Khamis, 21 Januari 2016

Touch The Sky bersama Cleanpro Express sangat cepat dan mudah.

Assalamualaikum.

Iklan iklan sangat kan tajuk entry. Untuk pengetahuan korang ini bukan entry berbayar ke hapa. Ini entry pengalaman aku menggunakan perkhidmatan Cleanpro Express. Sebelum ini aku pernah share dengan korang semua pasal Cleanpro ini di entry Ya ampun! Self Service Laundry maju nau nau.


Seperti yang aku terangkan dalam entry sebelum ini. Touch The sky merupakan card system yang diperkenalkan oleh Cleanpro Express untuk kemudahan pelanggan mereka.



Sebagai seorang pengguna tegar laundry self service. Aku memang ada problem dengan syiling. Selalunya untuk basuh baju, aku memerlukan dalam RM8-RM9 (wash), RM4.50 (Dry) dan laundry tidak menerima wang kertas and for sure aku kena tukar syiling dulu. 

Nak bawa syiling dari rumah? memang taklah! banyak kot.

Vending machine untuk syiling ada disediakan tapi ambil masa nak tukar sebab kadang kadang tuh duit kena reject sebab kedut or berlipat dan ada sesetengah vending machine sangkut duit dekat dalam. kalau sangkut memang susah sebab nak minta tolong siapa? dekat sana mana ada orang monitor or jaga laundry self service. kalau call helpline for sure kena tunggu orang datang tolong.

Once dah tukar, baju semua dah masuk dalam washing machine. Kena masukkan duit dekat situ pulak. Sekeping sekeping kena masukkan. leceh kan. Kadang tuh duit akan sangkut juga. Pernah terjadi dekat aku, Nasib baik baru masukkan dalam 2 keping syiling. kalau tak memang menyusahkan.

Itu antara masalah yang aku alami sendirilah, Mostly its all about masa. Kalau gunakan TTS card ini. Masa aku akan lebih jimat sebabnya ianya cepat dan mudah. Meh nak share macam mana caranya nak beli card ini.



Just follow dari step no.1 sampailah step no.4. Senang je kan. Harga kad ini RM5. So, kalau first time beli tuh jangan terkejut pulak tengok balance tak cukup sebab kalau topup RM10 masa mula mula beli tuh balance dalam card akan ada RM5 jer. Lepas dah settle tuh korang bolehlah collect card.


And this is mine.haha. Sejak dari hari aku beli card ini, Aku dah tak guna syiling dah. Guna kad jer. Kalau nak senang, korang kira berapa bajet untuk laundry service selama sebulan. Macam aku, Sebulan aku akan pergi 4 kali which is seminggu sekali. Sekali pergi bajet dalam RM14x 4 (kali) bajet sebulan dalam RM56. So, aku akan topup RM60 lepas tuh dalam sebulan tuh tak payah susah susah nak pergi vending machine tukar syiling. *Duit keluar macam air. Kena beli washing ini.

P/S : Kalau rajin nanti aku update cara nak topup plak macam mana. kalau rajinlah.haha.

Selasa, 5 Januari 2016

Pie Harbour

Entry yang paling seronok untuk dikongsikan adalah entry yang berkaitan dengan makanan. Dua hari lepas aku ada share dengan korang semua  pasal Italiano restaurant yang menyagikan pizza dan pasta yang sememang sedap ya ampun. Macam macam komen aku dapat berkaitan entry yang lepas.  kalau ada yang dah pergi terjah tuh jangan lupa share sebab nak jugak tahu pendapat korang.

Marilah kita semua move on dari pizza dan pasta. Sekarang ini aku nak share pasal Pie pulak. Selalunya kalau korang teringin nak makan pie, ke mana korang pergi? Kalau aku sejujurnya sebelum ini tak pernah pon makan pie bagai. Kalau ada pon mungkin aku dah lupa dekat mana dan bila.


Sekiranya korang tak tahu nak makan apa atau memang teringin sangat nak makan pie, Pie Harbour merupakan tempat yang sesuai untuk korang singgah sebab pie yang disediakan di sini memang sedap. Pie Harbour tak banyak sangat cawangan. Kalau ikutkan maklumat yang aku dapat melalui facebook, dekat kuala Lumpur ada dua, di Sunway Putra Mall dan di Plaza Low Yat. Kalau korang berada di area bukit bintang atau Berjaya times Square boleh singgah di Plaza Low Yat. Kalau dekat area PWTC, boleh ke Sunway putra. Selain Kuala Lumpur, Pie Habour juga mempunyai cawangan di Maritime Plaza dan Gurney Paragon, Penang.


Ada pelbagai pilihan Pie untuk dinikmati, Antaranya adalah Steak and Mushroom Pie, Steak and Chips Pie, Lamb Pie, Steak and Cheese Pie, Blackpepper Chicken Pie, Chicken and Leek Pie, Chicken and Mushroom Pie, Sweet Pie dan yang paling menarik adalah Tomyam Seafood Pie. Macam mana agaknya makan Tomyam Seafood Pie? Hmm..kena try next time bila pergi. 


Steak and Mushroom Pie.

Pie ini kawan aku yang order sebab time ini tahap lapar aku lebih sikit, so aku order benda lain.Luckily aku rasa juga pie ini kalau tak mesti menyesal sebab pie ini memang terbaik. Kalau korang berada di area berdekatan boleh la cuba pie yang ada di Pie Harbour ini. Selain Pie, Sandwich juga ada dijual.


Red Satay Chicken Rice.

Aku plak order yang ini tapi yang peliknya dalam website tak ada tapi dekat instagram ada pulak. Macam aku cakap tadilah tahap kelaparan aku terlebih sikit time ini, so aku order nasi. Untuk nasi ini aku kurang sikit mungkin salah pilih kot, mungkin aku patut cuba Baked Tandoori Chicken Rice atau BBQ Chicken Noodle. Maybe next time kot. hehe. Sekian sahaja entry berkenaan dengan Pie harbour untuk kali ini. Happy blogging everybadeh!

Ahad, 3 Januari 2016

Ristorante Italiano, Capricciosa untuk penggemar Pasta dan Pizza

Asian macam kita ini memang takkan dapat lari dari nasi. Kalau satu hari tak makan nasi rasa macam tak lengkap hidup. betul tak? Sebab nasi tuhlah makanan ruji kita. Tapi kadang kadang tuh tekak kita ini terasalah jugak nak makan makanan ala ala italy gituh kan. Contohnya macam pizza dan pasta.

Sekiranya korang teringin nak makan samada Pizza atau Pasta, aku nak suggestkan korang pergi ke Italian restaurant, capricciosa. Buat masa ini cawangannya tak banyak, kalau ikutkan website, restaurant ini hanya ada di Pavillion, Sunway pyramid dan Sunway Putra Mall



Restaurant yang aku pergi ini terletak di Sunway putra mall, tingkat tiga. Kitorang tak plan pon nak makan dekat sini. Cari tempat makan pon tengok directory sebab tak tahu restaurant apa yang ada dekat mall. Ade few choices tapi yang paling menarik restaurant ini. So, kitorang decide makan dekat sini jer la. Lagi pon tak pernah try kan.


As usual, sambil tunggu makanan kita selfie dulu sekeping dua. Oh yer, masa sampai dekat restaurant ini, aku tengok tempat dia kecik jer macam tak best sebab kalau ramai orang yang makan dekat situ mesti crowded tapi rupanya seating yang dekat luar tuh dorang punya jugak, so kitorang amek seat dekat luar rasa selesa sikit. Tak lama lepas tuh makanan pon sampai.


Salmone


Seafood Algio Olio

Untuk pasta, ada tiga pilihan, samada spaghetti, linguinie atau pon Penne. Lepas itu, yang bestnya korang boleh tambah extra topping untuk pasta korang. Contohnya kalau order aglio olio, korang boleh tambah meatball atau pon extra cheese dengan harga RM5.90 sahaja


And this is the pizza! Mediterranean Lamb

At first memang aku tak nak try sebab aku tak berapa minat sangat pizza tapi sekali kau makan memang takkan menyesal. Lagi satu, aku tak suka makan pizza yang doh dia thick sangat, kalau dekat Capricciosa ini doh dia thin and bila kau makan, dia macam crispy sikit and guess what. aku suka! Next time kalau aku nak makan pizza or pasta aku akan ke sini.


Chicken Ceaser Salad. 

Kalau korang kenal aku, vegetables memang musuh nombor satu aku, aku takkan makan sayur dalam makanan apa pon. kalau makanan tuh ada sayur aku sanggup spend time untuk clearkan sayur dulu baru aku akan makan. Sejak dua menjak ini aku dah mula berjinak dengan sayur tapi kalau makan pon sikit jer tapi bila makan Chicken Ceaser salad ini, aku ramai macam menang oscar sebab mampu makan banyak sayur dari biasa. *lap air mata


Last but not least, desserts! Brownies and Tiramisu. Untuk brownies aku kena give up sebab i am not a brownies person. Kalau tiramisu, its quite ok dan portion dia pon besar. Kitorang makan tiga orang pon tak habis. Cakap pasal portion ini, pasta tuh korang boleh share dua orang kot sebab portion dia memang banyak. Thumbs up for Capriciossa. Gracias for todo Amigo. ahaks.

Ranking Alexa January, 2016 & Membeli belah di Sunway Putra Mall

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sebab Ranking Alexa blog arepnakbebel semakin baik. Dalam entry yang lepas aku ada share berkenaan dengan ranking Alexa blog aku [BACA SINI] dan pada waktu itu, ranking blog ini berada dalam lingkungan 2000 lebih dan hari ini ranking blog semakin meningkat dengan jayanya. Permulaan yang bagus untuk tahun baru, 2016.


***

Selalunya kalau off day aku akan keluar, tak pun aku akan duduk rumah dan cuba untuk melukis peta dunia pada bantal sepanjang hari. Biasanya aku keluar sorang jer sebab cuti aku selalunya  akan jatuh pada weekdays. paham paham jerlah. Kalau ajak orang lain keluar for surelah tengah kerja kan. Maka dengan itu aku keluarlah sorang!.

Tapi kali ini aku cuti on saturday which is hari cuti semua orang. So, aku pon ajaklah kawan keluar jalan jalan tapi tak tahu nak ke mana. Fikir punya fikir kitorang decide untuk pergi ke Sunway Putra Mall. At first nak beli barang keperluan jer tapi terbeli benda lain sekali kihkih.

Kitorang explore banyak kedai tapi the first place yang kitorang masuk adalah KAISON! So far kaison adalah tempat yang paling favourite kalau aku nak beli something untuk decorations and presents sebab everything yang dorang jual memang awesome and supercute.


Aku suka wording decor yang macam ini. Kalau gantung dekat wall mesti cantik. Aku ada beli satu tapi bukan macam dalam gambar ini. ini gambar hiasan jer. Yang aku beli ada dalam gambar kat bawah ini. Suka quote dia sebab tuh beli.


Barang kedua yang aku beli ini memang tak ada dalam list tapi beli juga sebab pengaruh member.kahkah. Kawan beli so aku pon beli jugak. Serious aku cakap perangai macam ini memang tak boleh ikut. kesian dekat duit, tak sempat duduk lama dalam wallet. T_T


Benda inilah yang aku beli. Mug. Tak adalah membazir sangat sebab benda boleh guna lama kan. Sedapkan hati.hehe. Basically, ini mug biasa jer kalau nak buat air kita kena buat sendiri, tak ada butang untuk buat air secara magik tapi yang menariknya permukaan mug ini boleh di "decorate" oleh kita sendiri menggunakan pen khas yang disediakan. Kalau agak agak kau tak suka dengan apa yang kau lukis tuh korang sapu jer lepas tuh lukis balik. teruja tak? lol

Lepas dah bayar tuh cepat cepat keluar takut nampak benda lain pulak kang susah. Lepas itu, Kitorang singgah ke DIY. Aku ke sana sebab nak beli hammer sebab dalam bilik aku banyak sangat paku dekat dinding dah macam kedai paku aku tengok. Nak kena buang satu satu. 

Selesai dengan barang barang untuk bilik, kitorang window shopping baju pulak. Boleh dikatakan setiap outlet kitorang singgah. Dari LG sampailah ke tingkat yang paling atas, Kalau masuk amazing race sure kitorang menang. penat tak terkata. Jalan punya jalan terbeli jugak baju sehelai dua. 


Dua baju tambah satu seluar jeans baru 50 hengget gila tak beli. Mana nak dapat kan. Lagi lagi kalau saiz macam aku ini. Kedai ini apa ntah nama dia. Trio ke apa ntah. Dah buang plastik beg.lol. Tak kisahlah kan yang penting murah ya ampun. Ingat nak beli Sweater dekat H&M. Dah grab satu sebab nak kena try dulu tapi fitting room fullhouse terus tak jadi beli. Alhamdulillah tak habis duit. haha. 


Sebelum balik, singgah ke Himalaya sekejap sebab member nak beli toner. Sebelum ini aku memang nak beli toner sebab kulit muka tak sekata. tapi tak tahu nak beli brand apa. Aku tak tahu pon yang himalaya ada product untuk skin. Ingatkan untuk rambut sahaja. Since aku ada guna product himalaya untuk rambut dan aku berpuas hati dengan kesan dia untuk rambut aku buat masa ini jadi aku beli toner ini dan aku harap toner ini berkesan untuk kulit muka aku. Lepas dah beli tuh kitorang terus balik sebab tenaga dah kong habes dah.

P/S : Sebenarnya ada banyak lagi benda nak share tapi aku akan update semua tuh dalam entry yang lain la pulak. Thank you and happy blogging.