Rabu, 30 November 2016

Mulakan Tahun baru dengan 365 Daily Planner

By luqman zakaria  |  12:15 22 comments

Masih tinggal satu bulan lagi untuk tahun baru. Korang dah ada azam baru ke belum? Kalau belum tuh cepat cepat plan dan fikir apa yang korang nak capai untuk tahun baru nanti. Bercakap tentang azam baru dan plan ini bukannya senang kan. Kalau nak capai sesuatu mesti ada perancangan yang teratur. 

Jadi, untuk entry kali ini aku nak berkongsi tentang planner yang awesome dengan korang semua. Sekarang ini ada banyak planner yang dijual dipasaran dan 365 Daily Planner adalah salah satu yang menarik perhatian aku.


Aku beli Planner secara online dan mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk sampai. At first risaulah jugak sebab lama sangat tapi Alhamdulillah barang selamat sampai dan semalam aku ke Setapak Central untuk pick up Planner ini.



Apa perancangan untuk tahun baru yer? hmm..Sambil sambil fikir tuh boleh tulis dalam planner ini. Langsung tak membosankan sebab di setiap muka surat mesti ada emoji emoji yang "Kawai". Jadi takdalah lemau kalau nak buka planner. ye dak?



Planner ini lengkap dengan Yearly plan, Monthly plan dan Daily plan untuk korang uruskan masa dan aktiviti dengan lebih mudah dan teratur. InshaAllah untuk entry akan datang aku akan adakan Giveaway dan hadiahnya adalah 365 Daily Planner ini. Aku harap adalah yang akan join nanti,hehe.

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

22 ulasan:

  1. inshaAllah awal tahu baru nak plan, kerja banyak dengan nak bercuti hujung tahun sesak sikit nak plan..btw aku join nanti GA hangpa tu na..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe slow slow la..tunggu ye GA nanti..hehe

      Padam
  2. beli dua tu, bak la sini satu. hehehe

    BalasPadam
  3. Tengah carik2 nak beli planner ni hehe cepat2 buat giveaway, sy nak join

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Harga murah jer tapi disebabkan dari China kena caj Shipping fee plak..jadi mahal la sikit tapi still berbaloi.

      Padam
  5. Menarik... saya lama dah tak blogging, tapi nanti nak join sbb skarang cari planner. Hahaha. Harap tak terlepas, dan kalau ada rezeki boleh la dpt planner. Tak senang cari planner yg berkenan di hati. Hahaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. join jangan join yer..tunggu next entry hehe

      Padam
  6. cantik dan mudah juga nampaknya

    BalasPadam
  7. kat mana beli nie . shantekkkk nya . ^___________^

    BalasPadam
  8. wahh kaler pink ada x??? nak jgk, nnti Unnu join GA luqman yer :) btw salam bw

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaler pink xde Unni..hehe. join jgn tak join. terima BW sini.

      Padam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP