Khamis, 15 September 2016

Membeli tiket bas tanpa perlu ke kaunter dengan aplikasi CatchThatBus

By luqman zakaria  |  11:59 16 comments

Assalamualaikum.

Nasiblah jadi seorang luqmanzakaria! Banyak info yang menarik contohnya macam CatchThatBus ini yang aku terlepas pandang. Mungkin sebab dah lama tak naik bas, jadi maklumat tentang perkhidmatan yang disediakan berkaitan dengan bas diabaikan. Beberapa hari sebelum hari raya haji barulah aku aware dengan aplikasi CatchThatBus ini, itu pon sebab kawan aku yang kenalkan.

Tiket bas time raya haji macam ini mesti laris gila macam pisang goreng kan. Kalau ke kaunter confirm nak kena bersesak sesak dengan lautan manusia. Alang alang dah tahu pasal apps ini, aku try la guna.. 
Applikasi ini boleh di muat turun di Apple Store dan Google Store. Aku tak pasti samada apps ini boleh di muat turun di Window Store atau tak, korang boleh check yer. hehe. Langkah langkah untuk membeli tiket di CatchThatBus ini sangat sangat mudah.

            1. Pilih lokasi (Dari mana)
            2. Pilih lokasi (Ke mana)

            3. Pilih bilangan penumpang
            4. Pilih tarikh perjalanan yang anda inginkan (contoh dibawah adalah untuk "One way trip)

            5. Pilih masa perjalanan dan bas yang diinginkan.
            6. Maklumat berkaitan pick up dan drop off  point.

            7. Pilih seat anda (Sesetengah bas, Seat akan dipilih oleh operator bas itu sendiri)
            8. Isi maklumat yang berkaitan

             9. Pastikan maklumat anda betul dan jangan lupa check promo code. mana tahu boleh 
                  dapat murah.hehe
            10. Antara promo code yang ada sekarang. Sekiranya ada promo code yang layak untuk 
                  korang, masukkan promo code dalam petak yang disediakan.

            11. Bahagian ini korang jangan risau. Selain Maybank2u, ada banyak lagi platform lain 
                  yang boleh digunakan. Kalau ada paypal pon boleh guna jugak.
            12. Selepas pembayaran dilakukan. Booking korang akan diproses dengan secepat 
                  mungkin.

E-Ticket akan dihantarkan melalui email dan korang boleh print E-Ticket tuh untuk digunakan semasa menaiki bas nanti. korang boleh tengok contoh E-Ticket yang korang akan dapat melalui email dekat bawah ini.


Alhamdulillah! aku baru jer lepas gunakan perkhidmatan dorang dan everything went smooth last night. Excited punya pasal nak share dengan korang semua. Sampai sampai rumah jer terus on laptop taip entry ini. Selamat mencuba semua. happy blogging.

untuk maklumat lanjut berkaitan dengan CatchThatBus, korang boleh layari lawan web rasmi dorang di www.catchthatbus.com  

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

16 ulasan:

  1. Info yang berguna..! Lepas ni kalau naik bas pergi bercuti boleh guna apps ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq. lepas nih senang la kan..takyah nak g kaunter dah kn.

      Padam
  2. tak pernah try lagi . lepas ni boleh try ni pulak. lg senang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.trylah senang jer.yg paling penting memudahkan kita

      Padam
  3. Bagus ada perkhidmatan macam ni. Fiza pun ada share di blog juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh..senang sikit takyah g kaunter kan.

      Padam
  4. bagus nie...
    tak perlu la nak beratur panjang...
    jimat masa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh..tak perlu beratur..just book online jer..kat umah pon boleh buat

      Padam
  5. Wah menarik.. senang macam ni... online je.. saya dah lama tak naik bas... dulu masa awal2 kawin pjj dengan husband rajin la naik bas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg senang. sebelum nak pergi beli tiket bas malas sbb nak kena g kaunter.hehe

      Padam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP