Ahad, 22 Oktober 2017

Bianco Mimosa membawa nama Malaysia menerusi Dubai International Fashion Week

21:18 0
Bianco Mimosa membawa nama Malaysia menerusi Dubai International Fashion Week | Datuk Ida Suraya, pereka fesyen jenama Bianco Mimosa akan memperagakan rekaannya di Dubai International Fashion Week pada 21 Oktober akan datang. Aku sebenarnya sangat teruja untuk tengok sendiri fashion show ini tapi sadly ianya diadakan di Hotel Sofitel The Palm, Dubai which is sangat impossible untuk aku pergi dalam masa terdekat ini. 
Nak tahu kenapa aku excited? Baru baru ini aku sempat ke press conference yang diadakan di Butik Bianco Mimosa dan Datuk Ida Suraya banyak memberi info tentang Fashion Show yang bakal disertai oleh beliau ini. 

A Tale of Tongkang Yard 

Konsep kali ini adalah A Tale of Tongkang Yard. Kenapa saya memilih A Tale of Tongkang Yard disebabkan saya ingin membawa nama tempat kelahiran saya, Tongkang Yard, kedah ke mata dunia dimana saya bercerita tentang Tongkang Yard itu sendiri - Datuk Ida Suraya
Datuk Ida Suraya adalah seorang yang sangat mementingkan kualiti dan fabrik yang digunakan adalah 100% Silk/Sutera. Antara Silk yang digunakan adalah crepe dan chiffon dari Itali.

 Bianco Mimosa di Dubai International Fashion Week

Datuk Ida Suraya membawa 10 koleksi yang berkonsepkan Tongkang Yard dan 8 koleksi Abaya untuk diperagakan di Dubai International Fashion Week (DIFW) yang berlangsungkan di Sofitel The Palm, Dubai. Datuk Ida Suraya sepatutnya menyediakan 30 koleksi untuk pembukaan DIFW tetapi disebabkan kekangan masa, beliau membawa 18 koleksi sahaja dimana pada aku agak impressive sebab beliau mampu menyediakan koleksi sebanyak itu dalam masa yang singkat.
Korang tengok rekaan pada fabrik ini. Sangat menarik kan. Rekaan pada fabrik ini adalah idea Datuk Ida Suraya sendiri dimana beliau menerapkan suasana dan aktiviti aktiviti yang beliau sering lakukan  di Tongkang Yard Kedah pada zaman kanak kanak dahulu. Nilainya dianggarkan lebih kurang RM30,000. Tak sabar rasanya nak tengok hasil selepas ianya siap menjadi busana untuk diperagakan di DIFW.

Yang menariknya, Miss Universe 2017, Emilia Dobreva juga akan turut serta dalam DIFW untuk memperagakan busana dari Bianco Mimosa. Peluang yang besar macam ini bukan senang nak dapat. Jadi, aku doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. 

Jumaat, 20 Oktober 2017

Lirik lagu Sesungguhnya Aku Nyanyian Alif Satar - OST Red Velvet

14:53 0
Lirik lagu Sesungguhnya Aku Nyanyian Alif Satar - OST Red Velvet | Ingat tak dulu aku pernah share dengan korang tentang drama Red Velvet? Kalau tak ingat korang boleh singgah baca sini "Neelofa dan Alif Satar akan bergandingan dalam drama terbaru, Red Velvet?" Yes guys! Drama ini akan ditayangkan tidak lama lagi di Astro Ria. Jadi, untuk entry kali ini aku nak share pasal official soundtrack drama ini pulak. Korang boleh ke Youtube Channel Sony Music MY untuk dengar lagu ini. Aku sediakan lirik lagu jer untuk korang semua nyanyi. hehe

Lirik Lagu Sesungguhnya Aku - Alif Satar

Apa ku rasa
Tak pernah ku duga
Hadir dirimu
Merubah semua

Dan tanpa ku sedari
Kau mengajar diriku
Membawa hidup erti baru

Sesungguhnya aku
Telah jatuh pada dirimu
Sesungguhnya aku
Cintai hanya dirimu

Kerna
Sesungguhnya 
Ku sedari
Kau lengkapi diriku

Sesungguhnya aku
Mencintai dirimu
Sesungguhnya

Siapakah aku
Didalam hatimu
Harus ku tahu
Kerna aku rindu

Dan tanpa ku sedari
Kau mengajar diriku
Membawa hidup erti baru

Sesungguhnya aku
Telah jatuh pada dirimu
Sesungguhnya aku
Cintai hanya dirimu

Kerna
Sesungguhnya 
Ku sedari
Kau lengkapi diriku

Sesungguhnya aku
Mencintai dirimu
Sesungguhnya

Kaulah yang terbaik
Yang pernah diriku miliki
Kan kuberikan sepenuh jiwa
Hanya untuk dirimu

Sesungguhnya aku
Telah jatuh pada dirimu
Sesungguhnya aku
Mencintai hanya dirimu

Kerna
Sesungguhnya 
Ku sedari
Kau lengkapi diriku

Sesungguhnya aku
Mencintai dirimu
Sesungguhnya

Sesungguhnya
Sumber gambar : www.manis.fm

Khamis, 19 Oktober 2017

The Bed KLCC menawarkan pelbagai jenis bilik yang selesa dan cantik dengan harga murah

00:43 43
Untuk blog post kali ini, aku nak kongsikan dengan korang semua tentang hotel yang sangat cantik, selesa dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Dekat mana lagi kalau bukan The Bed KLCC. Selain cantik, selesa dan murah, hotel ini juga berada di tengah tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Lokasinya sangat strategik dan memudahkan pengguna atau pelanggan bergerak kemana sahaja. Tanpa melengahkan masa korang, jom kita tengok apa yang menarik di hotel ini.

The Bed KLCC 

Alamat 
The Bed KLCC
G1 Vortex KLCC (Next to 7 Eleven)
12 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Malaysia

Website

Facebook

Instagram

Nombor Telefon
+60327152413
Ini adalah entrance The Bed KLCC. Ianya sangat simple dan mudah untuk dicari kerana ianya berada betul betul menghadap laluan pejalan kaki. Untuk pengetahuan korang, harga untuk bilik di hotel ini bermula dengan harga RM69 tetapi Sempena "Soft Opening", The Bed KLCC menawarkan harga pengenalan yang sangat berpatutan iaitu RM49nett termasuk breakfast

Antara bilik bilik yang ada di The Bed KLCC

The Bed KLCC adalah hotel kapsul. Jadi, mengikut pemahaman aku, hotel kapsul ini adalah hotel yang berkonsepkan "dorm" dan selalunya akan didiami oleh backpackers atau travellers yang mencari tempat penginapan yang menawarkan harga mampu milik. Tetapi dengan The Bed KLCC, korang bukan hanya membayar bilik dengan harga yang murah, korang juga dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh mereka.

Single POD Side Entry

Single POD Side entry
Pengalaman aku bermalam di single POD side entry ini sangat mengujakan juga sebenarnya sebab aku tak sangka yang setiap POD yang ada di setiap bilik sangat luas dan selesa. Kemudahan asas seperti towel, hanger, international charging points, USB port, LED light, foldable table, mirror, privacy blind dan locker disediakan untuk kemudahan tetamu.

Single POD Suite

Single POD Suite
Sekiranya korang inginkan lebih privacy atau inginkan ruang bekerja yang lebih selesa, aku cadangkan korang tempah single POD suite ini. Ianya lebih privacy, lebih selesa dan korang hanya perlu berkongsi bilik air dengan beberapa tetamu lain sahaja. Tak perlu ke tandas awam yang berada diluar.

Queen POD Suite

Queen POD Suite
Menariknya lagi tentang The Bed KLCC ini, mereka juga menyediakan bilik yang sesuai untuk didiami oleh pasangan yang sudah berkahwin. Bilik ini sangat luas dan katilnya juga sangat selesa. 

Family POD Suite

Family POD Suite
Family POD suite ini sangat sesuai untuk korang yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Suite ini dapat memuatkan 4 orang tetamu pada satu satu masa. 

Kemudahan yang ada di tandas awam untuk kegunaan tetamu The Bed KLCC

Tandas awam yang disediakan untuk kegunaan tetamu sangat selesa dan bersih. Staff The Bed KLCC akan bertugas 24 jam untuk memastikan bilik air dan tandas berada dalam keadaan selesa dan bersih. Jom kita tengok keadaan bilik air di hotel ini.
Semuanya disediakan untuk kemudahan tetamu. Ada kipas, hairdryer, Iron, Iron board, bench dan lain lain lagi. Kalau korang perasan, dalam bilik hanya ada shower cap dan dental kit sahaja. Jangan risau sebab Shampoo dan Shower gel ada diletakkan di bilik mandi.

Lounge area dan Mini cafeteria di The Bed KLCC

Lounge area dibuka seawal jam 6 pagi sehingga 12 malam. Disini korang boleh lepak lepak tengok tv atau berborak borak dengan tetamu lain yang menginap di sini. Kalau backpackers dan travellers mesti banyak benda dan cerita yang boleh diborakkan. Korang juga boleh gunakan lounge untuk buat kerja sambil minum kopi atau teh. Ianya complimentary tau.hehe. 
Lounge area akan dibuka sehingga 12 malam tetapi untuk breakfast, ianya bermula dari jam 6 pagi sehingga jam 10 pagi sahaja. Ingat tuh korang. Lewat kang nanti takda makanan pulak. Korang boleh pilih samada nak roti canai, nasi lemak or roti bakar untuk sarapan. 
Seperti biasa, check out time jam 12 tengahari, jadi lepas sarapan tuh korang still ada masa untuk lepak and hang out dekat lounge area atau rest dekat bilik sementara nak tunggu waktu check out. Satu pengalaman yang best tapi sebelum aku tamatkan review tentang hotel ini. Aku nak share beberapa informasi yang penting dengan korang semua. Jom teruskan membaca. hehe

Kemudahan yang ada berdekatan dengan The Bed KLCC

Seperti yang aku cakap pada awal awal post, lokasi atau kedudukan hotel ini sangat strategik. Aku harap dengan perkongsian aku ini dapat membantu korang untuk membuat pilihan samada korang perlu menginap di hotel ini atau pon tidak.

Pengangkutan awam untuk ke The Bed KLCC

  • Monorel Bukit Nanas - 5 minutes walking distance
  • LRT Dang Wangi - 10 minutes walking distance
  • Bas Go KL (Boleh naik Bas Go KL, berhenti di bus stop depan Renaissance hotel dan jalan kaki ke The Bed KLCC - 5 minutes walking distance dari bas stop ke hotel)
  • Uber/Grabcar

Antara tempat tempat yang menarik di sekitar The Bed KLCC

  • KL Tower - 10-15 minutes walking distance (atau korang boleh guna Grabcar/Uber untuk kesana)
  • KLCC - 10-15 minutes walking distance (atau korang boleh guna Grabcar/Uber/LRT Dang Wangi untuk kesana)
  • KL Sentral (Guna perkhidmatan LRT Dang Wangi untuk kesana)
  • Bukit Bintang (Guna perkhidmatan Monorel Bukit Nanas untuk kesana)
  • Times Square (Guna perkhidmatan Monorel Bukit Nanas untuk kesana)

Rabu, 18 Oktober 2017

Brooklyn Day Out di Sky Avenue Genting Highlands sangat menyeronokkan

14:20 3
Brooklyn adalah salah satu kota di New York yang terkenal dengan tempat makan yang sedap sedap especially masakan Itali seperti Pizza dan Spaghetti. Kalau tengok di Tripadvisor pon memang kedua dua makanan ini mudah didapati di Brooklyn dan sambutan dari pelanggan juga sangat mengalakkan. 

Teringin pulak nak ke sana untuk mencuba makanan yang menjadi tumpuan ramai ini tapi sekarang dah tak perlu ke sana lagi sebab Resort World Genting baru baru ini menganjurkan satu festival yang cukup menarik iaitu Brooklyn Day Out di Sky Avenue Mall, Genting Highland. 
Tujuan festival ini diadakan adalah untuk merasmikan restoren yang menjual pelbagai jenis pizza yang diberi nama Motorino Pizza. Yes! Restoren pizza ini berasal dari Brooklyn, jadi aku dah tak perlu sana lagi untuk makan pizza yang sedap ini. 
Selain pizza, pengunjung yang datang ke Brooklyn Day Out boleh mencuba makanan lain, melakukan beberapa aktiviti yang disediakan dan menikmati live performance dari Radio 3000, Aina Abdul, Zamaera, Kyoto Protocol dan ramai lagi. Festival ini berlangsung pada 30 September 2017 yang lepas bermula jam 12 tengahari sehingga 10 malam.
Terliur pulak tengok meatballs ini sebab hari itu tak sempat nak try sebab ramai sangat orang beratur untuk dapatkan meatballs ini. Kalau ramai yang line up memang confirm sedap. Tak apa next time boleh cuba sebab Motorino Pizza kan dah ada di Sky Avenue Mall, Genting Highlands. Lepas ini kalau ke sana boleh makan puas puas.

Skysymphony Winch Show di Sky Avenue

Aku juga sempat menyaksikan Skysmphony Winch Show yang diadakan di tingkat 1, Sky Avenue. Satu pengalaman yang cukup menarik bagi aku sebab tak pernah tengok sebelum ini. 
Ini adalah sebahagian sahaja tau. Kalau korang tengok secara live mesti lagi mengujakan. Untuk pengetahuan korang, tiada bayaran dikenakan untuk menyaksikan Skysymphony Winch Show ini. Ianya dibuat ditempat terbuka dimana semua pengunjung dapat menontonnya.

Terima kasih diucapkan kepada Resort World Genting kerana memberi peluang kepada aku untuk bersama sama memeriahkan Brooklyn Day Out dan Skysymphony Winch Show di Sky Avenue Mall. Untuk korang yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan Resort World Genting, korang boleh layari laman sesawang ini www.rwgenting.com.

Khamis, 12 Oktober 2017

3 kelebihan membeli belah di Shopee Mall Malaysia

01:46 2
Pada 3 Oktober yang lepas, aku berpeluang untuk menghadiri majlis pelancaran portal online khas Shopee Mall oleh Shopee Malaysia yang diadakan di Grand Ballroom, Hotel Aloft Kuala Lumpur. Ada lebih 50,000 produk yang dijual secara eksklusif di Shopee Mall. Antara jenama yang terlibat dalam portal ini termasuklah Nestle, Oppo, Tefal, Digi, Super, Bosch, Watsons dan banyak lagi.

Pelancaran Shopee Mall di Aloft Kuala Lumpur

3 Kelebihan membeli belah di Shopee Mall 


Ada beberapa kelebihan yang boleh dinikmati oleh pengguna Shopee Mall termasuklah 1. Jaminan 100% produk tulen (atau mereka akan pulangkan dua kali ganda wang korang), 2. Polisi 15 hari pemulangan dan 3. Penghantaran percuma ke seluruh negara dengan pembelian minimun RM30.
Menarik kan! Jangan lepaskan peluang untuk shopping di Shopee Mall ini sebab korang tak akan dapat kelebihan dan manfaat macam ini dekat mana mana tempat selain Shopee Mall. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.shopee.com.my/mall atau muat turun aplikasi Shopee di Playstore atau Google Play. Selamat Shopping Guys!

Rabu, 11 Oktober 2017

Belajar tentang Internet of Things dengan menyertai workshop #StartIoT

01:29 1
REKA dengan kerjasama RE:Telekom Malaysia baru baru ini melancarkan satu program baru yang diberi nama #StartIoT. Ianya adalah satu program yang menarik untuk dikongsikan dengan korang semua. Bagi orang yang kurang mahir tentang teknologi macam aku ini memang teruja sikit bila pakar pakar dalam bidang ini explain tentang IoT. Korang tahu tak  apa itu #StartIoT
#StartIoT is an Initiative by REKA Inisiatif Sdn Bhd and TM Berhad to kickstart development of IoT amongst Startups, SMEs and the public. The initiative focuses on the fundamentals of IoT and will provide guidelines on how can anyone start with IoT - www.startiot.co
Apa yang aku faham tentang IoT atau nama panjangnya Internet of Things ini adalah ianya device atau peranti yang boleh dihubungkan dengan internet dan boleh dikawal oleh pengguna pada bila bila masa dengan mudah.Contohnya korang boleh gerakkan dan kawal kereta dari jauh. Tapi IoT ini bukanlah sekadar digunakan untuk kawal kereta sahaja, ianya adalah teknologi yang perlu diketengahkan untuk manfaat semua orang.
 CEO of REKA Inisiatif, Mohammad Haziq Faris Hasnol 
REKA believes that IoT is more than just self driving cars or connected homes. It has more potential on other areas such as healthcare and agriculture which benefits the community in the future - CEO of REKA Inisiatif, Mohammad Haziq Faris Hasnol 
Ini adalah antara mereka yang turut hadir pada majlis pelancaran #StartIoT
Dari Kiri - Dr Syed Mohamad Jamalullil Bilfagih AGM Business Technical Group Digital Centre, Muhamammad Haziq Faris Hasnol CEO of REKA Inisiatif, Mohd Yuzairin bin Md Yunus President of ImBig, Nik Muhammad Amin CEO of Moovby Mobility, Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid Vice Chancellor University Malaysia of Computer Science and Engineering (UniMY) dan Dr. Rezal Khairi Ahmad CEO of NanoMalaysia Berhad.

Workshop untuk mereka yang ingin belajar tentang IoT

Bagi korang yang berminat untuk menyertai IoT workshop ini especially student, korang boleh ke laman web www.startiot.co/workshop untuk book seats. Workshop ini diadakan dari bulan Oktober sehingga Disember 2017 di beberapa tempat. Jadi, korang pilih tempat dan tarikh yang sesuai mengikut kehendak korang. 

Dengan menyertai workshop ini, knowledge korang tentang IoT pasti akan bertambah sebab korang akan di ajar tentang asas asas IoT dan belajar cara untuk memulakan IoT. Learning material juga akan disediakan untuk korang nanti. Untuk maklumat lanjut tentang REKA dan IoT, korang boleh visit laman web dan social media mereka yang lain seperti yang tertera.

Website
Facebook
Instagram
Twitter
LinkedIn

Isnin, 9 Oktober 2017

Dapatkan diskaun hebat untuk barangan kegemaran anda sempena #MYCYBERSALE 2017

00:01 4
Dapatkan diskaun hebat untuk barangan kegemaran anda sempena #MYCYBERSALE 2017 | Hai semua! Dah lama rasanya tak berkongsi tentang barangan digital dengan korang semua. Untuk kali ini aku ada dua produk digital yang cukup menarik iaitu papan kekunci/keyboard keluaran Logitech dan Usb charger keluaran Innergie. Kedua dua produk ini mempunyai kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri. Aku sudah pon mencuba kedua duanya dan ini adalah pandangan dan pendapat aku mengenai produk produk tersebut.

Logitech MK235 wireless keyboard & mouse

Logitech adalah salah satu jenama barangan digital yang sangat terkenal di beberapa negara termasuklah Malaysia. Kalau korang nak tahu, Logitech memulakan business dengan mouse sahaja tapi sekarang ini mereka telah pon berkembang maju dan mengeluarkan banyak produk produk lain contohnya keyboard, speaker, webcams, headsets dan lain lain lagi.
Sekiranya korang sedang mencari wireless keyboard dengan harga murah, aku cadangkan Logitech MK235 wireless keyboard & Mouse macam dalam gambar dekat atas ini sebab ianya sesuai untuk digunakan samada di rumah dan di pejabat. Walau pon harga murah, MK235 ada beberapa kelebihan yang sangat best.


6 kelebihan Logitech MK235 wireless keyboard & Mouse 

Simple dan tahan lama

Design keyboard MK235 ini sangat simple dan mudah untuk dipegang sebab dia ringan. kaki yang didatangkan bersama keyboard ini pon sangat sangat kukuh. 

Anti fading Keyboard

Selalunya kalau pakai keyboard untuk jangkamasa yang lama mesti huruf atau nombor yang ada dekat keyboard tuh akan hilang sampai kita sendiri pon tersalah tekan. betul tak? Jadi, Logitech datangkan keyboard MK235 dengan fungsi anti fading yang sangat berguna untuk pengguna. 

Spill Resistent

Ini adalah kelebihan yang paling aku excited nak share dengan korang semua. Yes! keyboard MK235 ini  tahan tumpahan air. Manalah tahu kan sambil buat kerja tuh nak minum air, sekali tertumpah pulak atas keyboard memang cari nahaslah. Dengan keyboard ini korang tak perlu risau sebab keyboard korang masih boleh diselamatkan. 
Ini adalah gambaran bawah keyboard MK235. Memang ada banyak lubang tau sebab function dia adalah untuk keluarkan air tumpah yang termasuk dicelah celah keyboard. Teruja tak korang?

