Khamis, 21 Januari 2016

Touch The Sky bersama Cleanpro Express sangat cepat dan mudah.

Assalamualaikum.

Iklan iklan sangat kan tajuk entry. Untuk pengetahuan korang ini bukan entry berbayar ke hapa. Ini entry pengalaman aku menggunakan perkhidmatan Cleanpro Express. Sebelum ini aku pernah share dengan korang semua pasal Cleanpro ini di entry Ya ampun! Self Service Laundry maju nau nau.


Seperti yang aku terangkan dalam entry sebelum ini. Touch The sky merupakan card system yang diperkenalkan oleh Cleanpro Express untuk kemudahan pelanggan mereka.



Sebagai seorang pengguna tegar laundry self service. Aku memang ada problem dengan syiling. Selalunya untuk basuh baju, aku memerlukan dalam RM8-RM9 (wash), RM4.50 (Dry) dan laundry tidak menerima wang kertas and for sure aku kena tukar syiling dulu. 

Nak bawa syiling dari rumah? memang taklah! banyak kot.

Vending machine untuk syiling ada disediakan tapi ambil masa nak tukar sebab kadang kadang tuh duit kena reject sebab kedut or berlipat dan ada sesetengah vending machine sangkut duit dekat dalam. kalau sangkut memang susah sebab nak minta tolong siapa? dekat sana mana ada orang monitor or jaga laundry self service. kalau call helpline for sure kena tunggu orang datang tolong.

Once dah tukar, baju semua dah masuk dalam washing machine. Kena masukkan duit dekat situ pulak. Sekeping sekeping kena masukkan. leceh kan. Kadang tuh duit akan sangkut juga. Pernah terjadi dekat aku, Nasib baik baru masukkan dalam 2 keping syiling. kalau tak memang menyusahkan.

Itu antara masalah yang aku alami sendirilah, Mostly its all about masa. Kalau gunakan TTS card ini. Masa aku akan lebih jimat sebabnya ianya cepat dan mudah. Meh nak share macam mana caranya nak beli card ini.



Just follow dari step no.1 sampailah step no.4. Senang je kan. Harga kad ini RM5. So, kalau first time beli tuh jangan terkejut pulak tengok balance tak cukup sebab kalau topup RM10 masa mula mula beli tuh balance dalam card akan ada RM5 jer. Lepas dah settle tuh korang bolehlah collect card.


And this is mine.haha. Sejak dari hari aku beli card ini, Aku dah tak guna syiling dah. Guna kad jer. Kalau nak senang, korang kira berapa bajet untuk laundry service selama sebulan. Macam aku, Sebulan aku akan pergi 4 kali which is seminggu sekali. Sekali pergi bajet dalam RM14x 4 (kali) bajet sebulan dalam RM56. So, aku akan topup RM60 lepas tuh dalam sebulan tuh tak payah susah susah nak pergi vending machine tukar syiling. *Duit keluar macam air. Kena beli washing ini.

P/S : Kalau rajin nanti aku update cara nak topup plak macam mana. kalau rajinlah.haha.

16 ulasan:

  1. wahhhh berguna (y)
    thanks for sharing the tips~^^

    BalasPadam
  2. bagus sebenarnya benda cmnie...xdelah lagi berulang masalah duit kena telan dsb nya kann....hihhihi kita follow sini balik :D salam kenal dari Germany :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahu takpe..kalau kena telan memang mampu tengok jer la..haha..salam kenal jgk..hehe

      Padam
  3. Mujurlah vending machine kat laundry self service yang Mrs.A pergi tu ok jer... Lagipun Mrs. A bukan pengguna tegar mcm orang tu :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..tegar sangat..kalau tak tegar..tak berbasuh la kain baju saya.hehe

      Padam
  4. okeyy. baru tahu benda ni wujud. sakainya rasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh. apa lak cakap macam tuh..benda ini pon baru lagi nih..baru tahun lepas..xde sakainya..hehe

      Padam
  5. Balasan
    1. yup..senang sikit dan cepat..jimat masa.

      Padam
  6. First time dgr pasal laundry servis ada guna card. Bagus gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru baru lagi nih..memang baguslah jgk..hehe

      Padam
  7. Wow maju nyaaa dah siap guna card kot untuk laundry. Tapi banyaknya awak habis untuk laundry dalam masa sebulan -.-"

    BalasPadam