Rabu, 24 Februari 2016

Aku dan Photography

Assalamualaikum.

Photography merupakan salah satu minat aku selain blogging dan membebel. haha. Kiranya blogging ini adalah salah satu platform untuk transformkan bebelan aku dalam bentuk penulisan dan minat kepada photography pula boleh dikongsikan di blog ini. Sebelum ini aku pernah kongsikan mengenai minat aku dekat blog tapi dah lama sangat dah. Kiranya entry kali ini entry ala ala throwbacklah.


Tak ada gambar baru untuk dikongsikan dengan korang, yang ada cuma beberapa keping gambar dari koleksi yang lama. Gambar dekat atas ini diambil sebelum hari perkahwinan kakak aku. Memandangkan hari perkahwinan kakak aku semakin dekat. Kitorang gotong royong cat rumah. It was a memorable experience for me sebab sebelum ini mana pernah cat rumah dan alhamdulillah hasilnya cukup memuaskan. ahaks.


Dan yang ini pulak diambil semasa majlis pertunangan kakak aku. Tahun 2012. lama nau nau. Bukanlah gambar yang sehebat photographer profesional tapi rasanya cukup memuaskan dah bagi aku.


Ini adalah antara gambar yang aku suka. Langsung tak plan nak ambil gambar macam ini. It was beautifully done. haha. puji diri sendiri okeh. Gambar ini diambil semasa sehari sebelum hari perkahwinan kak aku which is on 2013.


and this is my ultimate favourite. Ummu Syaurah, my cutie pie niece. Dah lupa bila captured gambar ini sebab dah lama sangat. Sekarang ini dah besar dah. Rasanya cukuplah empat keping gambar aku share. Kalau banyak banyak nanti berjela pulak. Teringin nak start balik aktiviti photography tapi malangnya tak ada camera yang sesuai. Insyaallah kalau ada rezeki lebih boleh beli kamera untuk ambil gambar yang cantek cantek. amin

Selasa, 23 Februari 2016

Sangkaya atau Nutty Coco, Mana satu pilihan korang?

Assalamualaikum.

Kalau sebut Sangkaya jer mesti semua orang tahu kan. Mana taknya dekat semua tempat ada, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Penang, Seremban, Johor, Ipoh. Fuh! You are damn pemes Sangkaya.  *Tepukan gemuruh sikit. 

Keinginan untuk mencuba aiskrim di sangkaya semakin membuak buak bila ramai netizen yang upload gambar aiskrim ini di instagram, facebook dan segala mak nenek social media. Dan beberapa hari yang lepas, aku sempat singgah di Sangkaya yang terletak di Setapak Central and wallah!


RM10.50

4 Scoops of Icecream dengan 3 topping. Korang boleh pilih topping apa yang korang nak tapi aku cuma ambil 2 topping which is Corn and peanut. Topping yang lain kurang menarik bagi aku sebab tuh letak dua jer.

Sekarang kita beralih pada Nutty Coco pulak. Outlet Nutty Coco tak meluas sangat macam sangkaya. Kalau ikutkan website yang aku tengok, outlet ini hanya ada di Wangsa Walk  Mall, KLCC dan IPC Shopping Centre.


*lupa harga. sorry T__T

Sama tapi tak serupa. Pada aku both of them memang sedap. Pada yang belum ada kesempatan untuk rasa bolehlah ke Outlet Sangkaya dan Nutty Coco yang berdekatan dengan korang. Check out their website untuk maklumat lanjut. Mana satu pilihan korang? Share dekat komen. 

Khamis, 18 Februari 2016

Denda RM1000 untuk ganti Kad Pengenalan (Mykad) yang hilang?

Assalamualaikum.

Denda untuk gantian kad pengenalan dinaikkan? Seriously aku tak tahu. Semalam aku ke website JPN untuk cari maklumat berkaitan dengan denda yang dikenakan kepada individu yang hilang kad pengenalan akibat dari kecuian. Macam nak gugur jantung bila tengok denda yang dikenakan. Baru je hilang kad pengenalan. Mengalir deraslah nampaknya duit aku nanti.

Alkisahnya, aku nak keluarkan Mykad dari beg untuk photocopy tapi cari punya cari nan hado. Satu beg aku selongkar tapi langsung tak jumpa. Masa itu aku masih cool lagi sebab aku fikir mesti aku misplace dekat dalam bilik ke apa kan. Balik  jer dari kerja, aku teruskan aktiviti menyelongkar setiap inci bilik untuk cari Mykad aku tapi bad news! tak ada.

Maka dengan itu aku putus asa dan ambil keputusan untuk buat gantian Mykad baru. Dengan redhanya aku kena keluarkan duit untuk bayar denda. Untuk pengetahuan korang yang masih belum tahu tentang kenaikan denda ini. meh sini aku share sikit.


Kehilangan kad untuk kali pertama dikekalkan sebanyak RM100, kehilangan kali kedua dinaikkan daripada RM200 kepada RM300 dan untuk kehilangan kali ketiga dan seterusnya dinaikkan daripada RM300 kepada RM1000.

Berbalik kepada cerita kehilangan MyKad aku itu. Alhamdulillah, aku tak payah tukar baru sebab finally aku jumpa balik. Baru aku teringat dua tiga hari lepas aku ke EasyRHB untuk urusan bank dan rupa rupanya aku tertinggal dekat situ. Nasib baik staff RHB tuh jumpa kalau tak melayang macam tuh jer duit aku. Terima kasih banyak banyak yer.

 Peringatan untuk semua termasuk aku juga, simpan baik baik kad pengenalan anda kalau tak nak duit mengalir deras macam air sebab kalau tengok pada denda yang dikenakan menangis juga nak membayarnya. hehe. pandai pandailah ya. Siapa siapa yang ada tips macam mana nak jaga MyKad boleh share dekat komen, Mana tahu boleh membantu kita kita yang selalu cuai nih. hehe.

Khamis, 4 Februari 2016

Meatballs dan Shuttle Bus PERCUMA ke IKEA Cheras

Assalamualaikum.

Kalau tak silap, IKEA Cheras dibuka pada 19 November 2015 tapi baru semalam dapat jejakkan kaki ke sana. Maklumlah masa tak mengizinkan, lepas itu kalau ada masa pon tak best kot pergi sorang sorang. Kalau pergi sekali pon nak buat apa? Sekadar cuci mata tuh oklah tapi still tak best kalau sorang kan. Kebetulan semalam kawan ajak pergi sana sebab nak pekena meatballs sambil window shopping. 


Dari LRT Chan Sow Lin kitorang naik teksi sebab langsung tak tahu pasal Free Shuttle bus untuk ke IKEA. Kalau tahu kitorang tunggu jer bas sebab tak payah nak spend duit untuk transportation. Dari LRT Chan Sow Lin ke IKEA dalam RM4.70. Dengan keadaan ekonomi kita yang nan hado ini kena berjimat sikit anda anda semua.hehe.

Selamat sampai dekat IKEA tapi tak tahu entrance celah mana. Kitorang suruh jer driver tuh drop off tepi jalan then kitorang exersice sikit cari pintu masuk. Bila dah masuk dalam IKEA haruslah usha barang barang dia walaupon tak beli apa apa sebab tujuan utama datang nak makan jer kan. 


Inilah yang kitorang makan dekat sana. Untuk dua orang. Meatballs 15 biji sorang, Ayam 2.5 sorang, lepas tuh Spring rolls suppose 2 sorang tapi misi tak berjaya sebab tak dapat nak habiskan semua. Bukan tak sedap tapi kenyang. Time nak order and amek makanan kitorang memang lapar sesangat. Semua benda rasa nak makan tapi bila dah amek tak habes plak. *Please jangan tiru perangai kami

Bila dah kenyang tuh, kitorang lepak lepak sekejap sambil bercerita pasal kehidupan kitorang yang sendu nih  tapi tiba tiba plak mengantuk. Kalau tunggu lama lama boleh tertidur dekat meja makan, kitorang terus keluar dari IKEA kengkonon nak tahan teksi nak balik ke LRT Chan Sow Lin. Tengah tengah berjalan tuh aku ternampak Jadual Shuttle bus. Dari situlah aku tahu pasal perkhidmatan Free Shuttle bus ini. 


Bila dapat tahu pasal ini, kitorang decide untuk tunggu bas instead of amek teksi sebab kebetulan waktu tuh bas pon dah ada. Bas yang disediakan memang mengikut waktu yang ditetapkan kalau korang decide nak amek bas, kena punctual! 


Tak sangka pulak ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ini, ingatkan dua tiga orang jer sebab waktu tengah tunggu bas tak ramai sangat orang. Kepada korang korang semua yang nak ke IKEA Cheras tapi tak ada transport jangan risau yer naik jer public transport yang disediakan. 

Selasa, 2 Februari 2016

Undi Blog Luqman Zakaria untuk kategori Best Lifestyle Blog di Malaysia Social Media Week 2016

Assalamualaikum.


Mampu? Tajuk entry panjang macam tuh! Undi jangan tak undi hokeh. Walaupon blog nih tak selevel dengan blog blog yang dikenali ramai tapi aku tetap mencuba nasib. Bak kata seseorang "Menang ke kalah ke tuh lain cerita, yang penting kau ada effort nak try". 



Malaysia Social Media Week

Ada banyak kategori yang dipertandingkan contohnya macam best foodie blog, best content blog, best travel blog dan lain lain lagi dan untuk blog luqman zakaria aku letakkan dalam kategori Best Lifestyle Blog. Kalau ikut hati memang ragu ragu sikit nak masuk sebab peluang untuk menang tuh macam tipis setipis roti gardenia tapi macam aku cakap tadilah ini adalah effort aku untuk mencuba nasib. Lagipon manalah tahu kali nih ada rezeki untuk menang kan.ececeh..Kalau tak menang pon at least orang akan notice yang blog aku nih wujud dalam alam maya.haha.

Cara Untuk Mengundi


Sekiranya korang nak undi, sekiranyalah kan..korang bolehlah ikut step step yang aku share nih yer. Senang jer, as long as korang ada Facebook, korang boleh mengundi.ahaks.

  • First sekali yang korang perlu ke website ini www.socialmediaweek.com.my. Lepas itu, korang pergi pada bahagian Social Media Week Awards 2016 dan klik pada butang "Vote Now".

  • Login mengunakan akaun facebook korang.

  • After dah login, Korang ke bahagian "Award Gategory" di sebelah kiri. Korang boleh Klik pada Best Lifestyle Blog
  • Bila dah klik situ, senarai blog untuk kategori tuh akan keluar macam gambar kat bawah ini. Pilihlah mana mana blog yang korang nak undi. contoh yang senang blog aku lah..haha.Lepas dah pilih tuh korang tekan jer button vote. Once button vote tuh dah jadi colour MERAH maknanya korang dah undi blog tuh. senangkan.

Cepat, senang dan mudah kan. tunggu apa lagi. marilah mari, mari mengundi. cepat cepat jangan sampai terlambat yer. Tarikh pengundian bermula pada 2 februari 2016 sehingga 21 februari 2016 jer..lepas tuh dah tak boleh undi dah. Sebelum berundur nak kenyit mata sikit kat semua yang baca entry nih. wink wink *taktik raih undi katanya.LOL. oklah terima kasih sebab singgah dan luangkan masa di blog arepnakbebel.com. Happy Voting and Happy Blogging.