Design mouse yang stylo dan memenuhi citarasa pengguna

Aku suka design mouse yang didatangkan dengan keyboard MK235 ini sebab ianya sangat stylo dan nampak moden. Selain stylo, mouse ini juga senang untuk digunakan berbanding mouse yang aku pernah guna sebelum ini sebab roller dan bahagian tepi mouse ada rekaan tambahan untuk menjadikan kedua dua bahagian ini mudah untuk dipegang.

Bateri tahan lebih lama

Keyboard MK235 ini boleh digunakan selama 3 tahun dan mouse pula boleh bertahan selama 1 tahun tanpa menukar bateri baru. Sejauh mana kebenarannya? Aku pon kurang pasti sebab penggunaan aku masih belum sampai 3 tahun lagi tetapi semua itu tak mustahil sebab sekarang teknologi semakin canggih kan.
Type as long as three years between battery changes and use your mouse for up to a year before replacing the battery. The three year battery life prediction is based on approximately two million keystrokes per year in an office environment. Like all batteries, you experience may vary based on the use and computing conditions. - Logitech

wireless receiver yang sangat "reliable"

Keyboard MK235 didatangkan juga dengan wireless receiver yang sangat bagus. Once kita pasang wireless receiver, mouse dan keyboard akan terus berfungsi dan "connection" antara keyboard/mouse dengan monitor sangat sangat kuat. Ianya boleh digunakan sejauh 10meter/33kaki which is quite impressive.
Berikut adalah kelebihan yang ada pada Logitech MK235 wireless keyboard & mouse. Menarik kan. Aku rasa ini adalah pilihan yang terbaik untuk korang yang perlukan keyboard dengan harga murah tetapi masih lagi mempunyai banyak kelebihan yang sangat awesome. Jom kita tengok beberapa maklumat lain berkaitan keyboard ini yang mungkin korang nak tahu.

Pakej combo Logitech MK235 wireless keyboard & mouse
  1. Keyboard 425g - berat tanpa bateri / 475g - berat selepas masukkan bateri
  2. Mouse 70.5g
  3. Wireless Receiver 2.0g 
  4. User documents
  5. 2x AAA batteries for Keyboard
  6. 1x AA batteries for Mouse

Sekarang ini jom kita tengok apa yang menarik tentang Innergie 10w Dual USB car charger pulak.

Innergie 10w Dual USB car charger

Apa masalah yang korang hadapi bila charge phone dalam kereta? rasanya tak ada masalah kalau kau sorang jer yang ada dalam kereta. Yang menjadi masalahnya kalau ada ramai, lepas tuh semua orang punya phone tak ada bateri. Masing masing tak bawa powerbank. Cuma harapkan built ini charger yang ada dalam kereta jer memang boleh bawa gaduh la kan.haha!
Jangan risau guys! Dapatkan 10w dual usb car charger dari Innergie yang macam dalam gambar ini  sekarang. Senang nanti nak guna sebab dua orang sekali boleh charge phone pada masa yang sama. Harga pon sangat berpatutan. Aku suggest korang beli produk ini atau barangan IT lain yang korang suka di website www.itcompstore.com bermula hari ini, 9 oktober sehingga 13 oktober akan datang sebab Malaysia largest and biggest online sale #MYCYBERSALE akan berlangsung pada tarikh tersebut. Ramai netizen suka beli barang IT dekat website IT Comp sebab service dorang memang terbaik. Kalau tak percaya korang boleh visit facebook page dorang di www.facebook.com/pg/ITCOMP untuk baca review dari mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan IT Comp.

Inilah peluang korang untuk membeli belah barangan kegemaran dengan harga yang sangat murah! Untuk tengok offfer lain yang menarik, korang boleh klik link dekat bawah ini! Jangan tunggu lagi tau. #MYCYBERSALE hanya berlangsung selama 5 hari sahaja! Kalau tak beli apa apa time ini memang rugi besar. hehe

Malaysia Biggest and Largest Online Sales is back!