Isnin, 28 Disember 2015

Ranking Alexa yang acah acah popular dan Nuffnang yang sendu.

Assalamualaikum.

Sebelum aku teruskan hujah aku yang berjela jela tentang Alexa dan Nuffnang, aku nak seru semua blogger yang tersinggah blog ini untuk join bloglist arepnakbebel.com sebab tarikh tamat segmen ini adalah pada 28 December 2015 which is hari ini. Masih sempat lagi kalau nak join sebab terma dan syarat untuk join memang senang sesangat. Korang tak perlu nak kerah keringat di sawah bendang bagai! cuma copy and paste sahaja. kacang kan? selamat bersegmen. hehe

******

First sekali aku nak cakap pasal Ranking alexa. Aku dengan alexa ini dah lama kenal tapi kitorang tak pernah ada chemistry sebabnya sejak dari tahun 2009, blog aku ini tak pernah berada pada ranking yang boleh buat aku rasa teruja. Kalau aku rajin update blog, ranking blog akan mula meningkat tapi kalau malas, blog pon tak berupdate, ranking akan menurun tanpa belas kasihan. 


Ranking dalam Malaysia, 2376. Walaupon nan hado, aku tetap bersyukur sebab dulu mana ada ranking tapi sekarang alhamdulillah dah meningkat sampai macam ini. Hopefully, lepas ini ranking blog aku ini akan meningkat lagi dengan jayanya. Mungkin pada orang lain dorang tak kesah pon pasal ranking alexa tapi bagi aku benda ini boleh bagi kau semangat sikit untuk blogging. gituh.

Sekarang pasal Nuffnang yang sendu pulak. Lately, blog aku langsung tak dapat Iklan. Langsung ok, atau dalam bahasa mudah telur ayam. Aku pon tak tahu apa puncanya. Mungkin juga aku dah langgar syarat apa apa kot tapi setahu aku tak ada pulak aku buat benda benda yang boleh membuatkan nuffnang menjauhkan diri dari aku.haha. Tapi tak apa, aku dah Summit few tickets dekat dorang. Maybe besok atau lusa aku dah boleh dapat jawapan.

Apa pun aku kecewa jugalah sebab tak ada langsung kan. jadi aku membuat keputusan untuk cash out kan jer duit dalam tuh. Takutlah jugak nanti biarkan lama lama dia merajuk tak mau keluar pulak. Duit yang ada pon sekangkang kera jer tapi kena bersyukur ok sebab itu hasil titik peluh kau yang selama ini berblogging selama lima enam tahun ini hokeh. 


CPUV dan CPC buat masa sekarang memang telur ayam sebab aku dah cash out kan semalam. Well, tahun 2015 pon dah nak hampir ke penghujungnya  kan jadi kita tengok apa yang akan jadi pada Nuffnang aku ini di tahun 2016 pulak. Kita buka buku baru yer Cik Nuff. Dengan ini, aku nak ucapkan Selamat menyambut tahun baru kepada semua blogger dan sekali lagi aku nak ingatkan jangan lupa join segmen bloglist arepnakbebel sebelum jam 12 malam ini. Thank you and happy blogging.

14 ulasan:

  1. xpe lukman....mgkin ada rezeki lepas nihh....insyaAllah :)

    BalasPadam
  2. kami punya nuffnang pun sendu aje..

    nak cash out pun malu kokrang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..xpe..biar sikit asalkan itu dari usaha kita sendiri..hehe..

      Padam
  3. kalau sya cek ranking mau tak beratus ribu ranking nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..Takpa..sama sama kita naekkan ranking.

      Padam
  4. powernya. aku punya Rank 7K hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tadenya power..orang lain lagi power..aku acah acah je nih..

      Padam
  5. loni nuffnang ore kato sue sue kuku kaki.

    BalasPadam
  6. Dh lama x cek ranking. Dh jatuh berapa puluh ribu agknya.

    Nuff semua mndul. Dekut nk bagi income skrng.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..takpe, lepas ni menabung lagi dan usaha untuk dapatkan ranking yang terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..semoga tabung semakin bertambah dan ranking pon meningkat..hehe

      Padam