Isnin, 26 September 2016

Diskaun sebanyak 50% untuk pengguna LRT, Monorel dan BRT

Diskaun 50% ini sebenarnya bermula dari 16 September lagi tapi masih belum terlambat untuk aku share berita ini dengan korang semua. Sebagai seorang pengguna LRT haruslah aku happy sebab dengan diskaun 50% ini dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan aku. 

Credit to www.myrapid.com.my
Diskaun ini hanya valid untuk perjalanan bermula dari 6 pagi hingga 7 pagi sahaja (Weekdays) dan ianya adalah untuk "Cashless" users only. Kalau korang guna "Coin" tuh memang tak dapatlah. Kalau korang adalah salah satu pengguna Kad dibawah ini, korang layak untuk dapatkan diskaun 5067 ini.

  • MyRapid Card and Touch n' Go
  • MyRapid Smart 7
  • MyRapid Smart 30
  • MyRapid Concession Card - Senior Citizen, Student dan OKU
Diskaun 5067 ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang selalunya berlaku di waktu kemuncak antara jam 7 pagi hingga 9 pagi. Tawaran ini melibatkan laluan LRT Kelana Jaya, LRT Sri Petaling, LRT Ampang, Monorel Kuala Lumpur dan BRT Sunway.

Credit to paultan.org
Walaupon aku kerja shift dan mungkin dalam masa satu bulan tuh aku hanya dapat  guna diskaun ini selama 6 hari sahaja, aku masih lagi dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan untuk transportation. Mungkin sikit tapi berbaloi kot. haha. 

Siapa antara korang dekat sini gunakan LRT, Monorel atau BRT untuk ke tempat kerja? Apa pendapat korang tentang Diskaun 5067 ini? Sanggup bangun awal pagi untuk dapatkan 50% diskaun? Komen dekat bawah ok.

10 ulasan: