Selasa, 24 November 2015

Dapatkan kulit yang bersih dan cantik dengan Hada Labo

By luqman zakaria  |  23:28 38 comments

Assalamualaikum.

Skincare products yang ada dalam pasaran sekarang ini memang banyak sangat sampai rambang mata nak pilih dan semuanya menjanjikan hasil yang tiptop untuk membantu kulit kita nampak lebih sihat, lebih putih, lebih bermaya dan yang paling penting kulit kita yang suam suam kuku ini akan nampak lebih flawless. Tapi betul ke semua produk itu memberikan kita hasil yang memuaskan? 


Obviously not me. lol. Credit to peyebabterbaru.blogspot.my

Pada pendapat aku, semuanya bergantung pada kulit. Kita tak boleh nak tangkap muat jer beli apa apa product yang ada kat luar just because korang tengok kawan korang guna ada perubahan yang ketara pada kulit dorang. We need to "investigate" apa masalah kulit kita dulu before beli. Mungkin kawan korang tuh ada masalah kulit yang berminyak dan produk yang dorang guna itu sesuai untuk kulit yang berminyak tapi korang tak ada masalah yang sama, jadi bila korang guna produk itu tak ada apa pon yang berlaku.


Moral of the story, Kita perlu tahu apa masalah kulit kita before kita beli apa apa produk. Jangan jadi macam aku, Boleh dikatakan setiap bulan tukar pencuci muka. Result dia kelaut jugak. Muka tetap macam peta dunia. Scars kat mana mana pon ada. Aku ini pantang kalau ada jerawat hinggap mesti jari ini akan automatic pergi picit sebab feeling dia OMG tak terkata uolls.






Credit to www.vanitytrove.com 

Sekarang ini aku ada jumpa one produk yang aku rasa sesuai dengan kulit muka aku which is Hada Labo. Produk ini dari jepun and seriously it is good for my skin type. Sebelum ini aku tak tahu pon yang produk ini wujud di Malaysia. Aku dapat tahu pon dari seorang vlogger di Youtube.


Hada Labo AHA/BHA Foaming Wash

Mengandungi AHA (Alpha Hydroxy Acid) dan BHA (Salicylic Acid) untuk remove kotoran dan minyak pada kulit. The best thing is ianya tidak mengandungi alkohol. Awal bulan aritu aku ke gurdian to buy some stuffs lepas itu teringat pasal produk ini and terus grab dia punya Facial wash. 


Cara nak guna macam biasalah. First basahkan muka dengan air and then pump some amount of foam onto palm. Sapu and massage a lil bit on your face lepas tuh basuh. Selain dari Facial Wash ini aku ada grab another product. Is it called Mild Peeling Lotion from the same brand, Hada Labo. 


Mild Peeling Lotion

Mild Peeling lotion ini digunakan untuk membuang sel sel mati pada kulit wajah kita. So, after korang dah guna facial wash. Boleh continue guna Mild peeling lotion sebelum gunakan Serum dan Moisturiser. At the moment, aku tak pakai any moisturiser, tapi i am thinking of buying one of that. Oh yer, korang salah seorang pengguna mask macam aku tak? if korang guna, apply Mild peeling lotion before that akan memberikan better result to our skin.

Buat masa sekarang, Kulit aku masih lagi dalam proses untuk pulih. Hopefully by using this product, kulit aku akan jadi baik dengan cepat. Aku akan update lagi about this in future untuk share dengan korang result dia.

P/S: Please remember yer, Kalau nak beli apa apa produk kaji or Investigate dulu kulit kita bersesuaian atau tak dengan produk yang kita nak guna,

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

38 ulasan:

  1. dulu saya beli product ikut mana brand buat sale paling murah, hingga suatu hari terkena suatu penyakit kulit, doktor suh recognize apa yang diguna, saya tak boleh nak jawap. Pasal tukar2 product. Rasanya kene ceramah tu lebih sakit dari sakit kulit yang dialami. Maka sejak itu, saya stick kepada 1 brand sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh kita kena cari produk yang betul betul sesuai dengan kulit wajah lepas tuh stick with that one. Tak sanggup rasanya nak dengar ceramah dari doktor. haha.

      Padam
  2. Wuwuwu tahniah.. Saya dulu guna hada labo tapi dah stop sbb kulit rasa kering. Tpi kalau rasa kulit sesuai why not? Teruskan jela kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai juga cakap after guna facial wash ini boleh buat skin kita dry. tapi as i know, kalau guna Produk yang mengandungi AHA/BHA ini kita tak boleh pakai siang under the sun, thats why dalam description dia suruh kita apply sunscreen product after guna facial wash dia. If let say kulit kering, try gunakan moisturiser. saya baru terfikir nak try guna sunscreen dan moisturiser lepas nih.

      Padam
  3. Kalau dah ok dgn produk tu, mmg puas hati kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat masa sekarang ini memang puas hati hehe

      Padam
  4. Sekarang amalkan ambil wudhuk je konon nak kasi muka berehat dari mengenakan apa-apa produk kahkahkah. Dah buang byk product yg baru beli LOL. tgk la lama mana bertahan. -.-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurlass..hehe. Ok jugak berhenti for a while untuk rehatkan kulit dari chemical..gituh..

      Padam
  5. Saya kulit sensitif. Bila jumpa doktor kulit pun dia bagitau, saya memang purely kulit orang asia, maka kena guna produk yang dirumus khas untuk kulit orang asia. So far Alhamdulillah dah kurang mengelupas dah kat tapak tangan dan sebagainya.

    Thanks for info, mana tau, satu hari nanti boleh cuba jga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kulit sensitif memang kena betul betul jaga kan..Hada labo ini boleh digunakan juga sebab kandungan dalam produk ini sesuai untuk yang ada masalah kulit sensitif..produk ini Free fragrance, alcohol and colorant. Insha Allah sesuai.

      Padam
  6. Ade terbaca jugaq pasal bagus produk hado labo ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. So far produk ini sesuai dengan kulit saya. Itu yang review sikit..hehe

      Padam
  7. Best ke ehh Hada Labo ni? nad tengah nak tukar skincare tapi taktahu nak tukar apaa. Takut tersilap lagi je hmm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam yang saya cakaplah so far produk ini ok dengan kulit saya. Kalau NS nak try boleh jer.. pergi guardian or watsons..usha dulu tengok Kandungan dan Kalau rasa sesuai boleh lah guna.

      Padam
  8. sy dulu selalu tkr2 product, now setia dgn argan oil: )

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samelah..Dulu memang selalu sangat tukar sekarang nih nak stay dengan Hada Labo jer.

      Padam
  9. Saya dulu tak kisah sangat pon pasal produk2 ni. just beli jenama safi sebab murah. dah besar sikit ni baru la guna otak sikit bila pilih produk, haha. Sekarang sy guna pencuci muka garnier :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. dulu dulu sape nak kisah kan..saya pon maen taram..Garnier bagus jgk ade member sy guna..kulit dia helok jer..hehe

      Padam
  10. dulu aku guna clean n clear facial cleanser, pastu the body shop..sume tak masuk.
    sekarang guna nivea men je..huhu
    nak usha la hada labo ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Byk jugak tuh..hehe..usha la kalau sesuai boleh guna.

      Padam
  11. sy x boleh pakai sebarangan nnt kulit kering n mengelupas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau macam tuh kena tanya doktor la produk ape yang boleh and x boleh.

      Padam
  12. Apakah... Baru tau pasal Hada Labo.. Hehehe Thanks share...

    Betul tuu... Kena pastikan dulu sesuai ke tak... Jangan main pakai jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pon baru baru ini jer tahu pasal product ini...Welcome :)

      Padam
  13. Aku pernah cuba guna hada labo pore refining foam dulu, ok jugak produk tu bagi aku, tapi tak habis pakai tertinggal di farm masa habis praktikal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pon rasa ok bila guna..sekarang ini dah sebulan aku guna and guess what..it works on me.. :)

      Padam
  14. bila tgk iklan kt tv mcm nk bli...tp sampai sudah xbeli2 heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..takpe2..guna dulu yang ada..lepas ini beli..hehe

      Padam
  15. macam-macam skin care ada kat pasaran, susah juga nak cari yang terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup memang susah nak cari sebab byk sangat tapi once dah jumpe oklah..hehe

      Padam
  16. pernah nk try tapi sampai lani xtry2 lg.. hehehe

    BalasPadam
  17. kite pun pakai hada labo tapi harga mahal ya hampunnn. stop kejap sebb mhal sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah memang mahal sikit..tapi so far sy cuma gunakan pencuci muka dengan peeling lotion jer.. yang lain tak pon..

      Padam
  18. bolehlah lah tampaknya produk yang ditawarkan ni

    BalasPadam
  19. Ur skin type ap eh?

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP