Selasa, 19 Julai 2016

Blogger business card untuk arepnakbebel.com

Assalamualaikum.

Rasanya belum terlambat lagi nak wish Selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua yang singgah arepnakbebel.com. Al maklumlah raya kan sebulan. Tahun ini aku raya dekat tempat kerja sajo. Orang lain sibuk berketupat rendang, aku duduk dalam opis jawab call. 

Kali ini dah masuk tahun kedua aku celebrate raya dekat opis. First time raya di perantuan memang sebak jugalah tapi bila dah masuk second time, perasaan tuh dah boleh kawal sikit. gituh.haha. Oklah, kita tolak tepi dulu cerita pasal raya sebab untuk entry kali ini aku nak berkongsi serba sedikit tentang business card.

Bulan november tahun lepas aku pernah share satu entry berkenaan dengan BLOGGER DAN BUSINESS CARD . Masa itu design untuk business card memang dah ada cuma nak print kan jer tapi tak tahulah kenapa aku tak buat. Sekarang ini bila tengok balik design tuh bersyukur jugalah tak print.haha


Untuk design yang baru aku prefer warna putih untuk background sebab ianya simple and clean. Not as perfect as i want it to be but i love it so much especially tulisan "Luqmanzakaria" dan logo. Kudos to my brother sebab buatkan logo yang awesome tuh.


Design untuk card ini memang penting. kita cuba sebaik mungkin untuk design business card kita supaya nampak cantek dan kemas tapi selain dari itu font yang dipilih untuk card pon memainkan peranan penting juga sebab kita nak maklumat yang disampaikan tuh senang untuk difahami oleh semua orang.

Lepas jer siap aku cepat cepat hantarkan design untuk perinting. Kalau aku pendingkan lagi maknanya tahun 2017 pon business card ini takkan wujud.haha. Alhamdulillah sekarang printed business card dah ada dekat aku. Lambat sikit dapat sebab pos laju tutup sebab raya kan.



Dah lama nak buat kad tapi baru sekarang jadi realiti.haha. sebelum ini banyak idea yang acah acah jer tapi tak buat. sabar jerlah dengan perangai sendiri. Berbalik pada kad yang aku buat ini, ianya memang simple gila. Blogger yang belum buat kad tuh dah boleh start plan sekarang yer. 

26 ulasan:

  1. Nampak kemas dan profesional.. good luck

    BalasPadam
  2. simple but nice. sedap mata memandang! pilihan kaler and font sgt penting . nampak sgt sempurna !

    BalasPadam
  3. wah.... siap ada kad sendiri dah... =)

    BalasPadam
  4. cunnya.. eh, kita guna template sama.. hehe

    BalasPadam
  5. lawa. suka logo awk tu. kita tak de idea nak buat logo simple macam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq. logo nih pon bukan saya yg buat.haha

      Padam
  6. Lawa business card dia. kita punya buruk gilo kakahkah

    BalasPadam
  7. Simple tapi cantik nampak profesional gituew.. Bolehlah design untuk kita punya pula.. ;)

    BalasPadam
  8. nampak profesional sangat business card ko dik

    BalasPadam