Sabtu, 31 Disember 2016

Keputusan 365 Days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria

First off all, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua blogger yang support dan join giveaway yang aku buat untuk kali ini. Tak sangka dapat sambutan yang mengalakkan dari korang semua. Ok! Sekarang ini jom kita tengok siapa yang bertuah tuh!



Check nombor bertuah korang di SINI
Tahniah diucapkan kepada pemenang! Aku harap planner ini akan memberi manfaat kepada korang di tahun baru akan datang dan kepada yang tak menang tuh korang jangan risau sebab aku akan adakan satu lagi Giveaway dalam masa terdekat ini. InshaAllah! Untuk maklumat berkaitan dengan GA atau sebarang segmen, korang boleh follow IG aku di @lqmnzkria

Pemenang Giveaway

Nama:
Alamat:
No.Telefon:

Hantarkan maklumat berikut di que_man91@yahoo.com selewat lewatnya pada 7 Januari 2017. Pemenang baru akan dipilih sekiranya tiada maklum balas dari pihak korang sepanjang tempoh yang diberikan. Terima Kasih

Rabu, 28 Disember 2016

Makan Makan and Exchange Gifts with Colleagues

Ingat lagi tak entry A little makan makan with colleagues? Kalau tak silap aku, entry tuh aku update pada bulan oktober yang lepas. Kiranya masih baru lagi la kan. Guess what? kitorang buat makan makan lagi this month. Macam manalah aku nak kurus kalau asyik makan jer? ? Kalau tak makan boleh tapi rugi kot sebab semua makanan sedap sedap!


Macam macam ada! takkan nak tengok jer kan. Kenyang sampai ke malam makan semua nih. Macam biasalah kalau dah banyak macam nih mesti tak sempat nak makan semua. Masa buat makan makan ini aku keja pagi. Makan sekejap lepas tuh balik sebab ada hal. Kitorang ada buat exchange gifts juga time nih. Meriahlah jugak even tak semua join Exchange gift kali ini.


Bila semua dah dapat hadiah. Aku paksa semua orang buka.haha. Apa pon yang penting orang yang dapat hadiah dari aku tuh happy dengan apa yang aku bagi. Seriously aku memang fail bab beli hadiah ini tapi alhamdulillah lah  dia suka.

Oh yer! aku nak inform korang yang join Giveaway aku yang lepas. Pemenang akan di umumkan pada hujung bulan ini  Diharapkan korang semua dapat bersabar yer. Terima Kasih.

Selasa, 27 Disember 2016

10 Favorite Products yang korang perlu beli dari ezbuy!

Ada banyak website yang digunakan oleh netizen untuk membeli belah secara online dan salah satunya adalah ezbuy.my. Apa yang menarik tentang ezbuy? Untuk pengetahuan korang, website ini adalah medium untuk netizen membeli barang kesukaan mereka dari dalam dan luar negara. Sekiranya korang ingin dapatkan barangan dari USA, china dan taiwan, ezbuy adalah website yang paling sesuai untuk digunakan. Berbalik kepada tajuk entry, jom kita tengok apa 10 produk yang perlu perlu dibeli di ezbuy!


10 Favorite products you should buy from ezbuy

Classic 2017 Business Schedule Planner
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita melangkah masuk ke tahun yang baru. Jadi, planner merupakan salah satu barang yang meletops di ezbuy. Ada banyak planner yang dijual di luar tetapi malangnya design dan harga yang dikenakan agak "tidak berbaloi" untuk dibeli tapi di website ini korang boleh pilih dan beli planner yang menarik dengan harga yang sangat berpatutan. Walau pon Shipping Fee dikenakan tetapi harganya masih lagi murah. korang tengok planner yang aku pilih ini. Design yang menarik dan harga dia murah gila. bolehlah guna untuk 2017 nanti.

Iphone Casing
Selain dari Planner, aku tertarik untuk membeli Iphone casing yang dijual di ezbuy. Korang mesti tertarik dengan design casing yang dorang offer. Hanya 8.21 sahaja! haruslah beli sebab phone belum ada casing lagi nih.

Stamp
Stationery yang dijual di ezbuy.my adalah antara barangan yang menarik perhatian aku. Ada banyak pilihan.Boleh dikatakan, kebanyakan barangan yang dijual di website ini sangat berbeza dengan website yang lain. Maksud aku dari segi design. Ianya sangat unik dan comel. Aku nak beli Stamp ini sebab menarik dan aku boleh gunakan dengan Planner yang tadi.hehe

Iphone TV Mini Tripod
Sekarang ini aku tengah mencari tripod untuk Iphone. Nak gunakan tripod ini untuk rakam video. Memandang aku masih belum ada equipment yang sesuai untuk buat rakaman video. aku bercadang untuk gunakan phone dulu tapi masalahnya tripod tak ada. Nasib baik ezbuy ada jual, banyak pilihan pulak tuh tapi aku pilih yang ini sebab harga dia murah sangat. Rugi kalau tak beli.

Monochrome Hard Cover Luggages
Ya ampun! cuba korang tengok Monochrome Luggage ini. Tak rasa macam nak beli ke? For sure kena letak dalam wishlist. lawa gila kot. Aku nak belilah. Lagipon luggage ada satu je sekarang ini. Tuh pon yang kecik jer. Kalau nak yang ini oklah kan.hehe.

Phone lens
Bila dah ada tripod kenalah beli lens pulak. Aku rasa yang ini paling best sebab ada tiga lens, Fish eye, wide dan Micro lens. Harga cuma RM26.57 sahaja untuk tiga lens. Lepas ini sakanlah amek gambar and rakam video.

Plush Toys forToddlers
Aritu aku ada belikan anak buah aku yang umur 3 tahun playdoh. Tapi kesian pulak dekat adik dia yang umur setahun tuh tak boleh nak main sama sebab playdoh kan tak sesuai untuk dia, jadi aku tengah dok cari toys untuk dia tapi tak tahu nak beli apa. Bila tengok kat ezbuy ini memang banyak pilihan. Harga pon murah jer. boleh beli banyak banyak nih.hehe.

Sweater
Ini part paling favorite! Aku nih memang hantu sweater. Everywhere i go mesti bawak or pakai sweater. Semuanya memang lawa. Harga pon masih dalam kemampuan lagi la.haha. For sure aku akan beli sebab aku tak payah fikir pasal size.

Crossbody Women Handbag
Handbags yang ditawarkan di ezbuy.my ini pon merupakan salah satu tarikan kepada wanita wanita yang suka beli bag secara online. Office kitorang merancang untuk buat exchange gift, Jadi aku rasa kalau aku beli sling bag ini untuk dijadikan sebagai hadiah kira ok jugaklah kan.

Kasut Lelaki
woot!woot! Ini lagi satu. Alahai! Mengundang betul ezbuy ini kan. Lawa gila kot running shoes nih. Aku kena beli kasut ini sebab running shoes yang ada sekarang ini dah uzur.haha. Oh yer, Seperti yang aku share dengan korang semua. Barang yang dijual di ezbuy ini adalah dari dalam dan luar negara. Semestinya akan ada shipping fee tapi jangan risau tentang itu sebab ezbuy prime kan ada!

Apa itu ezbuy ptime?

Dengan ezbuy prime ini korang tak perlu risau tentang shipping fee.Kalau korang beli barang banyak mana sekali pon harga shipping fee hanya RM8.80 sahaja. Takkan tak nak daftar kot? Berbaloi baloi ok! Kalau korang nak maklumat lebih lanjut berkaitan dengan ezbuy prime boleh klik SINI.

Jadi apa tunggu lagi. JOM shopping di ezbuy.my sekarang! 

Jom sign up sekarang untuk dapatkan free RM15 Shopping Voucher!

Khamis, 22 Disember 2016

Apa itu Om Telolet Om dan kenapa ianya viral di seluruh dunia?

Om Telolet Om! Sejak dari semalam aku perasan yang ramai netizen gunakan meme "Om Telolet Om" di instagram dan twitter. Masa first tengok memang confirmed yang ayat tuh dari indonesia sebab setahu aku OM tuh maksudnya uncle or pak cik tapi TELOLET tuh maksudnya apa dan kenapa ianya viral? hmm..Jom kita tengok penerangan dari behind the meme.


Bila dah tengok video dari Behind The Meme ini baru faham apa maksud Om Telolet Om! Demam meme ini bukan hanya di indonesia sahaja tapi seluruh dunia kot. The Chainsmokers, Martin Garrix dan Dillon Francis pon twit pasal ini di twitter dorang.


Kalau korang ke youtube dan taip om telolet om memang ramai orang yang buat video berkaitan dengan meme nih. Kalau ke instagram pulak penuh komen komen om telolet om. Pening aku! haha. Cuba bayangkan kalau kita buat ada tak orang nak layan? belum cuba belum tahu kan.hehe. apa lagi! moh ler Om Telolet Om!

Rabu, 21 Disember 2016

Key to a Diamond Bracelet + Gifts by Wah Chan

Assalamualaikum.

Berita baik untuk semua! Korang nak Diamond Bracelet secara percuma tak? Joinlah contest Key to a Diamond Bracelet by Wah Chan. Contest ini terbuka kepada semua orang yang berumur 21 Tahun ke atas. Ada banyak hadiah untuk dimenangi. Kalau tak dapat Diamond Bracelet pon InshaAllah korang boleh dapat hadiah lain.

Cara untuk menyertai Contest ini?


  1. Isi borang penyertaan secara online di SINI
  2. Contest ini hanya dibuat pada hujung minggu sahaja. Jadi, korang  pilihlah tarikh dan masa yang sesuai untuk join. Contest berlangsung sehingga 1st January 2017.
  3. Selepas korang dah submit borang tuh, E-pass akan dihantarkan melalui email. Pada hari contest itu berlangsung (mengikut tarikh dan masa yang korang pilih), Just tunjukkan E-pass kepada Staff Wah Chan.
  4. Pilih 3 kunci dan korang cubalah buka kotak misteri yang disediakan. Masa ini kena doa banyak banyak yer. Mana tahu rezeki korang, boleh bawa balik Diamond Bracelet. hehe
Selamat Mencuba
Contoh E-pass

Aritu aku pergi dekat Setapak Central, pergi sorang sorang jer, waktu tuh langsung tak ada orang. First kunci tak terbuka. Rasa macam kecewa pon ada tapi Alhamdulillah kunci kedua dan ketiga terbuka. Nak tahu apa yang aku dapat?


Dua Pearl Bracelet. Rezeki. Alhamdulillah (Instagram : lqmnzkria)

Isnin, 12 Disember 2016

Cabaran Explore Race bersama Nescafé Tarik Mana Mana

At first memang fikir dua tiga kali sama ada nak join ke tak sebab time event tuh berlangsung aku kerja shift malam. Kalau pergi for sure aku akan penat gila tapi memandangkan Central Market dekat jer  jadi aku redah sajo lah.

Ada ramai blogger yang join untuk memeriahkan cabaran explore race ini. Kitorang dibahagikan kepada  lima kumpulan mengikut warna topi yang diberikan. Satu kumpulan di anggotai oleh empat orang blogger.

Vanessa Lim, Senior Brand Manager 
Setiap kumpulan akan diberikan lima tugasan yang agak mencabar untuk diselesaikan. Aku ini kan pemalu *kononnya la, Jadi bila ada cabaran yang melibatkan tempat awam dan strangers memang kecundang  sikit tapi don't worry guys everything went well. haha

Task 1 

Task yang pertama agak mencabar bagi aku. Bukan senang nak approach strangers lepas tuh kena mintak dorang bergambar dengan produk Nescafé dan upload dekat  instagram atau mana mana sodial media yang dorang ada tapi at last berjaya jugaklah.

Task 2
Cabaran kedua untuk kumpulan biru adalah Lion Dance di Petaling Street. Matilanak nak kena menari pulak kan. Tak tahulah apa yang jadi masa tuh, kitorang tibai jer tapi yang penting we had fun dan cabaran pon selesai dengan jayanya.haha

Task 3
Woi! Ituh perut ke apa? *Tepuk dahi tengok gambar sendiri.haha
Ada gambar model Nescafé yang ditunjukkan kepada kitorang dan tugasan yang perlu dibuat adalah bergambar seperti model dalam gambar tersebut . Aku tak ada gambar model Nescafé tuh, jadi korang layan jelah gambar aku ok. 

Task 4
Aku dah cuak sikit sebab dalam kertas yang diberikan tuh cakap kitorang kena pergi ke Clock Tower yang terletak di Jalan Medan pasar dan tugasannya adalah menari Hip Hop tapi bila sampai dekat sana kitorang sebenarnya perlu bergambar dengan props yang berikan.Nasib baik! 


Ada empat props dan kitorang kena guna props tersebut untuk bergambar dengan Nescafé tarik. Kreativiti sangat penting untuk task kali ini. Ada banyak gambar yang kitorang amek tapi aku rasa gambar ini yang paling menarik.

Task 5
Mannequin Challenge di LRT Masjid Jamek. Cabaran ini perlu dirakam selama 30 saat. Semua Cabaran sudah pon dibuat dan selepas semuanya selesai, kitorang bergerak menuju ke garisan penamat di Marchent's Lane yang terletak di Petaling Street.


Akhirnya kitorang berjaya sampai di garisan penamat. Kitorang mendapat tempat kedua dalam cabaran ini. Ingatkan dorang bergurau jer sebab kitorang group yang paling last kot sampai. Sebenarnya pemenang dinilai dari segi kreativiti setiap kumpulan dalam cabaran yang diberikan. Alhamdulillah! Tahniah Teammates Mawardi Yunus, Amir Nawawi dan Ilya Leya.


Terima Kasih Nescafé Malaysia kerana memberi peluang kepada aku untuk terlibat sama dalam Nescafé Tarik Mana Mana Challenge. Pengalaman yang agak menarik dan yang paling best dapat berkenalan dengan bloggger blogger lain. Untuk korang semua, jangan lupa untuk dapatkan Nescafé Tarik sekarang!

Rabu, 7 Disember 2016

365 Days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria

Dalam entry Mulakan Tahun baru dengan 365 Daily Planner aku janji nak buat Giveaway dan Alhamdulillah dengan secara rasminya 365 Days Daily Planner giveaway bermula sekarang. Aku mintak maaflah sebab lama sangat peram GA ini. As usual aku tak nak buat GA atau segmen yang susah susah. Korang just follow syarat syarat yang ada dalam "Invitation Card" kat bawah ini.


2017 semakin hampir dan aku yakin mesti ramai yang sedang mencari Planner yang menarik untuk digunakan pada tahun baru nanti. Ada dua 365 Days Daily Planner untuk dimenangi. Aku harap GA ini akan mendapat sambutan dari korang semua. Terima Kasih dan selamat mencuba.

Rabu, 30 November 2016

Mulakan Tahun baru dengan 365 Daily Planner

Masih tinggal satu bulan lagi untuk tahun baru. Korang dah ada azam baru ke belum? Kalau belum tuh cepat cepat plan dan fikir apa yang korang nak capai untuk tahun baru nanti. Bercakap tentang azam baru dan plan ini bukannya senang kan. Kalau nak capai sesuatu mesti ada perancangan yang teratur. 

Jadi, untuk entry kali ini aku nak berkongsi tentang planner yang awesome dengan korang semua. Sekarang ini ada banyak planner yang dijual dipasaran dan 365 Daily Planner adalah salah satu yang menarik perhatian aku.


Aku beli Planner secara online dan mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk sampai. At first risaulah jugak sebab lama sangat tapi Alhamdulillah barang selamat sampai dan semalam aku ke Setapak Central untuk pick up Planner ini.



Apa perancangan untuk tahun baru yer? hmm..Sambil sambil fikir tuh boleh tulis dalam planner ini. Langsung tak membosankan sebab di setiap muka surat mesti ada emoji emoji yang "Kawai". Jadi takdalah lemau kalau nak buka planner. ye dak?



Planner ini lengkap dengan Yearly plan, Monthly plan dan Daily plan untuk korang uruskan masa dan aktiviti dengan lebih mudah dan teratur. InshaAllah untuk entry akan datang aku akan adakan Giveaway dan hadiahnya adalah 365 Daily Planner ini. Aku harap adalah yang akan join nanti,hehe.

Sabtu, 26 November 2016

Hotel-hotel yang boleh dikunjungi di Kuala Lumpur

Adakah korang jenis yang suka shopping? Bukan suka shopping jer, malahan tempat penginapan pun mesti nak yang selesa-selesa je. Kalau korang jenis yang macam ni dan plan untuk bercuti di Kuala Lumpur. Jom baca sini ada beberapa suggestions tentang hotel-hotel 5 bintang di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur.

First of all, Hotel Maya yang terletak di jalan Ampang. View setiap biliknya of course view kota metropolitan Kuala Lumpur. Hotel ini menyediakan bilik-bilik mewah dengan interior design dipenuhi cermin agar suasana bilik ini menjadi luas. Tandasnya juga hanya menggunakan glass dan langsir. Kalau korang mengidamkan kontemporari living macam ni, boleh lah bermalam di Maya Hotel.

Credit to http://www.hotelmaya.com.my/explore-maya/gallery

Bukan itu je, kedudukan Maya Hotel yang strategik ini juga menarik ramai pengunjung untuk bermalam di sini. Ianya terletak hanya 100 meter dari Kuala Lumpur Twin Tower (KLCC) sangat sesuai untuk pengunjung yang ingin membeli-belah dan mengunjungi Petrosains dan  Aquaria di Ampang Mall KLCC. Selain itu, kedudukannya yang hanya 200 meter dari deretan bar and night club membuatkan ramai pengunjung non-muslim dan foreigners memilih untuk tinggal di Maya Hotel. Korang boleh usha kat Traveloka hotel untuk dapatkan the best deal untuk hotel hotel yang dikongsikan dalam entry ini.

Ianya juga terletak tidak jauh dari jalan Bukit Bintang yang menjadi centre of attraction kepada setiap pengunjung dari dalam mahupun luar negeri. Tetapi, kalau korang yang bukan jenis berjalan tapi teringin untuk bermalam betul2 di Bukit Bintang, I would suggest you to bermalam di JW Marriott Hotel. Hotel mewah ini terkenal dengan event-event fashion dan majlis perkahwinan. Interior design luxury living hotel ini dengan kemewahan chandelier-chandelier pasti memukau pengunjungnya terasa seakan di atas kapal Titanic.

Credit to http://www.marriott.com/hotels/hotel-photos/kuldt-jw-marriott-hotel-kuala-lumpur/

Berkembar dengan JW Marriott Hotel building adalah shopping mall mewah dan selesa, Starhill Gallery. Bertentangan dengannya pula adalah shopping mall yang cukup terkenal, Pavillion. So, kalau korang jenis yang hardcore jenama (Louis Vuitton, Versace, Choppard, etc) punya shopper, boleh lah tinggal di JW Marriott Hotel. Fyi, JW Marriott Hotel ini adalah one of the best hotels in Malaysia.

Credit to https://www.millenniumhotels.com/en/kuala-lumpur/grand-millennium-hotel-kuala-lumpur/

Tidak jauh dari JW  Marriott Hotel, juga terletak di jalan Bukit Bintang terdapat sebuah lagi hotel 5 bintang Grand Millenium Hotel. Betul –betul berhadapan dengan Fahrenheit shopping mall dan deretan restoran arab dan pelbagai jenis kedai. Ianya terletak hanya 100 meter dari Pavillion dan 100 meter juga dari stesen monorail. Selain itu, ia juga terletak berdekatan dengan bakery Tour Les Jours dan butik H&M. So, kalau korang stay sini memang meriahlah malam korang. Boleh juga korang try dinner di The Ship yang mengambil masa almost 10 minit kalau berjalan dari hotel Grand Millenium ni.

Credit to http://www.tranzform.com.my/2013/12/royale-chulan-kl/

Other than that, kalau korang dan family prefer tempat penginapan yang tenang dan lebih senyap tapi still di tengah-tengah kota metropolitan, I would suggest you to stay dekat hotel 5 bintang Royale Chulan Hotel atau Pullman Hotel which are both located di Jalan Conlay. The Royale Chulan ini terletak 2 km jauh dari KLCC. Kalau korang tidak berkenderaan dan nak ambil monorail, korang boleh berjalan kaki lebih kurang 13 minit untuk ke stesen monorail yang terdekat. Keunikan Royale Chulan ini adalah bangunannya diperbuat daripada ukiran kayu dan seluruh hotel ini dihiasi hiasan yang sungguh elegan. Setiap biliknya juga terdapat ruang tamu bersofa yang berasingan dari ruang tidur. Sungguh selesa seperti korang tinggal di rumah sendiri.

Manakala, Pullman Hotel juga tidak disangkal lagi memberi saingan yang sengit kepada hotel-hotel yang lain dengan kelebihan dek pemerhatian yang boleh korang menikmati pemandangan Kuala Lumpur ini. Setelah dah penat-penat shopping dan jalan-jalan KL ni, kalau stay di Pullman Hotel ni, korang boleh relax santai dengan adanya wellness dan beauty treatments.


Berita baik untuk korang semua! Traveloka sekarang ini ada banyak ongoing promotion. Jadi! apa tunggu lagi, klik je https://www.traveloka.com/en-my/hotel ni, untuk cari hotel-hotel yang available dan sesuai dengan selera korang. Korang boleh singgah dan bandingkan harga-harga dulu untuk buat pilihan yang bijak. Selamat berkunjung ke hotel mewah 5 bintang KL.

Selasa, 22 November 2016

Dapatkan Produk L'Oréal, Tefal dan Mamypoko di Lazada Malaysia sempena Online Revolution 2016

Seperti yang korang tahu Online Revolution 2016 masih lagi berlangsung sehingga bulan December. Untuk pengetahuan semua, Sekarang ini berlangsungnya Family Superstars di Lazada Malaysia di mana korang boleh dapatkan Diskaun sehingga 93%!. Banyak tuh!


Family Superstars ini berlangsung sehingga 24 November sahaja jadi jangan lepaskan peluang ok! Berbalik kepada tajuk entry kita. Sebelum ini aku ada share pasal produk Nestle dengan korang dan untuk kali ini aku nak share barang barang lain plak dan seperti biasa semuanya boleh didapati di Lazada. Kita mulakan dengan produk dari L'Oréal.



At first aku ingatkan Shampoo tapi sebenarnya ia adalah Dual Hair Stylers which is Styling Cream. Krim ini digunakan sebelum korang style kan rambut korang. Contohnya kalau rambut korang Kerinting and you wanna keep it bouncy and Tender, korang boleh gunakan krim ini dan salah satu function dia adalah untuk Frizz -free kan rambut kita supaya rambut nampak lebih smooth. gituh! The second one from  L'Oréal adalah Mythic Oil.



Mythic Oil ini bagus untuk rambut kita sebenarnya. Ianya dapat membantu rambut kita nampak lebih sihat dan yang paling best bau dia memang wangi. Jadi kepada korang yang inginkan rambut yang sihat dan kuat tunggu apa lagi? Klik BUY NOW! hehe. Seterusnya adalah Nutrifier Glycerol.


Nutrifier Glycerol ini adalah mask untuk rambut. Lepas mandi, korang keringkan rambut dengan tuala. Lepas tuh apply Mask ini dekat rambut. Tunggulah dalam 3 hingga 5 minit baru bilas dengan air. Function dia adalah untuk menyihatkan rambut dan pada masa yang sama rambut akan nampak lebih Shiny sebab salah satu kandungan dalam Mask ini adalah coconut oil.

Selain L'Oréal, Lazada juga menghadiahkan aku barangan dari Tefal! Agak teruja bila dapat barangan dari Tefal ini walau pon aku sebenarnya tak reti masak. haha. Manual Chopper ini senang untuk digunakan dan senang untuk di cuci dan yang paling penting ianya tidak membahayakan sebabnya Manual Chopper ini menggunakan Locking system.


Produk yang last sekali aku nak share untuk entry kali adalah Mamypoko. Macam macam ada dekat lazada ini. Barangan untuk baby pon boleh dibeli secara online. 


Aku ada berita baik untuk para Ibu dekat luar sana. Pada 23 hingga 27 November, Lazada akan mengadakan  Big Baby Fair. Ada macam macam barangan untuk bayi dijual pada tarikh tersebut dan korang boleh dapat diskaun sehingga 80%! Mark dekat kalendar siap siap takut nanti lupa plak. hehe.

Jumaat, 18 November 2016

Dapatkan produk Nestle dari Lazada Malaysia sempena Online Revolution 2016

Hai semua! untuk entry pada kali ini aku nak share dengan korang tentang produk produk menarik yang aku dapat dari LAZADA Malaysia seperti yang dijanjikan dalam entry Misteri "Box of Joy" dan Lazada Online Revolution 2016 yang gempak! 

Jom kita mulakan dengan produk dari NESTLE dulu! Dalam kotak misteri aritu aku dapat Nescafe Rasa Pandan. Jujur aku cakap ini first time aku tengok nescafe yang berperisa pandan. Agak teruja jugalah sampai bagi kawan kawan sekali rasa nescafe ini.



Sekarang we move on to the second item, which is Nestle Just Milk Full Cream Milk! Yang ini pon aku belum pernah tengok sebelum ini. Mungkin packaging dah lain atau memang baru? aku tak pasti tapi yang pastinya korang boleh dapatkan minuman ini di laman sesawang LAZADA Malaysia.hehe




Seterusnya adalah MILO! minuman dari Nestle yang tengah meletop di LAZADA sekarang ini!Ada macam macam promotion untuk Milo. Dengan pembelian Milo di LAZADA Malaysia korang boleh dapatkan Bag Ola Bola secara percuma.



Berikut adalah antara produk dari Nestle yang ada dalam "Box of Joy" dari Lazada Malaysia. Ada beberapa produk lain contohnya L'Oréal, Mamypoko dan Tafel. Disebabkan ada banyak sangat produk yang aku dapat, jadi aku akan kongsikan produk lain di entry yang akan datang. Stay Tuned ok!

Klik banner untuk dapatkan barangan dari LAZADA dengan harga Durian Runtuh!