Sabtu, 31 Oktober 2015

Jom amalkan Clenx Tea dan Green Tea untuk Kurus dan Sihat

00:34 52
Jom amalkan Clenx Tea dan Green Tea untuk Kurus dan Sihat | Nak kurus dan sihat tapi langsung tak ambil apa apa inisiatif. itulah aku. Sebelum ini mana pernah nak ambil tahu tentang produk kesihatan lebih lebih lagi pasal green tea dan clenx tea yang aku nak kongsi untuk entry kali ini. 

Kesedaran untuk mengamalkan Clenx tea dan green tea datang bila aku mengalami satu pengalaman ngeri yang tak dapat nak diungkap dengan kata kata..gituh tapi tak adalah ngeri sangat pon.haha. Kalau nak tahu apa sebabnya korang semua boleh singgah baca entry Oh My Size

Sebelum aku merepek dan melalut yang bukan bukan baik kita kembali pada tujuan utama entry ini. First, jom tengok apa kebaikan Clenx Tea untuk badan kita.

  • Mengurangkan berat badan atau mengekalkan bentuk badan yang ideal
  • Mengalakkan proses perkumuhan dan melegakan sembelit
  • Meningkatkan keupayaan organ organ detoksifikasi
  • Menguatkan Sistem imunisasi


Aku nak kongsikan serba sedikit pengalaman aku dengan Clenx tea. As i said sebelum ini aku tak pernah fikir pon untuk amalkan minuman macam nih dan tak pernah ambil tahu pon apa kebaikan yang aku akan dapat kalau minum Clenx Tea. 


Dalam entry sebelum ini, aku pernah bagitahu yang aku berniat untuk kuruskan badan. Selain Jogging dan kawal cara pemakanan, aku cuba untuk minum dan mengamalkan Clenx Tea ini 2 hingga 3 kali seminggu . Masa beli tuh excited nak try nih tapi sekali bancuh..hmmm..semerbak bau dia. kembang kempis hidung ini nak habiskan satu cawan.



Clenx Tea disediakan dalam bentuk Uncang supaya senang untuk kita bancuh dan bawa ke mana mana. Aku biasanya akan minum waktu malam selepas makan malam tapi bergantung pada keadaan jugak. Kenapa? kejap lagi aku cerita kenapa.


Clenx Tea ini kan teh detoks, jadi kalau minum sure korang akan ulang alik pergi toilet dua tiga kali. Macam aku, lepas 7 hingga 8 jam minum baru kesan itu akan datang. Aku plak keja shift jadi kena pandai bajet masa. Sebab itu aku cakap tadi ianya depends pada keadaan. Korang kalau nak minum mesti kena pandai bajet masa kalau tak susah nanti. Mana tahu time dok meeting dengan bos tetiba perut memulas. satu hal pulak kan.hehe.


Selain Clenx Tea, aku mengamalkan green tea jugak. Setiap hari selepas makan mesti kena minum sebab green tea ini kebaikannya memang selambak atau dalam erti kata lain banyak giler.

Antara kebaikan Green Tea

  • Menurunkan berat badan
  • Menurunkan Tahap gula dalam darah
  • Mencegah Kanser
  • Membantu mengurangkan kadar kolestrol jahat (LDL)
  • Mencegah Osteoporosis
  • Meningkatkan sistem immun
  • Mencegah keracunan makanan
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi
Dan banyak lagi. kalau nak senarai satu satu lenguh jari nak taip. Korang boleh google untuk tahu kelebihan yang lain.hehe. Untuk green tea ini aku masih lagi tengah cari brand yang sesuai dengan tekak aku. Currently using BOH tapi cannot go la.haha. Any suggestion? Last but not least, Jom Kurus dan sihat bersama TEH! tapi jangan lupa exercise jugak untuk kesan yang lebih maximum. lol. Happy blogging semua.

Jumaat, 23 Oktober 2015

GIVEAWAY : Duit Saku Dari BBL

01:25 16

< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Khamis, 8 Oktober 2015

Logo baru yang Awesome Blog Luqman Zakaria

00:30 24
Assalamualaikum.

Setiap kali buat comeback mesti nak kena ubah template dan segala macam yang ada dalam blog sebab nak bagi semangat untuk diri sendiri supaya lepas nih jangan tenggelam timbul macam selalu tapi selepas dua atau tiga entry tup tup hilang sampai berbulan bulan. itulah aku!

Harap sangat kali ini penglibatan aku dalam dunia blogging akan bertahan lama dan akan berterusan dengan jayanya. gituh. macam statement retis yang buat comeback selepas bertahun bawa diri ke luar negara kan.eh! Oklah. Tanpa melengahkan masa, aku dengan ini melancarkan logo terbaru blog luqman zakaria.



Idea asal untuk logo blog aku ini sepatutnya gabungan antara huruf L dan Z. Design untuk logo yang asal tuh sebenarnya dah nak siap pon. Aku decide untuk letak yang tuh tapi we realize that logo asal yang kitorang design tuh sama dengan logo blog lain. Untuk mengelakkan isu ciplak kitorang cancel yang tuh yang fikirkan idea yang berbeza.

Selepas beberapa minit memerah otak, Abang aku come up with an idea to combine huruf L dan Q as a logo to this blog. At first aku tak agree sebab aku dah terbiasa dengan LZ yang membawa maksud Luqman Zakaria tapi bila fikir balik why not kita try dulu dan tengok hasil dia macam mana and yes i loikeee sebab simple. Aku boleh gunakan untuk header dan juga watermark. Sekali jalan je abis cerita.


Untuk page blog pulak aku still menggunakan Logo yang sama tetapi ada sedikit penambahan  supaya nampak lebih menarik. korang boleh tengok dekat bawah nih.


Credit to my brother for the logo.

Terima kasih juga kepada semua orang yang masih lagi memberi sokongan kepada blog aku, Walaupon dah lama sangat tak update apa apa still juga datang jenguk. Aku harap korang suka dengan perubahan pada blog yang sekarang nih. Aku cuba sebaik mungkin untuk buat blog nih nampak clean, cepat loading dan kemas. Sekali lagi terima kasih dan Happy Blogging.

Sabtu, 3 Oktober 2015

Oh My Size!

20:51 35
Assalamualaikum.

Hari yang ditunggu tunggu dah pon sampai, dengan menggelupurnya aku ke mesin ATM berdekatan untuk check samada gaji dah masuk ke belum sebab tak sabar nak pergi shopping baju dan seluar baru. Pakaian yang sedia ada tuh dah macam tak berapa nak selesa sangat pakai sebab dah ketat sikit tapi still boleh pakai.

Seperti biasalah kalau pergi mana mana store pakaian, cara dorang susun pakaian are almost the same kan..bermula dari saiz yang kecil dan yang paling bawah atau hujung sekali will be the last or biggest size that they have. Macam biasa aku akan scroll satu satu cari untuk cari which size yang boleh fit aku punya badan and unfortunately tak ada.



Oh My Size! tergamam sekejap sebab size paling besar pon aku tak boleh nak pakai. Stress ok bila size yang paling gajah pon tak boleh nak fit. At that moment jugaklah aku ditampar oleh realiti dimana aku baru sedar yang aku nih gemok. haha. *sebelum nih pon dah sedar tapi still feeling feeling kurus lagi.weewww.