Sabtu, 21 Mac 2015

Drama bersiri Mat Salleh yang menjerat hati gua.

Pfft..Takleh blah tajuk entry tapi hakikatnya memang macam gituh. Entry nih sebenarnya nak share dengan korang semua tentang drama bersiri omputeh yang aku tengah layan sekarang. Kalau nak diikutkan memang berdozen dozen tapi aku share sikit sikitlah mana tahu drama drama yang aku share nih boleh menjerat hati korang pulak kan. boleh jadi geng nanti.haha

Pretty Little Liars. Citer nih dulu ditayangkan kat 8TV. Time tuh memang tak ada citer lain yang best kat tv. So, aku layankan jer citer nih. First episode season one. Hmmm..Sekali tengok dah rasa membuak buak pulak hati nih nak tengok lagi tapi masalahnya aku bukannya selalu ada kat rumah nak tengok. kalau kat kolej or rumah sewa time belajar dulu tak ada tv. terpaksa batalkan niat aku.



Tapi entah macam mana aku boleh teringat balik pasal drama nih and lepas tuh aku start layan balik dari season satu sampailah sekarang season lima. Tak habes habes pon lagi okeh. Citer nih pasal  empat orang remaja perempuan, Emily, Hanna, Spencer dan Aria yang terpisah disebabkan oleh leader group dorang Alison hilang . Setahun lepas tuh dorang reunite balik disebabkan oleh text ugutan yang dorang dapat daripada individu yang bernama "A". First first tuh dorang ingatkan text tuh dihantar  oleh Alison tapi selepas mayat Alison dijumpai barulah dorang sedar, ada orang lain yang try untuk musnahkan hidup dorang. Gituhlah sikit sikit sinopsis yang boleh aku share, kalau nak tahu lebih korang kenalah tengok sendiri.


Part yang paling best bila korang tengok citer nih korang akan ada "A" theory korang sendiri. Setiap season aku akan select sorang pelakon and buat andaian.."mesti dia nih A" mesti dia nih yang plan semua tapi last last hampeh. Sampai season 5 pon still macam tuh. tak sabar nak tahu siapa "A" 

Next,

Drop Dead Diva. Series nih pon aku discovered di 8TV. Citer nih memang lain bebenor genre dia kalau nak dibandingkan dengan PLL tapi fun to watch. Quite weird dan tak masuk akal tapi as i said earliar, fun to watch.huhu.


Drama series ini mengisahkan tentang seorang model yang cantek dan sexy meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan jalan raya dan kembali semula ke bumi selepas menekan "return button" waktu ada di "syurga". tak logik kan tapi yang bestnya bila dia balik semula ke bumi, soul dia dimasukkan ke dalam badan orang lain. yang pasti orang tuh mempunyai characteristic yang berbeza dari diri dia yang dulu. senang citer, series nih mengisahkan tentang macam mana dia nak adapt dengan life dan diri dia yang baru. Aku tak sure series nih ade berapa season tapi at the moment aku baru tengok sampai season tiga.


Ini adalah dua drama series yang tengah aku layan sekarang, ada banyak lagi dan aku akan share semua tuh dalam entry yang lain pulak. In case kalau korang baca entry nih, komenlah sikit pasal series kesukaan korang. boleh jugak aku usha usha nanti. hehe. hmm..oklah. rasanya cukuplah tuh untuk kali nih. Terima kasih sebab luangkan masa di blog luqman zakaria walau pon jarang sangat  update entry. happy blogging.

6 ulasan:

  1. dah lama x layan english series. last english series yang aku layan, prison break & heroes. haha. LOL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Prison break aku layan gak sampai abes..Heroes season satu je lepas tuh dah tak tgk dah..nanti lau ade mase nak gak cari balik citer Heroes.

      Padam
  2. wah kemain menjerat hati ek..
    drop dead diva tu not bad gak tapi k lily tak tengok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..tq Cik Lily sbb singgah sini :)

      Padam