Khamis, 18 Februari 2016

Denda RM1000 untuk ganti Kad Pengenalan (Mykad) yang hilang?

Assalamualaikum.

Denda untuk gantian kad pengenalan dinaikkan? Seriously aku tak tahu. Semalam aku ke website JPN untuk cari maklumat berkaitan dengan denda yang dikenakan kepada individu yang hilang kad pengenalan akibat dari kecuian. Macam nak gugur jantung bila tengok denda yang dikenakan. Baru je hilang kad pengenalan. Mengalir deraslah nampaknya duit aku nanti.

Alkisahnya, aku nak keluarkan Mykad dari beg untuk photocopy tapi cari punya cari nan hado. Satu beg aku selongkar tapi langsung tak jumpa. Masa itu aku masih cool lagi sebab aku fikir mesti aku misplace dekat dalam bilik ke apa kan. Balik  jer dari kerja, aku teruskan aktiviti menyelongkar setiap inci bilik untuk cari Mykad aku tapi bad news! tak ada.

Maka dengan itu aku putus asa dan ambil keputusan untuk buat gantian Mykad baru. Dengan redhanya aku kena keluarkan duit untuk bayar denda. Untuk pengetahuan korang yang masih belum tahu tentang kenaikan denda ini. meh sini aku share sikit.


Kehilangan kad untuk kali pertama dikekalkan sebanyak RM100, kehilangan kali kedua dinaikkan daripada RM200 kepada RM300 dan untuk kehilangan kali ketiga dan seterusnya dinaikkan daripada RM300 kepada RM1000.

Berbalik kepada cerita kehilangan MyKad aku itu. Alhamdulillah, aku tak payah tukar baru sebab finally aku jumpa balik. Baru aku teringat dua tiga hari lepas aku ke EasyRHB untuk urusan bank dan rupa rupanya aku tertinggal dekat situ. Nasib baik staff RHB tuh jumpa kalau tak melayang macam tuh jer duit aku. Terima kasih banyak banyak yer.

 Peringatan untuk semua termasuk aku juga, simpan baik baik kad pengenalan anda kalau tak nak duit mengalir deras macam air sebab kalau tengok pada denda yang dikenakan menangis juga nak membayarnya. hehe. pandai pandailah ya. Siapa siapa yang ada tips macam mana nak jaga MyKad boleh share dekat komen, Mana tahu boleh membantu kita kita yang selalu cuai nih. hehe.

18 ulasan:

  1. Allah! Mahainyaa T_____________T kena jaga betul2 ni, dah la selalu hilang, matrics card pun selalu hilang, ni kan lagi IC T___T dah byk kali IC hilang, tapi masih cool sbb tahu akan jumpa balik xD haha. thanks for the info. seriusly thanks :) peringatan untuk diri sendiri supaya jaga betul2 IC tu . huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..mahal giler kot..kalau ic x hilang semalam memang tak tahu menahu pasal ini..nasib baik dah jumpa balik. kalau tak menangis la saya nak bayar denda..

      Padam
  2. risau gak kan...saya memang camne sekalipun lepas keluarkan ic terus simpan balik dalm dompet tempat mana saya selalu simpan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup memang risau. baguslah kalau mcm tuh..kena jaga betul2.

      Padam
  3. Alhamdulillah . setakat nie tak pernah lagi hilang . heee

    BalasPadam
  4. Mahalnya :O haish kena simpan bebaik ni. kalau tak melayang duit T.T

    BalasPadam
  5. jaga baik-baik (^_^) nasib baik dedek baru lepas buat ic baru.ganti sebab rosak.pergh kalau hilang naya lah.huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ganti baru sebab rosak ok dedek! kalau hilang sbb cuai memang naya la..haha

      Padam
  6. duit RM100 banyak tu..boleh beli macam2 barang..dari bayar denda,baik jaga ic tu leklok..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahu takpe..kena jaga baik baik lau tak nak duit melayang..hehehe

      Padam
  7. umur 18 thn ke bwh (bumiputera) x pyh byr kan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. setahu saya..kalau hilang disebabkan kecuaian sendiri tak kira berapa umur anda, denda tetap akan dikenakan.tapi untuk kepastian boleh ke website JPN untuk maklumat yang sahih.

      Padam
  8. Ada sorng kawan wa....lahir tahun 1962.....tpi tk pernah buat ic baru....cume pernah buat 1 kali je tahun 1974 ....ape patut dia buat untuk dapatkan ic baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yang tuh tak pastilah pulak saya macam mna..kena rujuk dengan dorang la.huhu

      Padam