Selasa, 11 Oktober 2016

The Kabin, Pantai Remis, Kuala Selangor

By luqman zakaria  |  14:46 14 comments

The Kabin yang terletak di Pantai Remis, Kuala selangor ini sememangnya menarik dan unik kerana bilik bilik disini dibina menggunakan recycled shipping container. Sekiranya korang nak buat private function, family day atau gathering, The Kabin adalah tempat yang sesuai kerana mereka menyediakan banyak kemudahan contohnya macam BBQ Alfresco, Swimming pool, bilik karaoke, multi function room, basikal, kayak dan Stand up paddling board, games room dan wifi
*Alfresco - outdoor/open air


The Kabin 
Cafe cum Reception
Perjalanan kitorang dari Kuala Lumpur ke The Kabin mengambil masa lebih kurang satu jam. Sementara nak tunggu kunci bilik aku sempat amek gambar facilities yang ada dekat sini. 

Parking lots
The Kabin menyediakan parking lots juga untuk in house guests, jadi tak perlu risau pasal parking sebab parking lots yang disediakan agak luas. 

Swimming pool 1.0
Swimming pool 2.0
Swimming pool. Masa sampai tuh memang ramai dalam pool ini tapi gambar yang aku amek ini keesokan harinya masa nak check out sebab tuh kosong jer.

BBQ Alfresco
inilah BBQ Alfresco tuh. Masa ini tengah getting ready nak bakar ayam, ikan dan kerang.Malam tuh makan memang kenyang sebab banyak gila. Thank you pada korang yang tolong bakarkan sebab aku turun dari bilik terus ngap jer. haha. oklah jom kita tengok bilik pulak.

Bilik 1.0
Bilik 2.0
Bilik 3.0
Bilik ini lengkap dengan mini fridge, TV, Astro, Coffee, Kettle, towels dan bathroom amenities. Bilik dekat sini ada beberapa kategori. Untuk maklumat berkaitan dengan jenis bilik dan harga korang boleh ke official website The Kabin. Dah tengok bilik kan. Sekarang kita pergi pantai pulak. Dekat jer dari the kabin korang boleh jalan kaki. Tak sampai 5 minit pon dah boleh sampai.

Pantai Remis 1.0
Pantai Remis 2.0
Terubat jugaklah rindu ini walau pon feeling dia tak sama dengan Pantai Chenang.hehe. Ingatkan tak ada orang dekat sini tapi rupa rupanya siap ade gerai jual goreng goreng, layang layang. best la jugak.

Basikal Sewa
Untuk pengetahuan korang, The Kabin ada sewakan basikal. Kalau tak silap aku RM10 sejam tapi tak pasti sebab kitorang memang tak tanya pon.


Best kan kalau petang petang lepak dekat sini. Boleh terlena ok dibuai oleh benda alah ini. Tapi sayang sebab aku discover tempat ini masa nak check  out. Tak sempat nak merasa. Kitorang check out awal dalam jam 9 pagi macam tuh sebab ada orang tuh kena kerja shift petang pulak. hehe. 


Nampaknya sampai sini sahajalah entry Edisi Travelog di The Kabin, Pantai Remis, Kuala Selangor. It was a great experience. Aku harap dapat join lagi outing yang macam nih in future. Oh yer! untuk korang yang bercadang untuk datang jangan lupa bawa mosquito repellent spray sebab dekat sini banyak blood suckers. hehe.

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

14 ulasan:

  1. wahh.. cantik nya tempat. siap ada swimming pool lagi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe. nanti kalau ada masa pergi la sana.

      Padam
  2. Balasan
    1. Sewanya boleh tgk dkt official website dorang.

      Padam
  3. Wah cantiknya. Boleh bawak family. Tq.

    BalasPadam
  4. pernah sampi sini,tp tak stay..sebb fully book..
    picture last yg duduk bersepah kat KABIN tu menarik,nice picture

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke..nanti try la duduk dan jgn lupa amek gambar mcm kitorang.hehe

      Padam
  5. lawa sangat aihh tempat ni.tenringin gak nak lepak tido sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe. nanti kalau ada masa lapang tuh..boleh la pergi. experience sendiri. hehe

      Padam
  6. Dah lama tak gathering dengan member-member. Boleh suggest ni pergi sini. Thanks beb :)

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP