Ahad, 3 Januari 2016

Ranking Alexa January, 2016 & Membeli belah di Sunway Putra Mall

By luqman zakaria  |  01:39 12 comments

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sebab Ranking Alexa blog arepnakbebel semakin baik. Dalam entry yang lepas aku ada share berkenaan dengan ranking Alexa blog aku [BACA SINI] dan pada waktu itu, ranking blog ini berada dalam lingkungan 2000 lebih dan hari ini ranking blog semakin meningkat dengan jayanya. Permulaan yang bagus untuk tahun baru, 2016.


***

Selalunya kalau off day aku akan keluar, tak pun aku akan duduk rumah dan cuba untuk melukis peta dunia pada bantal sepanjang hari. Biasanya aku keluar sorang jer sebab cuti aku selalunya  akan jatuh pada weekdays. paham paham jerlah. Kalau ajak orang lain keluar for surelah tengah kerja kan. Maka dengan itu aku keluarlah sorang!.

Tapi kali ini aku cuti on saturday which is hari cuti semua orang. So, aku pon ajaklah kawan keluar jalan jalan tapi tak tahu nak ke mana. Fikir punya fikir kitorang decide untuk pergi ke Sunway Putra Mall. At first nak beli barang keperluan jer tapi terbeli benda lain sekali kihkih.

Kitorang explore banyak kedai tapi the first place yang kitorang masuk adalah KAISON! So far kaison adalah tempat yang paling favourite kalau aku nak beli something untuk decorations and presents sebab everything yang dorang jual memang awesome and supercute.


Aku suka wording decor yang macam ini. Kalau gantung dekat wall mesti cantik. Aku ada beli satu tapi bukan macam dalam gambar ini. ini gambar hiasan jer. Yang aku beli ada dalam gambar kat bawah ini. Suka quote dia sebab tuh beli.


Barang kedua yang aku beli ini memang tak ada dalam list tapi beli juga sebab pengaruh member.kahkah. Kawan beli so aku pon beli jugak. Serious aku cakap perangai macam ini memang tak boleh ikut. kesian dekat duit, tak sempat duduk lama dalam wallet. T_T


Benda inilah yang aku beli. Mug. Tak adalah membazir sangat sebab benda boleh guna lama kan. Sedapkan hati.hehe. Basically, ini mug biasa jer kalau nak buat air kita kena buat sendiri, tak ada butang untuk buat air secara magik tapi yang menariknya permukaan mug ini boleh di "decorate" oleh kita sendiri menggunakan pen khas yang disediakan. Kalau agak agak kau tak suka dengan apa yang kau lukis tuh korang sapu jer lepas tuh lukis balik. teruja tak? lol

Lepas dah bayar tuh cepat cepat keluar takut nampak benda lain pulak kang susah. Lepas itu, Kitorang singgah ke DIY. Aku ke sana sebab nak beli hammer sebab dalam bilik aku banyak sangat paku dekat dinding dah macam kedai paku aku tengok. Nak kena buang satu satu. 

Selesai dengan barang barang untuk bilik, kitorang window shopping baju pulak. Boleh dikatakan setiap outlet kitorang singgah. Dari LG sampailah ke tingkat yang paling atas, Kalau masuk amazing race sure kitorang menang. penat tak terkata. Jalan punya jalan terbeli jugak baju sehelai dua. 


Dua baju tambah satu seluar jeans baru 50 hengget gila tak beli. Mana nak dapat kan. Lagi lagi kalau saiz macam aku ini. Kedai ini apa ntah nama dia. Trio ke apa ntah. Dah buang plastik beg.lol. Tak kisahlah kan yang penting murah ya ampun. Ingat nak beli Sweater dekat H&M. Dah grab satu sebab nak kena try dulu tapi fitting room fullhouse terus tak jadi beli. Alhamdulillah tak habis duit. haha. 


Sebelum balik, singgah ke Himalaya sekejap sebab member nak beli toner. Sebelum ini aku memang nak beli toner sebab kulit muka tak sekata. tapi tak tahu nak beli brand apa. Aku tak tahu pon yang himalaya ada product untuk skin. Ingatkan untuk rambut sahaja. Since aku ada guna product himalaya untuk rambut dan aku berpuas hati dengan kesan dia untuk rambut aku buat masa ini jadi aku beli toner ini dan aku harap toner ini berkesan untuk kulit muka aku. Lepas dah beli tuh kitorang terus balik sebab tenaga dah kong habes dah.

P/S : Sebenarnya ada banyak lagi benda nak share tapi aku akan update semua tuh dalam entry yang lain la pulak. Thank you and happy blogging.


Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

12 ulasan:

  1. Tahniah dengan ranking blog. btw shopping terapi minda ooo.. balik rumah nanges duit habis. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih..betul tuh time shopping seronok tapi bila balik rumah tengok balik duit..tiba tiba sebak..haha

      Padam
  2. Tak pernah pi sana even selalu lalu area tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeke ini pon first time pergi ..itu pon sebab tersalah jalan nak balik lepas tuh nampak ini kitorang singgah

      Padam
  3. pernah singgah je cuma tak sempat nka beli apa2 dalam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe lain kali datang lagi..explore semua tempat..hehe

      Padam
  4. Rank Alexa blog aku da ke laut da...try nak naikkan balik tahun 2016 ni...hehe

    Sunway Putra Mall ni sekali pun aku tak pernah jejak lagi sejak dibuka...nanti la nak explore nak tengok ada apa kat situ...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe boleh usaha lagi..hehe chaiyok2..

      Ini pon first time kot pergi..lepas dorang buka balik.

      Padam
  5. wah tahniah untuk ranking alexa..terbaiklah. tak lama lagi bawah seribu tu. kalau pergi kaison, memang rambang mata nak memilih. so kena pepandai bajet kan

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP