Rabu, 23 Disember 2015

Ya Ampun! Self Service laundry maju nau nau.

Assalamualaikum.

Warga Blog sekalian. Siapa dekat sini species malas basuh baju? angkat siku tinggi tinggi lepas tuh 'siku' kepala sendiri. haha. Basuh baju pon malas memang patutlah siku kepala sendiri kan. Macam aku ini bukan malas tapi kurang rajin. kihkih. kalau kat rumah, memang mak tak pon kakak aku yang basuh, padahal bukan susah pon, just masuk kan baju dalam washing machine and bila dah siap tuh kau sidai jer dekat ampaian tunggu kering. settle. Bukannya kau kena pikul baju dalam bakul lepas tuh pergi basuh tepi sungai. Tapi tuhlah kan bila malas dah mula merasuk,  kau nak makan untuk hidup pon kau sanggup tahan tahan. tak gituh?

Sekarang ini semua benda tuh kena buat sendiri sebab jauh dari family. Aku ini menyewa jer and dalam rumah tak ada washing machine. Nak hantar laundry yang timbang ala ala dua ringgit sekilo tuh macam mahal jer. Better pergi self service laundry (SSL) tak payah kau nak tunggu 24 jam untuk collect balik pakaian. 


Biasanya, aku akan ke SLL dekat area rumah aku, memang dekat sangat jalan kaki jer tapi sejak beberapa hari yang lepas kot laundry tuh dah tutup. At first, aku ingat dia buka lambat ke apa, tapi dua hari lepas aku pergi time matahari terpacak atas kepala pon still lagi tak buka buka. Aku pon apa lagi cari la SLL lain yang berdekatan and wallah! aku jumpa Cleanpro Express.


Macam biasalah kalau dekat self service laundry ini akan ada washer dan dryer. Dekat cleanpro ada tiga pilihan, samada 9kg, 14kg dan yang paling ohsem ada washer dah dryer untuk 25kg. So, kau tak payah gelabah sangat kalau ada banyak pakaian. tak perlu divide guna dua washer and dryer. just letak sekali jalan jer.


25kg, Since laundry area rumah aku tuh dah tutup. Pakaian yang ada untuk dibasuh memang banyak gila. Mampu garu kepala jer bila tengok sebab kalau nak basuh tangan confirm confirm aku kena berkhemah dalam bilik air sebab tak akan siap punya dalam masa yang singkat. 


And this is the Dryer. Dekat tempat biasa aku pergi paling paling "busuk" pon ada untuk 18kg. Tapi dekat sini ada yang 25kg. Terbukti anda memang pro. sep sikit Cleanpro. Kalau korang nak tahu ada beberapa kemudahan lain yang disediakan di Cleanpro ini. Contohnya Coin exchange machine, Vending machine for drinks,  Vending machine untuk korang beli detergent, bleach atau pon softener if let say korang tak bawa, laundry beg pun ada kalau nak beli, ada Massage chair, Touch the sky dan juga Koisk Machine.

Part yang paling best untuk dikongsikan dengan korang adalah berkaitan Touch The Sky. apakah? TTS ini sebenarnya card system yang perkenalkan oleh Cleanpro untuk kemudahan customer dorang. Sekiranya korang pengguna setia Cleanpro, korang wajib ada dan guna sebab ianya coinless, faster, easy, convenient, secure dan juga trendy. Masa first time tengok Kiosk machine untuk Smart card ini aku macam jakun jugalah sebab untuk basuh baju pon guna smart card kau!. Maju nau nau kan.


Haaa. inilah dia Kiosk machine untuk beli smart card touch the sky. Aku belum lagi berkesempatan untuk guna. Next time, kalau aku guna, aku akan share dengan korang semua pengalaman mengunakan Smart card ini. So far, aku berpuas hati dengan service dekat cleanpro ini sebab banyak kemudahan yang ada especially wifi. Tak adalah bosan sangat duduk dekat situ sambil tunggu baju. Online pulak sambil masssage kan. No wonderlah Cleanpro ada banyak cawangan di malaysia, Singapore and thailand.

18 ulasan:

  1. Alright ! gonna find this soon !! ..

    - Syamsid Blog -
    .

    BalasPadam
  2. Hehe..sekli sekala kena cuci pakai tgn juga :P

    BalasPadam
  3. Terbaik gila, tak sangka siap ada touch lagi.
    kalau ada muatan besar boleh basuh toto. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang terbaik dean..aku pon rasa nak try basuh toto..haha

      Padam
  4. aku pun malas nak basuh..kadang2 tunggu sampai penuh bakul baru nak pegi laundry..biasalah lelaki..hehe

    BalasPadam
  5. hahaha lumrah lelaki kadang kadang pompuan ade gak spisis macam nii

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..bukan malas yer tapi kurang rajin..haha

      Padam
  6. saya sanggup tak cuci guna mesin basuh yang kena bayar 2 ringgit tu dekat asrama and lagi sanggup basuh guna tangan setiap hari sebab nak jimat punya pasal hahaha :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau sikit boleh la basuh tangan tapi kalau banyak memang jenuh jgk la..hehe

      Padam
  7. Tudia hahaha.. kalau Yun Sing kat rumah memang mak tak bg sentuh mesin, katanya nanti rosakkan -_- Bila ada pergi mana-mana kem atau tinggal asrama suka je lepas pakai terus cuci, senang hidup baju tak bertimbun ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..dulu ada gak angan angan nak basuh terus baju yang dah pakai..tapi tinggal angan angan jer..lepas tuh bertimbun jgk last last..haha

      Padam
  8. seronok nya ada kad laundry macam ni. kat kolej memang pakai self laundry tapi tak de yg pkai kad. kalau boleh pakai kad senang, tak yah nak kena cari duit syiling bagai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa first time pergi memang guna syiling gak..second time pergi nak guna kad..nak beli kat machine dia tapi nan hado tak reti nak beli..haha

      Padam
  9. Tak pernah lg guna mcm ni.. Hihi..

    BalasPadam