Khamis, 7 Januari 2016

Netflix di Malaysia, Langganan bermula dari RM33 sebulan

Assalamualaikum.

Warga bloggers dan pembaca arepnakbebel sekalian, Netflix kini sudah pon berada di Malaysia. Dah lama kot craving nak ada Netflix tapi bila pergi website dia kecewa tuh macam putus cinta sebab Netflix belum ada di Malaysia. Sebelum ini aku gigih sangat selalu pergi website dia nak check tapi nan hado, apa yang aku boleh buat masa tuh cuma tinggalkan email address dan dorang akan inform melalui email sekiranya Netflix boleh dilanggan di bumi Malaysia. Dan hari ini wallah! Dream come true.gituh.


Dengan adanya Netflix, aku boleh tonton macam macam drama dan movie kesukaan aku samada dekat rumah, dekat luar dan di mana mana jer yang aku rasa nak tengok. Tapi sebelum aku melanggan, aku kenalah upgrade internet dulu, kalau pakai intenet yang ala ala quota habis sebelum hujung bulan jangan haraplah.kihkih. So, memandangkan Netflix dah ada, aku kena start cari new internet service provider untuk menampung kehendak aku ini.haha.




Ada satu lagi perkara yang perlu dititikberatkan sebelum melanggan, Bayaran bulanan? Pada aku RM33 sebulan adalah bayaran yang agak berpatutan. Dengan hanya RM33 Sebulan, kita dapat banyak benefits, Korang boleh tengok dekat bawah ini.


Pada pendapat aku "basic RM33", dah cukup rasanya, cuma tak dapat tengok dalam HD jer tapi kau tetap dapat tonton movie or drama favourite kau, kalau nak lebih sikit terus ambil yang Premium jer. Untuk bulan yang pertama adalah PERCUMA, jadi gunakan sebaik mungkin, kalau rasa netflix ini sesuai dengan kau teruskan melanggan tapi kalau rasa tak berapa nak suka korang boleh jer Cancel anytime


Tak perlu nak pening kepala fikir macam mana nak cancel, just do it online as what the website said. So, the first month tuh memang penting untuk explore everything, sebab sesetengah orang taste dorang lain, mungkin movie atau drama dalam netflix ini tak memenuhi citarasa dorang tapi kalau aku, im gonna love this to the moon and back. haha. Ok semua. Selamat ber"Netflix".

12 ulasan:

  1. Balasan
    1. tak ada chatbox ke kat sini ? :D

      Padam
    2. chatbox kena install balik ..ntah mcm mane dah tak ada..nanti sy install balik

      Padam
  2. menarik tu...tapi akan lebih menarik bila upgrade kelajuan + quota internet..hehe

    BalasPadam
  3. Ada Netflix tapi interet slow nie tak jadi jugakk hahaha

    BalasPadam
  4. Sally nampak banyak update dalam ni...walaupun tak semua movie dia best tapi okay gak laa sbb ada series yang mmg Sally suka...kahkahkah..ingat nak try yg free 30 hari tuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..saya dah try yang 30days tuh..tapi belum lagi tgk movie apa apa sebab internet pon slow jer..haha

      Padam