Selasa, 10 Mac 2015

Pencarian bilik sewa baru. Mission accomplished!

Assalamualaikum.

Hidup di bandaraya kuala lumpur yang serba serbi memerlukan duit nih memang susah nak cari bilik sewa yang murah apatah lagi rumah sewa kan. Paling paling cinonet pon dalam seribu lebih satu rumah, kalau dapat yang lagi murah dari tuh memang rezeki koranglah. Lepas tuh, kalaulah..dapat rumah sewa yang korang mampu nak bayar bulanan, macam mana pulak dengan deposit. Ribu riban plak diperlukan. pergh. duit macam air. menyusur pergi tanpa arus. haha.

Nak dijadikan cerita, dulu..lepas dapat kerja dekat KL nih, aku mengelupur cari bilik sewa. Bila dah dapat kerja tuh mestilah nak kena ada tempat berteduh kan. Cari punya cari jumpa satu tempat nih dekat Pandan Jaya. Kalau dikutkan lokasi tempat tuh dah memenuhi syarat yang diperlukan tapi yang malangnya kena share pulak satu bilik tuh dengan kaum adam yang lain. 

At first memang aku tak nak share bilik. Giler kau nak stay dengan stranger and tidur pulak dalam satu bilik yang sama. kalau share rumah jer takpa. ini bilik ok. nak tinggalkan bilik pergi kerja tiap tiap hari pon risau kalau kalau barang berharga kena rompak dengan roommate sendiri. Kalau aku utarakan statement nih dekat siapa siapa mesti ada yang cakap "apa susah,,kau janganlah tinggalkan barang berharga dalam bilik..bawak sekali dengan kau pergi tempat kerja". Hello..barang berharga yang aku ade nih bukan cuma seketul cincin diamond yang sekangkang kera tuh jer ok tapi banyak lagi benda benda lain. Takkanlah nak angkut satu beg besar pergi office. larat ke kau.

Tapi disebabkan dah kesuntukan masa aku tetap redha dan pasrah dengan keputusan yang aku buat. Aku stay kat rumah sewa tuh. Walaupon dugaan yang aku terima lagi teruk dari drama tv yang kita dok tengok petang petang tuh, Aku tetap bertahan selama lebih kurang setahun. Bertahan selama tuh pon sebab orang yang share bilik dengan aku tuh yang keluar dulu. 

Bila roommate dah keluar dulu, aku stay sorang jer lah kan. Seriously memang selesa gila, aku siap offer nak bayar lebih dekat owner rumah tuh sebab tak nak share bilik dengan orang lain tapi biasalah kan kalau dah jenis yang mata duitan memang tak boleh nak kata apa dah, Dia tak nak. Tak nak tuh dah satu hal, boleh pulak time tuh jugak die bagitau aku yang dia nak cari lagi  tiga orang penyewa lain untuk disardinkan dalam bilik tuh. Tak ke gila satu bilik nak bagi empat orang duduk. kau ingat ini asrama sekolah? Nak tak nak, aku tetap juga kena mengalah sebab dah sah sah tuh rumah dia kan. lantaklah dia nak buat apa. Terpaksalah aku cari bilik sewa baru.

Fuh!..to make it short, after beberapa minggu cari bilik sewa. Finally, aku jumpa one the house yang nearby melati LRT Station, dekat tuh tak adalah dekat sangat but convenience jugaklah untuk aku gerak pergi kerja. well that's it fo now. Terima kasih sebab luangkan masa untuk baca entry ini.hasta la vista everybadeh!



24 ulasan:

  1. Alhamdulillah dan tahniah kerana mission accomplished... :)

    BalasPadam
  2. dah try cari bilik dalam ibilik.com?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah..mudah dah...ibilik pon dah..skg dah jumpa la.

      Padam
  3. stay mane arip..ok la dh jumoe..haha

    BalasPadam
  4. waa...lama dah luqman xhapdet blog...hehehhe...

    tp mmg xselesa kot kalau ber"sardin" dalam 1 bilik...better carik blik lain kan...kdg2 lebih rela byr lebih asalkan selesa...semoga dipermudahkan urusan yerr... hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah pasal..kalau bilik tuh sebesar dewan xpe jugak..ini bilik cinonet jer..mcm mane nak duduk ramai..alhamdulillah dah jumpa bilik baru...tq :

      Padam
  5. Sure excitedkan pindah tempat baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu...xdelah excited sgt..sbb tmpt baru pon xde best sgt pon..

      Padam
  6. memang susah kan nak mencari bilik / rumah sewa yang ngam ngan citarasa kite. teringatpengalaman saya dulu masa bujang, asyik kerap bertukar rumah jer...tapi kini tak lagi =))

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau xpe..memang susah tapi tulah..kena rajin cari kalau tak memang x jumpa..ini yg jumpa pn blm puas hati lg..hehe

      Padam
  7. Mcm tue la hidup di kota KL nie.. Semuanya duit.. Rumah sewa klu nk murah ade tp jauh dr bandar..huhu.. Dh merasa pe yg awk rse time study dlu.. Hbs ptptn kt rumah sewa sje..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau xpe..hehe..yang murah jauh plak..trpaksa la jgk amek even mahal sikit

      Padam
  8. betul la tu . stay satu bilik dengan orang tak kenal bahaya . perghhh mahal gila rumah sewa sana sampai ribu raban

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup memang mahal..bilik jer dah nak sampai seribu kalau rumah hmm..nasib la kalau dapat murah

      Padam
  9. Salam bro.. Good read.. Nice writing too! Dulu banyak bilik sewa or rumah sewa cari dekat mudah or ibilik.. sekarang hidup.my.. nampak macam cantik.. kat sini.. http://hidup.my/?utm_source=Blog&utm_medium=Comment&utm_campaign=SPost
    maybe bro boleh review sekali? what do you think?

    BalasPadam