Rabu, 4 Mei 2016

Geek TV dan Watchseries adalah website penggemar drama bersiri Omputeh

Assalamualaikum.

Aku adalah salah seorang penggemar drama bersiri. Banyak drama bersiri yang ditayangkan di TV aku tak dapat nak tengok. Kadang kadang tuh kalau dapat tengok dekat TV pon sekejap jer lepas tuh dah tak ditayangkan lagi. Contohnya macam drama bersiri Kyle XY dan Tru Calling, pernah ditayangkan sekejap dekat TV tapi lepas tuh dah tak ada. 

Alternatif untuk tengok dekat tempat lain memang tak ada. Tapi lepas tuh aku jumpa dua website ini untuk menonton dan khatamkan beberapa drama bersiri favourite aku sampailah habis tanpa ada masalah.





Dua website ini adalah antara website yang paling kerap aku gunakan untuk menonton drama bersiri macam Revenge, The Catch, Pretty little liars, Orphan black, Quantico dan lain lain lagi. Kalau ada drama bersiri yang korang nak tengok tapi tak dapat nak cari dekat mana mana cubalah cari dekat dua website ini. Insyaallah ada. selamat menonton.hehe

7 ulasan: