ini hanya sah sehingga 26 Februari 2017, untuk uberX sahaja.
  2. Tambang RM0.99 sah untuk pembayaran secara tunai dan kad kredit. Walau bagaimanapun, untuk pembayaran secara tunai, tambang anda akan digenapkan ke Ringgit yang terdekat (RM1).
  3. Perjalanan RM0.99 hanya sah untuk perjalanan di bawah jarak 4 km di sekitar Lembah Klang sahaja. Tidak sah untuk ‘Scheduled Rides’.
  4. Tidak sah untuk perjalanan di antara KLIA dan KLIA2.
  5. Semasa kesesakan jalan raya, tambang perjalanan akan kembali kepada pengiraan mengikut masa dan jarak. Ketahui lebih lanjut tentang tambang biasa kami di sini.
  6. Tambang RM0.99 sah untuk waktu puncak perjalanan di mana tambang mungkin lebih tinggi dari biasa.
  7. Tambang RM0.99 tidak sah jika anda membuat lebih daripada satu perhentian dalam satu perjalanan, walaupun jumlah jarak perjalanan anda adalah kurang daripada 4 km.
  8. Tambang rata RM0.99 adalah mengikut anggaran jarak perjalanan, dan bukan jarak sebenar.

Tunggu apa lagi? Jom la naik Uber. hehe.

Khamis, 9 Februari 2017

Berhenti kerja dan Dilema bekerja di tempat baru.

Azam tahun 2017 aku adalah untuk berhenti kerja

"Apa bendalah azam tahun baru mamat ni? Orang lain sibuk nak cari kerja, dia sibuk nak berhenti kerja. Zaman sekarang ini bukan senang nak cari kerja. Kalau berhenti lepas tuh tak dapat kerja baru macam mana? takkan nak balik tanam anggur dekat kampung kot?"

Mungkin agak pelik bagi sesetengah orang kan. Berhenti kerja pon boleh dijadikan sebagai azam? Kalau nak berhenti tuh berhenti jerlah! tak perlu effort pon kalau nak berhenti. Hantar resign letter, tunggu 30 hari lepas tuh blah! easy breezy kan.

Memanglah senang untuk berhenti tapi yang tak senang tuh bila part nak move on. Lebih lebih lagi kalau kau dah kerja lama dekat situ. Macam aku sendiri, dah lebih 3 tahun kerja dekat company tuh. Aku suka kerja dekat situ sebab aku ada kawan kawan yang "ngam" dan "satu kepala" dengan aku. Bila aku ada masalah, aku tak perlu risau sebab aku ada kawan kawan untuk release stress! haha. kalau nak cakap pasal kerja pulak tipulah kalau tak ada problem kan tapi as i told you, i have friends that can help me to overcome it.

kalau dah selesa kenapa nak berhenti jugak?

Well! ada beberapa faktor kenapa aku nak berhenti kerja. Kalau ikutkan hati memang nak luahkan semua tapi cukuplah sekadar korang tahu yang aku berazam untuk berhenti kerja sebab aku nak build up hidup aku menjadi lebih baik dan cuba untuk capai goals yang aku setkan untuk diri aku sebelum mencecah umur 30 tahun. amin

Azam untuk berhenti kerja sudah pon tercapai. Yes! Aku dah pon berhenti kerja dan alhamdulillah aku tak perlu menggangur pon untuk dapatkan kerja yang baru. Terima kasih kepada semua yang mendoakan especially parents dan adik beradik aku yang sentiasa bagi sokongan tak kira apa keputusan yang aku buat.

Masalahnya aku nervous, aku tak ada mood, aku tak yakin, aku rasa macam nak give up sebab selepas 3 tahun aku bekerja di tempat lama, sekarang ini aku nak kena mulakan balik apa yang aku buat 3 tahun lepas and its not easy guys. 

Macam mana kalau rakan sekerja tak suka aku?
Macam mana kalau bos baru aku tuh tak suka aku? 
Macam mana kalau bos baru aku tuh sebenarnya jahat? dia adalah pembunuh bersiri upahan!
Macam mana kalau mak cik cleaner dekat situ pon tak suka aku?

hmmm...

Senarai Pemenang Make It Yours Giveaway by Luqman Zakaria

Assalamualaikum.

Firstly, sorry guys sebab amek masa lama sangat untuk announce pemenang giveaway ini. Aku ingatkan dekat kampung boleh update pasal giveaway ini tapi nan hado sebab line internet macam magik! kejap ada kejap tak ada. Apa pon, jom kita tengok siapakah pemenang yang bertuah untuk Giveaway kali ini.

4

1x Wah Chan Pearl Bracelet winner


2x Glass Water Bottle + RM5 Topup winners


4x RM10 Topup winners

Check nombor bertuah korang di SINI
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Seperti biasa, aku akan buat lagi GA in future jadi stay stuned ok! kalau nak tahu bila Giveaway akan datang bakal berlangsung, korang boleh follow instagram aku di @lqmnzkria atau korang boleh follow jer blog ini.

To all the winners!

Pemenang Wah Chan Pearl Bracelet  

Nama:
Blog Url:
Alamat:
No. Telefon:

Pemenang Glass Water Bottle + RM5 Topup

Nama:
Blog Url:
Alamat:
No. Telefon:
Telco: Maxis/Celcom/Digi/etc 

Pemenang RM10 Topup

Nama:
Blog Url:
No. Telefon: 
Telco: Maxis/Celcom/Digi/etc

Hantarkan maklumat berikut di que_man91@yahoo.com secepat yang mungkinlah. Lagi cepat korang bagi maklumat lagi cepat dapat hadiah.hehe!Pemenang baru akan dipilih sekiranya tiada maklum balas dari pihak korang. Terima Kasih

Rabu, 1 Februari 2017

Giveaway Announcement (Delayed)

Kepada semua peserta Make It Yours Giveaway,

Sebagai admin kepada blog ini, aku ingin memohon maaf kepada semua peserta kerana pengumuman pemenang giveaway akan ditunda sehingga pertengahan bulan februari disebabkan oleh masalah teknikal. Diharapkan anda semua dapat bersabar dan memahami keadaan admin buat masa ini. Terima kasih atas sokongan anda.

Luqman Zakaria 
www.arepnakbebel.com

P/S - Aku sekarang dekat kampung. Line internet dekat sini ya ampun slow sangat. Tak dapat nak buat entry langsung. Insyaallah minggu depan aku akan gerak balik KL dan pemenang akan diumumkan.