Selasa, 29 Disember 2015

Senarai 58 Blogger yang menyertai Segmen Infinity Bloglist arepnakbebel 2016

19:40 27
Assalamualaikum.

Alhamdulillah! Akhirnya tamat juga segmen Infinity bloglist arepnakbebel.com yang diadakan selama satu bulan. fuhh!. Terima kasih kepada semua blogger yang bagi support untuk segmen ini. Secara tak langsung semua 58 peserta akan disenaraikan dalam Infinity bloglist selama satu tahun.


Disini aku senaraikan semua peserta kepada dua kategori dan aku harap semua blogger yang join boleh buat semakan samada blog anda berada dalam list ini atau pon tidak. Kalau tak ada please inform admin ok. Maklumlah yer, admin ini pon manusia biasa takut terlepas pandang dan untuk blogger blogger lain pon boleh singgah dan baca entry ini, manalah tahu korang ada berkenan dengan mana mana blog, bolehlah blogwalking dan follow sekali. 

     Infinity for HER
  1. http://qiyasaad.blogspot.my
  2. http://najwazahid94.blogspot.my
  3. http://www.ciksiti.com
  4. http://ccicutedesign.blogspot.com
  5. http://nazaraman.blogspot.my
  6. http://cikilamenari.blogspot.my
  7. http://twittykingdom.blogspot.my
  8. http://ainnadhirah-aien.blogspot.my
  9. http://nuwulproperty.blogspot.my
  10. http://nikalani88.blogspot.my
  11. http://blognabihah.blogspot.my
  12. http://merosnordn.blogspot.my
  13. http://fiazdiary.blogspot.my
  14. http://sebabakusabrina.blogspot.com
  15. http://beehaazman19.blogspot.my
  16. http://littlesnorlax.blogspot.my
  17. http://bluechoralpearl.blogspot.my
  18. http://www.kisahpondokkecil.com
  19. http://eiydacalyx90.blogspot.my
  20. http://jepunmari2.blogspot.com
  21. http://thezszailaaa.blogspot.my
  22. http://itsmelyya.blogspot.my
  23. http://fardiyah.blogspot.my
  24. http://minidiariai.blogspot.my
  25. http://syaza-applemints.blogspot.my
  26. http://jombercontest.blogspot.my
  27. http://fififizahresepi.blogspot.my
  28. http://umikasum.blogspot.com
  29. http://skuterlady.blogspot.my
  30. http://beautifulofiman.blogspot.com
  31. http://yangbaik.blogspot.my
  32. http://ash-tsukidate.blogspot.my
  33. http://nurqasehbiz.blogspot.my
  34. http://hiphiphorray15.blogspot.my
  35. http://noradzwatyrokkafella.blogspot.my
  36. http://muffincokelatcinta.blogspot.my
  37. http://www.cekgunorazimah.com
  38. http://messarah.blogspot.my
  39. http://mimirheem.blogspot.my
  40. http://husnamujahidah.blogspot.com
  41. http://aienienka.blogspot.my
  42. http://farah-atiqah98.blogspot.my
  43. http://fakmal0.blogspot.my
  44. http://diariibuwafiq.blogspot.my
  45. http://www.sayidahnapisah.com
  46. http://www.aimisyahirah.com/


     Infinity for HIM
  1. http://bicarapensilwarna.blogspot.my
  2. http://akubukaninnocent.blogspot.my
  3. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my
  4. http://jomkliksini.blogspot.my
  5. http://www.pokcikblogger.com
  6. http://izzatazhrofficial.blogspot.my
  7. http://perantaumasa96.blogspot.my
  8. http://mhakimfaiz.blogspot.my
  9. http://khudrihalim.blogspot.my
  10. http://kakikerja.blogspot.my
  11. http://azlanrumadi.blogspot.my
  12. http://www.keladionline.com
Pada January 1, 2016, Blog korang semua akan berada dalam "Infinity Bloglist" di sidebar blog arepnakbebel.com. Terima kasih kepada semua yang menjayakan segmen aku yang tak seberapa ini yer. Seriously terharu ok T_T sebab ada juga yang nak join segmen blogger suam suam kuku ini. *Lap air mata.

Rabu, 23 Disember 2015

Ya Ampun! Self Service laundry maju nau nau.

02:22 18
Assalamualaikum.

Warga Blog sekalian. Siapa dekat sini species malas basuh baju? angkat siku tinggi tinggi lepas tuh 'siku' kepala sendiri. haha. Basuh baju pon malas memang patutlah siku kepala sendiri kan. Macam aku ini bukan malas tapi kurang rajin. kihkih. kalau kat rumah, memang mak tak pon kakak aku yang basuh, padahal bukan susah pon, just masuk kan baju dalam washing machine and bila dah siap tuh kau sidai jer dekat ampaian tunggu kering. settle. Bukannya kau kena pikul baju dalam bakul lepas tuh pergi basuh tepi sungai. Tapi tuhlah kan bila malas dah mula merasuk,  kau nak makan untuk hidup pon kau sanggup tahan tahan. tak gituh?

Sekarang ini semua benda tuh kena buat sendiri sebab jauh dari family. Aku ini menyewa jer and dalam rumah tak ada washing machine. Nak hantar laundry yang timbang ala ala dua ringgit sekilo tuh macam mahal jer. Better pergi self service laundry (SSL) tak payah kau nak tunggu 24 jam untuk collect balik pakaian. 


Biasanya, aku akan ke SLL dekat area rumah aku, memang dekat sangat jalan kaki jer tapi sejak beberapa hari yang lepas kot laundry tuh dah tutup. At first, aku ingat dia buka lambat ke apa, tapi dua hari lepas aku pergi time matahari terpacak atas kepala pon still lagi tak buka buka. Aku pon apa lagi cari la SLL lain yang berdekatan and wallah! aku jumpa Cleanpro Express.


Macam biasalah kalau dekat self service laundry ini akan ada washer dan dryer. Dekat cleanpro ada tiga pilihan, samada 9kg, 14kg dan yang paling ohsem ada washer dah dryer untuk 25kg. So, kau tak payah gelabah sangat kalau ada banyak pakaian. tak perlu divide guna dua washer and dryer. just letak sekali jalan jer.


25kg, Since laundry area rumah aku tuh dah tutup. Pakaian yang ada untuk dibasuh memang banyak gila. Mampu garu kepala jer bila tengok sebab kalau nak basuh tangan confirm confirm aku kena berkhemah dalam bilik air sebab tak akan siap punya dalam masa yang singkat. 


And this is the Dryer. Dekat tempat biasa aku pergi paling paling "busuk" pon ada untuk 18kg. Tapi dekat sini ada yang 25kg. Terbukti anda memang pro. sep sikit Cleanpro. Kalau korang nak tahu ada beberapa kemudahan lain yang disediakan di Cleanpro ini. Contohnya Coin exchange machine, Vending machine for drinks,  Vending machine untuk korang beli detergent, bleach atau pon softener if let say korang tak bawa, laundry beg pun ada kalau nak beli, ada Massage chair, Touch the sky dan juga Koisk Machine.

Part yang paling best untuk dikongsikan dengan korang adalah berkaitan Touch The Sky. apakah? TTS ini sebenarnya card system yang perkenalkan oleh Cleanpro untuk kemudahan customer dorang. Sekiranya korang pengguna setia Cleanpro, korang wajib ada dan guna sebab ianya coinless, faster, easy, convenient, secure dan juga trendy. Masa first time tengok Kiosk machine untuk Smart card ini aku macam jakun jugalah sebab untuk basuh baju pon guna smart card kau!. Maju nau nau kan.


Haaa. inilah dia Kiosk machine untuk beli smart card touch the sky. Aku belum lagi berkesempatan untuk guna. Next time, kalau aku guna, aku akan share dengan korang semua pengalaman mengunakan Smart card ini. So far, aku berpuas hati dengan service dekat cleanpro ini sebab banyak kemudahan yang ada especially wifi. Tak adalah bosan sangat duduk dekat situ sambil tunggu baju. Online pulak sambil masssage kan. No wonderlah Cleanpro ada banyak cawangan di malaysia, Singapore and thailand.

Isnin, 14 Disember 2015

Botol air A5 Memo yang stylo dan menjimatkan ruang beg anda.

19:52 22
Assalamualaikum.

Youtube merupakan salah satu social media website yang paling kerap aku buka selain facebook. Terlampau banyak informasi yang kita akan dapat melalui youtube samada baik atau pun buruk. betul tak? Tapi apa kaitannya dengan botol air A5 memo?

Of course lah ada kaitan sebabnya aku tahu pasal botol air A5 memo ini pon dari youtube. One of the vloggers upload a video about this super amazing botol air di account youtube dia dan aku secara tak langsung terpengaruh untuk beli benda alah ini. #sorrynotsorry lol.


Sebenarnya aku pun tak tahu nak beli dekat mana dan tak beria sangat pun nak beli tapi hari ini kebetulan aku ke setapak central dan nampak botol air ini terus beli. Niat sebenar nak pergi cari charmed aroma candle tapi hampeh tak ada. yang ada pun bau dia ntah apa apa. So aku beli la botol air ini. 

Sebelum ini aku dah pernah beli botol air dan aku actually suka sangat botol air tuh sebab design dia memang cool habis tapi sadly bila letak dalam beg, ruang untuk aku letak benda lain dah terjejas. gituh. dalam erti kata lain "menyempit" kan ruang beg. kahkah