Jumaat, 25 Julai 2014

Iftar with them - Texas Chicken/Wondermama X.

Assalamualaikum.
Dalam post sebelum ini aku ada story sikit pasal hunny butter biscuit yang aku makan dekat Texas Chicken. To be honest, benda tuh memang sedap and few days ago, we decided to have our iftar dekat sana. Well actually, bukan aku yang planned everything tapi my officemates yang ajak. Since aku dah bosan makan nasi campur hari hari dekat bazaar ramadan, so aku ikutlah dorang. 

While waiting for the berbuka puasa session, kitorang ke times square dulu. Usha usha barang untuk hari raya. Aku ikut jer dorang shopping, nak beli barang raya pon tak ada moodlah since tak dapat cuti raya. Sedih giler kot beraya dekat office jer. whathehey betul. Tapi nak buat macam mana kan. Redho jer la.

Jumaat, 11 Julai 2014

Iftar with Them - Fish & Co

Assalamualaikum.
Sebelum aku pot pet pot pet. Aku nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan dan selamat berpuasa kepada semua yang singgah arepnakbebel.com. Even blog nih tak ada apa apa update pon still ada yang singgah.sobss..sobbs..terharu kot..and semalam aku tengok followers berkurang tapi arini tetibe pulak ada satu lagi penambahan..cehhhh..haha..thank you to MissNick sebab sudi follow blog nih..


Nak dijadikan cerita, semalam aku berbuka puasa di Fish & Co dengan kawan kawan office. Kalau dah nama Fish & Co, of course lah kebanyakan makanan yang ada berasaskan ikan. aku pulak kurang sikit kalau ikan sebab aku nih hantu ayam. Tapi bila scroll menu aku ada nampak satu dish nih yang ada ayam. hmmm..tak payah nak fikir panjang order jer yang tuh. haha.


Kitorang sampai kat sini dah 7 lebih..duduk duduk jer terus order sebab takut tak sempat and i was really impressed dengan service dorang sebab makanan yang kitorang order sampai cepat. tak perlu nak tunggu lama masa nak berbuka tuh. Sambil nak tunggu makanan sampai kitorang selfie ler dulu macam biasa..ahaks.


Fried Chicken with Peri Peri Prawns


Lychee Mojito

Fried Chicken and Peri Peri Prawns.Inilah makanan yang aku order. ade ayam, udang, rice and coleslaw *i think so..huhu. Boleh tahan jugaklah dan mengenyangkan. Sambil sambil dok makan tuh, aku try jugak makan Fish and Chip member sebelah. Aku memang tak suka sangat tapi bila makan yang kat sini punyer Fish and Chip memang sedap. Takde pon bau  yang kurang menyenangkan.huhu.oh yer..lychee mojito tuhh terbaik hokeh!


Fish & Chip


Overall makan kat Fish and Co nih memang best. Rasanya boleh repeat lagi sekali kot. Next time maybe boleh ajak kawan kawan aku yang lain pulak.haha..Bila sesi makan dah abes. Kitorang ended the day with few group photo. Benda yang semua orang akan buat bila keluar reramai kan.huhu. Oklah. Thank you for dropping by :) Happy blogging semua.