Selasa, 5 Januari 2016

Pie Harbour

By luqman zakaria  |  20:45 24 comments

Entry yang paling seronok untuk dikongsikan adalah entry yang berkaitan dengan makanan. Dua hari lepas aku ada share dengan korang semua  pasal Italiano restaurant yang menyagikan pizza dan pasta yang sememang sedap ya ampun. Macam macam komen aku dapat berkaitan entry yang lepas.  kalau ada yang dah pergi terjah tuh jangan lupa share sebab nak jugak tahu pendapat korang.

Marilah kita semua move on dari pizza dan pasta. Sekarang ini aku nak share pasal Pie pulak. Selalunya kalau korang teringin nak makan pie, ke mana korang pergi? Kalau aku sejujurnya sebelum ini tak pernah pon makan pie bagai. Kalau ada pon mungkin aku dah lupa dekat mana dan bila.


Sekiranya korang tak tahu nak makan apa atau memang teringin sangat nak makan pie, Pie Harbour merupakan tempat yang sesuai untuk korang singgah sebab pie yang disediakan di sini memang sedap. Pie Harbour tak banyak sangat cawangan. Kalau ikutkan maklumat yang aku dapat melalui facebook, dekat kuala Lumpur ada dua, di Sunway Putra Mall dan di Plaza Low Yat. Kalau korang berada di area bukit bintang atau Berjaya times Square boleh singgah di Plaza Low Yat. Kalau dekat area PWTC, boleh ke Sunway putra. Selain Kuala Lumpur, Pie Habour juga mempunyai cawangan di Maritime Plaza dan Gurney Paragon, Penang.


Ada pelbagai pilihan Pie untuk dinikmati, Antaranya adalah Steak and Mushroom Pie, Steak and Chips Pie, Lamb Pie, Steak and Cheese Pie, Blackpepper Chicken Pie, Chicken and Leek Pie, Chicken and Mushroom Pie, Sweet Pie dan yang paling menarik adalah Tomyam Seafood Pie. Macam mana agaknya makan Tomyam Seafood Pie? Hmm..kena try next time bila pergi. 


Steak and Mushroom Pie.

Pie ini kawan aku yang order sebab time ini tahap lapar aku lebih sikit, so aku order benda lain.Luckily aku rasa juga pie ini kalau tak mesti menyesal sebab pie ini memang terbaik. Kalau korang berada di area berdekatan boleh la cuba pie yang ada di Pie Harbour ini. Selain Pie, Sandwich juga ada dijual.


Red Satay Chicken Rice.

Aku plak order yang ini tapi yang peliknya dalam website tak ada tapi dekat instagram ada pulak. Macam aku cakap tadilah tahap kelaparan aku terlebih sikit time ini, so aku order nasi. Untuk nasi ini aku kurang sikit mungkin salah pilih kot, mungkin aku patut cuba Baked Tandoori Chicken Rice atau BBQ Chicken Noodle. Maybe next time kot. hehe. Sekian sahaja entry berkenaan dengan Pie harbour untuk kali ini. Happy blogging everybadeh!

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

24 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sedap :) nanti ade masa boleh try..hehe

      Padam
  2. buleh jot down nih. tq for sharing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. boleh jer. nanti pergi share la dengan kitorang

      Padam
  3. pie dia yg manaaaa..haha..salu fikir pie bentuk bulat tu je

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang panjang tuh la..dorang buat macam tuh..huhu

      Padam
  4. noted. Ok boleh terai rasa pai kat sini. :))

    BalasPadam
  5. nampak macam sedap and menarik! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan nampak je tau..memang sedap..nanti try la.

      Padam
  6. tempat aku takde pie harbour..nak makan kek dan pie, p secret recipe je..sadis kan..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pie Harbour nih memang cawangan die x banyak..dekat kl n penang jer.

      Padam
  7. wow! Sedap menu dia..memang teruja tengok makanan ni. Tempatpun menarik dan selesa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Next time sy nk pergi lagi..sebab nak makan pie yg lain plak..hehe

      Padam
  8. Balasan
    1. Yeke..nanti boleh try pie harbour ini.

      Padam
  9. oh dekat Penang ada ye..haaa boleh try singgah nt..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergilah..nanti share dengan kitorang semua

      Padam
  10. Masa lepak kat Coffee Bean haritu ada nampak kedai ni tapi tak masuk plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti kalau lepak sana lagi boleh la singgah pie harbour nih.

      Padam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP