Rabu, 24 Februari 2016

Aku dan Photography

Assalamualaikum.

Photography merupakan salah satu minat aku selain blogging dan membebel. haha. Kiranya blogging ini adalah salah satu platform untuk transformkan bebelan aku dalam bentuk penulisan dan minat kepada photography pula boleh dikongsikan di blog ini. Sebelum ini aku pernah kongsikan mengenai minat aku dekat blog tapi dah lama sangat dah. Kiranya entry kali ini entry ala ala throwbacklah.


Tak ada gambar baru untuk dikongsikan dengan korang, yang ada cuma beberapa keping gambar dari koleksi yang lama. Gambar dekat atas ini diambil sebelum hari perkahwinan kakak aku. Memandangkan hari perkahwinan kakak aku semakin dekat. Kitorang gotong royong cat rumah. It was a memorable experience for me sebab sebelum ini mana pernah cat rumah dan alhamdulillah hasilnya cukup memuaskan. ahaks.


Dan yang ini pulak diambil semasa majlis pertunangan kakak aku. Tahun 2012. lama nau nau. Bukanlah gambar yang sehebat photographer profesional tapi rasanya cukup memuaskan dah bagi aku.


Ini adalah antara gambar yang aku suka. Langsung tak plan nak ambil gambar macam ini. It was beautifully done. haha. puji diri sendiri okeh. Gambar ini diambil semasa sehari sebelum hari perkahwinan kak aku which is on 2013.


and this is my ultimate favourite. Ummu Syaurah, my cutie pie niece. Dah lupa bila captured gambar ini sebab dah lama sangat. Sekarang ini dah besar dah. Rasanya cukuplah empat keping gambar aku share. Kalau banyak banyak nanti berjela pulak. Teringin nak start balik aktiviti photography tapi malangnya tak ada camera yang sesuai. Insyaallah kalau ada rezeki lebih boleh beli kamera untuk ambil gambar yang cantek cantek. amin

21 ulasan:

  1. cantikk ^_^ boleh wat bisnes nii

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.tq lieya. sekadar suka suka boleh la.

      Padam
  2. sy pun minat fotografi jugak :) boleh release stress kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeay! kita geng..haha.. betul tuh..boleh release stress..lagi lagi kalau dapat snap gambar yang lawa :P

      Padam
  3. apa tunggu lagi, boleh dah slow2 bukak buz ni

    BalasPadam
  4. sekarang pakai kamera apa. Cantik sangat dah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini koleksi lama KA. sekarang tak pakai cam apa apa.huhu

      Padam
  5. cantik! suka tengok gambar cantik cantik dan mereka yang berbakat dalam fotografi ni

    BalasPadam
  6. cantik ek gambo.. skill tu kan

    BalasPadam