Sabtu, 31 Disember 2016

Keputusan 365 Days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria

00:01 40
First off all, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua blogger yang support dan join giveaway yang aku buat untuk kali ini. Tak sangka dapat sambutan yang mengalakkan dari korang semua. Ok! Sekarang ini jom kita tengok siapa yang bertuah tuh!



Check nombor bertuah korang di SINI
Tahniah diucapkan kepada pemenang! Aku harap planner ini akan memberi manfaat kepada korang di tahun baru akan datang dan kepada yang tak menang tuh korang jangan risau sebab aku akan adakan satu lagi Giveaway dalam masa terdekat ini. InshaAllah! Untuk maklumat berkaitan dengan GA atau sebarang segmen, korang boleh follow IG aku di @lqmnzkria

Pemenang Giveaway

Nama:
Alamat:
No.Telefon:

Hantarkan maklumat berikut di que_man91@yahoo.com selewat lewatnya pada 7 Januari 2017. Pemenang baru akan dipilih sekiranya tiada maklum balas dari pihak korang sepanjang tempoh yang diberikan. Terima Kasih

Rabu, 28 Disember 2016

Makan Makan and Exchange Gifts with Colleagues

13:04 8

Makan Makan and Exchange Gifts with Colleagues | Ingat lagi tak entry A little makan makan with colleagues? Kalau tak silap aku, entry tuh aku update pada bulan oktober yang lepas. Kiranya masih baru lagi la kan. Guess what? kitorang buat makan makan lagi this month. Macam manalah aku nak kurus kalau asyik makan jer? Kalau tak makan boleh tapi rugi kot sebab semua makanan sedap sedap!


Macam macam ada! takkan nak tengok jer kan. Kenyang sampai ke malam makan semua nih. Macam biasalah kalau dah banyak macam nih mesti tak sempat nak makan semua. 


Masa buat makan makan ini aku keja pagi. Makan sekejap lepas tuh balik sebab ada hal. Kitorang ada buat exchange gifts juga time nih. Meriahlah jugak even tak semua join Exchange gift kali ini.


Bila semua dah dapat hadiah. Aku paksa semua orang buka.haha. Apa pon yang penting orang yang dapat hadiah dari aku tuh happy dengan apa yang aku bagi. Seriously aku memang fail bab beli hadiah ini tapi alhamdulillah lah  dia suka. Oh yer! aku nak inform korang yang join Giveaway aku yang lepas. Pemenang akan di umumkan pada hujung bulan ini  Diharapkan korang semua dapat bersabar yer. Terima Kasih.

Isnin, 12 Disember 2016

Cabaran Explore Race bersama Nescafé Tarik Mana Mana

13:46 22

Cabaran Explore Race bersama Nescafé Tarik Mana Mana  | At first memang fikir dua tiga kali sama ada nak join ke tak sebab time event tuh berlangsung aku kerja shift malam. Kalau pergi for sure aku akan penat gila tapi memandangkan Central Market dekat jer  jadi aku redah sajo lah.

Ada ramai blogger yang join untuk memeriahkan cabaran explore race ini. Kitorang dibahagikan kepada  lima kumpulan mengikut warna topi yang diberikan. Satu kumpulan di anggotai oleh empat orang blogger.

Vanessa Lim, Senior Brand Manager 
Setiap kumpulan akan diberikan lima tugasan yang agak mencabar untuk diselesaikan. Aku ini kan pemalu *kononnya la, Jadi bila ada cabaran yang melibatkan tempat awam dan strangers memang kecundang  sikit tapi don't worry guys everything went well. haha

Task 1 

Task yang pertama agak mencabar bagi aku. Bukan senang nak approach strangers lepas tuh kena mintak dorang bergambar dengan produk Nescafé dan upload dekat  instagram atau mana mana sodial media yang dorang ada tapi at last berjaya jugaklah.


Task 2
Cabaran kedua untuk kumpulan biru adalah Lion Dance di Petaling Street. Matilanak nak kena menari pulak kan. Tak tahulah apa yang jadi masa tuh, kitorang tibai jer tapi yang penting we had fun dan cabaran pon selesai dengan jayanya.haha

Task 3
Woi! Ituh perut ke apa? *Tepuk dahi tengok gambar sendiri.haha
Ada gambar model Nescafé yang ditunjukkan kepada kitorang dan tugasan yang perlu dibuat adalah bergambar seperti model dalam gambar tersebut . Aku tak ada gambar model Nescafé tuh, jadi korang layan jelah gambar aku ok. 

Task 4
Aku dah cuak sikit sebab dalam kertas yang diberikan tuh cakap kitorang kena pergi ke Clock Tower yang terletak di Jalan Medan pasar dan tugasannya adalah menari Hip Hop tapi bila sampai dekat sana kitorang sebenarnya perlu bergambar dengan props yang berikan.Nasib baik! 


Ada empat props dan kitorang kena guna props tersebut untuk bergambar dengan Nescafé tarik. Kreativiti sangat penting untuk task kali ini. Ada banyak gambar yang kitorang amek tapi aku rasa gambar ini yang paling menarik.

Task 5
Mannequin Challenge di LRT Masjid Jamek. Cabaran ini perlu dirakam selama 30 saat. Semua Cabaran sudah pon dibuat dan selepas semuanya selesai, kitorang bergerak menuju ke garisan penamat di Marchent's Lane yang terletak di Petaling Street.


Akhirnya kitorang berjaya sampai di garisan penamat. Kitorang mendapat tempat kedua dalam cabaran ini. Ingatkan dorang bergurau jer sebab kitorang group yang paling last kot sampai. Sebenarnya pemenang dinilai dari segi kreativiti setiap kumpulan dalam cabaran yang diberikan. Alhamdulillah! Tahniah Teammates Mawardi Yunus, Amir Nawawi dan Ilya Leya.


Terima Kasih Nescafé Malaysia kerana memberi peluang kepada aku untuk terlibat sama dalam Nescafé Tarik Mana Mana Challenge. Pengalaman yang agak menarik dan yang paling best dapat berkenalan dengan bloggger blogger lain. Untuk korang semua, jangan lupa untuk dapatkan Nescafé Tarik sekarang!

Rabu, 7 Disember 2016

365 Days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria

18:25 182

365 Days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria | Dalam entry Mulakan Tahun baru dengan 365 Daily Planner aku janji nak buat Giveaway dan Alhamdulillah dengan secara rasminya 365 Days Daily Planner giveaway bermula sekarang.

Aku mintak maaflah sebab lama sangat peram GA ini. As usual aku tak nak buat GA atau segmen yang susah susah. Korang just follow syarat syarat yang ada dalam "Invitation Card" kat bawah ini.


2017 semakin hampir dan aku yakin mesti ramai yang sedang mencari Planner yang menarik untuk digunakan pada tahun baru nanti. Ada dua 365 Days Daily Planner untuk dimenangi. Aku harap GA ini akan mendapat sambutan dari korang semua. Terima Kasih dan selamat mencuba.