Rabu, 22 Jun 2016

Riang Ria Raya bersama LAZADA dengan bajet RM500 sahaja!

Assalamualaikum.

Raya dah nak dekat tapi satu apa pon tak beli lagi. Bukan tak nak beli tapi malas nak bersesak sesak dalam lautan orang. Kat mana mana pon sesak dari atas jalan sampailah ke mall. Bila dah macam tuh mood nak usha usha barang pon boleh hilang tau. 

Nasib baik ada LAZADA. tak perlu kau nak bersusah payah pergi shopping barang raya dalam lautan manusia sampai cair make up. Baik duduk rumah On kan jer laptop korang lepas tuh pergilah usha barang barang raya dekat website tuh. 

Shopping pon shopping jugak tapi bajet macam mana? Sekarang ini kebanyakan barang bukannya murah. Pernah sekali tuh aku pergi beli barang dapur secoit jer tapi berkepuk kepuk duit melayang. Rasa nak nangis pon ada sebab nilai duit sekarang nan hado. Bercakap pasal duit dan bajet ini, RM500 cukup ke untuk beli barang raya dekat LAZADA? Jom kita tengok.

1.Untuk My SuperMOM
Setiap kali Raya jer sesi membersih dan mengemas rumah menjadi lebih Extreme dari hari hari biasa. Setiap sudut nak kena bersihkan. betul tak? dan sebagai mak, ada banyak lagi  kerja lain nak dibuat, nak masak lagi nak kemas rumah lagi nak prepare itu ini lagi memang exhausted. 

Electrolux Vacuum Cleaner - RM209.30
Jadi, aku rasa Vacuum adalah pillihan yang tepat untuk mak aku sebab dalam rumah kitorang tuh habuk dia lain macam sikit, nak nak pulak bila habuk melekat dekat carpet. Kalau ada ini senanglah sikit kerja mak aku. Nak harapkan Vacuum lama yang ada sekarang ini memang sampai ke subuh pon tak hilang hilang habuknya. KLIK SINI  kalau berminat nak beli jugak.hehe

2. Untuk My SuperDAD
Dari aku kecik sampailah sekarang kat rumah aku tuh masih lagi guna TV kotak yang gedabak besar entah berapa inch pon aku tak ingat. Kalau nak angkat or alihkan sikit jer, Ya ampun berat dia boleh buat kau sado sekejap. Tapi baru baru ini dah ada tv flat screen yang ala ala papan tuh tapi tempat nak letak pulak takde. Jadi, aku rasa kalau beli TV cabinet  pon ok kan. Lagi pon dekat dekat nak raya ini elok sangat la kalau ada perabot baru.tak gituh? KLIK SINI untuk info tentang cabinet ini.

Tv Cabinet [Maple & White  ] - RM189.00

3. Untuk My SuperSISTER
Kakak aku terer jugak kalau bab masak masak ini. Tapi one thing yang kitorang adik beradik paling suka, bila dia buatkan Cake. Kalau berkumpul semua adik beradik tak kiralah time raya atau tak kitorang mesti suruh dia bake kan cake. So, kalau dapat belikan Mixer ini bolehlah suruh buatkan cake sokmo! haha. Nak beli jugak tak? KLIK SINI

Stand Mixer with Stainless Steel Bowl - RM57.10

4. Untuk My SuperBRO
Untuk abang aku plak, aku pilih wallet. Sempena nak raya kan kenalah ada wallet baru. Wallet pon nampak smart harga pulak berpatutan. Rugilah kalau tak beli kan.hehe. berminat nak beli? KLIK SINI 

Bogesi Leather Wallet - RM21.00

Aku dah senaraikan semua Wishlist, Jom kita kira total untuk semua barang barang yang aku dah pilih  ini. Agak agak lepas tak RM500? RM209.30 + RM189.00 + RM57.10 + 21.00 = RM476.40. Hampir hampir nak RM500 tapi still in budget right.

Sekarang ini Lazada sedang mengadakan jualan hari raya besar-besaran. Korang boleh shopping pada 21-24 hb ini kerana Lazada akan menawarkan diskaun sehingga 92%. Banyak tuh discount, rugi kalau tak beli apa apa.Jangan tunggu lama lama nanti tak sempat pulak ! Cepat Klik link dekat bawah ini. 


Berita sensasi untuk blogger! Kalau nak menang hadiah meh ler join Riang Ria Raya Blogger Contest. Kalau ada rezeki boleh guna  Fujifilm Instax Mini Camera masa raya nanti. Contest berlangsung sehingga 24th June 2016, masih ada masa lagi untuk join yer. Untuk maklumat lanjut berkaitan Contest ini korang boleh ke blog Sayaiday  atau korang boleh Klik banner dekat bawah ini.


18 ulasan:

  1. good luck lokman.. nak tergelak pasal tv kotak beso gedabak yang lokman kata bila nak angkat pun leh jadi sado sekejap.. kih3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank you tenku butang..haha..terlebih pulak kan..tv berat sangat tuh yg boleh sado tuh..lol

      Padam
  2. Good luck Luqman !
    Aku pon join gak lepas tengok post kau nie =)

    BalasPadam
  3. Great choice. Saya paling suka wallet tu. Nampak macam yang berharga ratus-ratus tapi puluh-puluh jer rupanya. Diari Mommy Muhaimin

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq. saya pon same..cari punya cari..last last yang nih paling cantek!

      Padam
  4. kite takmasuk yg ni. masuk yg 10 barang tu.good luck ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang nih dah lepas dah..tak menang pon..huhu..yg 10 barang tuh xperasan plak.

      Padam
  5. Saya pun 'kuat' soping kat Lazada ni.
    Baru ni beli robotic vacuum. Mmg best.
    Harga berpatutan dgn performance.

    BalasPadam
  6. Best eh tv cabinet tuh?
    Perabot xnah bli kt Lazada lagi.

    BalasPadam