Rabu, 10 Jun 2015

Tak Tunggu lapar tapi kalau tunggu sakit hati pulak.Sudahnya?

By luqman zakaria  |  20:20 14 comments

Pada petang yang ala ala hujan nak hujan tapi last last tak hujan pun, Aku dengan bangganya keluar dari tempat kerja and bergegas ke LRT, tak sabar nak lentok sebab penat sangat bekerja mencari rezeki.gituh. Dalam duk terbayangkan tilam tuh boleh pulak perut aku meminta minta. Mengidam pulak makanan omputeh, celah manalah aku nak carik. 

Baru teringat yang dekat area rumah aku ada satu kedai western yang memenuhi citarasa perut aku sekarang nih. Disebabkan kedai tuh ajak jauh nun disana, aku amek cab sebab tak larat nak berjalan. Sanggup nih amek cab semata mata nak pergi makan jer. Nafsu nafsu. How dare you.

Kedai tuh bukak petang and tutup pagi. Tengok jam.OK.dah bukak. Sampai jer kedai tuh, Tak ramai sangat orang pon. yang ramainya pekerja tapi seat macam penuh. Tak apalah lagi pon bukannya aku nak makan kat kedai pon. Aku nih kalau sorang sorang memang suka take away. jarang sangat makan dekat kedai. 

 Eh. ada kosonglah. Aku pon duduklah tak perasan pulak ada sorang kakak tuh dah duduk kat situ. aku buat taktau jelah. lagi pon nak take away jer. Kebetulan masa tuh menu dah ada kat atas meja. Aku grabbed and usha usha dulu apa yang best. Then aku decide nak order.Tunggu punya tunggu tak ada orang datang tanya pon aku dah order ke belum. 

Ade sorang mamat nih datang lalu lalang dekat area table aku hantarkan makanan customer. Aku pon cakaplah dengan dia yang aku nak order, dia angguk angguk tapi lepas tuh blah macam tuh jer. Aku ok lagi sebab yelah mungkin die blah sebab nak amek pen ke kertas ke untuk amek order tapi sudahnya? die pergi and hilang tanpa khabar berita.chaiit. menguji betul kau nih kan.

Pekerja kat situ kalau korang nak tahu macam pasar malam sebab memang ramai giler tapi semuanya nan hado. Aku usha jer staff dekat situ.  Bukanya busy amek order customer pon. Dok catwalk jer lebih. kesabaran aku pada waktu tuh telah meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Aku pon pergi kaunter dan membebel bebel tapi dengan nada yang masih sopan. Lepas tuh barulah terhegeh hegeh nak amek order. Done.

Aku ingatkan drama lambat amek order sampai dekat situ jer tapi aku silap. Tiba tiba, kakak sebelah aku pulak bertukar jadi Hulk. Dia pulak pergi kaunter membebel bebel. Memang gangster giler kakak nih. Macam kejadian aku tadilah, lepas kena ambush barulah terhegeh hegeh amek order. Tak lama lepas tuh, makanan yang kakak tuh order terus sampai. cepat pulak kau boleh siapkan. tadi kemain lambat amek order macam customer ramai sangat.

Tunggu punya tunggu, aku dah rimas dah sebab lama sangat. Aku pergi kaunter check, Dia cakap belum siap. Tengah duk buat lagi. Dah macam Buat catwalk next top model sebab asyik ulang alik pergi kaunter check makanan. Time tuh phone pulak kehabisan bateri tak dapat nak lalaikan diri dengan teknologi. 

Dalam pada masa yang sama, ada satu staff kat situ datang table aku dan buat lawak cliche, aku punyalah kemain lama tunggu , dia dengan muka tak bersalah tanya aku "tadi order apa ek??" menyirap beb. Aku dah nak Meletop! time tuh tapi aku masih boleh kawal lagi perangai tak senonoh aku. Tak lama lepas tuh barulah semuanya settle tapi yang Hilarious-nya kenapa lepas korang dah siapkan makanan yang customer take away terus melulu pergi kaunter and letak dekat situ? lepas tuh sambung balik buat kerja korang tanpa inform customer yang makanan dorang dah siap.

Kalau korang bijak sikit kan, bila makanan dah siap tuh, inform jer la customer yang order dorang dah ready and bayaran boleh buat terus dekat kaunter. kan senang. Customer bukannya ada sixth sense dik oi. aiyoo.

Aku nih malas nak buat drama lebih lebih sebab melibatkan makanan. Kang tak pasal pasal lain jadinya. Orang cakap jangan cari pasal dengan orang yang sediakan makanan kita nanti tak pasal pasal makanan jadi bahan pembalasan. Bukan nak buat tuduhan tapi kita kena jugak berhati hati kan. Sampai sini jerlah entry luahan hati. happy blogging semua.

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

14 ulasan:

  1. Pernah mengalami situasi mcm ni...last2 kita sndiri kena tya baru dia bgtau dh siap..blik umaj..makanan tu dh sejuk coz dh lama siap..terus putus nafsu mkn...kecewa huhuhu

    BalasPadam
  2. dapat kedai mcam ni memang menyirap jugak rasa . kdang2 tu mkanan pon salah . 2 3 kali dah pergi kedai tu , pon salah jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah kan..makanan salah tuh lg la sakit ati..bukan main order tapi salah antar benda lain pulak..sabor je la..

      Padam
  3. Menyakitkan hati..mgkin sbb awak lelaki kot..kalau awek cun cepat je dia amik order..hihihi

    Singgah blogwalking..salam perkenalan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin kot..cer kalau awek cun kan..takyah panggil amek order..terus dtg tnye nak mkn apa..haha..salam perkenalan jgk..tq singgah sini sue.

      Padam
  4. Kalau time sally xde mood...sumpah kena makin seranah semua...kadang-kadang dorang ni nak meniaga tp malas...ikut hati nak masuk dapur masak sendiri! Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...masak sendiri senang..cakap je bahan bahan letak katne..haha..

      Padam
  5. memang teruk betul layanan. lain kali kira tak pi terus le

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu..memang tak pergi dah la jawabnya.

      Padam
  6. pernah kena sekali dulu, rasa cam nak tiau je depa ni lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..mmg rasa nak tiau jgk tp fikirkan makanan tak jadi nak tiau..hehe

      Padam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP