Khamis, 26 Jun 2014

Hashtag KBTKK - Ke Bukit Tinggi Ke Kita? PART 2

Yeahhh! Sambungan Telenovela Bukit Tinggi sudah kembali.

Inilah hasil dia kalau rajin sangat buat cerita yang ada Part 1, Part 2 nih. Makan zaman nak habeskan semua. Dah la aku nih berada dalam kategori blogger magic. sekejap ada sekejap tak ada. Entry Ke Bukit Tinggi Ke Kita (KBTKK) Part 1 aku update on May 19 dan sekarang nih June 26. Perghh lama giler kan nak tunggu entry Part 2. Dah macam pembikinan drama bersiri Akasia pulak.

Pada yang belum tahu apa yang berlaku sebelum nih meh aku buat summary sikit. Last entry kitorang pergi ke Colmar Village. tengok tengok bangunan ala ala France tuh. Selfie sikit sikit lepas tuh balik. Aku ingatkan lepas balik dari Colmar Village, kitorang boleh masuk bilik and Kroohh kroohh..Rupa rupanya ade aktiviti lain pulak.




Kitorang nih bukannya pro sangat maen bowling. Sekadar untuk suka suka. Tapi yang penting aku menang.hahahahaha.

Lepas penat maen bowling, kitorang dah boleh balik bilik, tapi ada juga yang decide nak pergi swimming dulu. Kalau aku nih memang taklah. Berenang pon tak pandai buat apa nak lepak sana jugak. Takkan nak buat aksi belai belai air sambil rendam kaki je kan. so better masuk bilik baring baring layan tv sebelum dinner.




Bilik nih share 3 orang. Sorang terpaksa tidur kat Extra bed. Lepas rehat rehat kat bilik. Kitorang semua siap siap pergi dinner dekat "The Restaurant". Dinner on that day kitorang punyer own expenses, so boleh decide sendirilah nak makan apa kan.




Lepas makan, kitorang ada karaoke session pulak tapi sayang sebab tade langsung gambar masa karok tuh.Handphone buat hal. boleh pulak die nak rosak time time macam nih kan. so aku tak dapat nak share gambar time karok.Dengan member lain ada la tapi malas nak mintak.haha.Disebabkan gambar time karok tade lemme continue dengan sarapan pagi keesokan harinya hokeh. Untuk sarapan pagi semuanya ditanggung beres.





Trip ke bukit tinggi selama 2hari 1malam nih boleh tahan jugak. Ye la kalau nak plan sendiri memang tak tahu bila boleh kuar sesama. maklumlah kalau kerja shift macam kitorang tak boleh nak plan sangat. nanti last last hampeh. So overall it was a fun trip and hopefully there will be another trip yang macam nih in future. Dengan ini maka berakhirlah entry KBTKK. finally.haha.

Khamis, 5 Jun 2014

Hangout Session : Chili's dan Jobs Fair.

Hangout session ini sebenarnya dah lama benor berlalu tapi arini baru aku nak update. Bukan apa,  Sindrom malas semakin menebal dalam dalam diri nih sebab itulah lambat update..yang pasal Bukit Tinggi pon belum abes citer lagi. Kalaulah citer bukit tinggi aku tuh macam telenovela..jenuhlah penonton tunggu episod seterusnya kan..

Aritu dapat msj dari member aku..nak turun kl katenya..ajak aku hang out sekali..even masa tuh aku kerja malam. aku tetap ikut jugak sebab dah lama sangat tak jumpa dorang..last jumpa semua orang masa hari kitorang grad diploma dulu.Tujuan dorang datang kl  sebab nak pergi jobs fair tapi before that, kitorang pergi makan dekat Chili's dulu.


Semua orang nampak just the same size as i met them before..tapi bila tengok diri sendiri..tibe tibe feeling.."oh waiitttt...who's that guy in the sweater?  you look so big in that picture.." then aku cakap kat diri sendiri.."the size of picture is too small..that's the reason of why i look so big!!".. yeahhh..haha..looking forward to hangout with them again in future.




Mase lunch tuh aku makan Chicken Crisper..and ade yang makan burger dengan steak tapi aku tak tahu la apa nama makanan dorang tuh..aku just nak share mashed potato yang dalam gambar last tuh memang sedap giler..you guys should go and try that superb mashed potato. After dah kenyang tuh we all semua pergi Career & Postgraduate Fair. 



Semangat isi borang.tapi semua nih hanya lakonan semata mata..lebih lebih lagi yang hujung sana tuh..hehe. Dorang sediakan resume sekali kot dan aku pulak lenggang mak kiah jer datang dengan camera..takpelah..lagipon aku dah kerja..

Lama jugak kitorang kat sana pusing pusing cari kerja.lol. Insyaallah kalau ade rezeki dorang dapat la kerja tuh. Bila dah dapat kerja nanti boleh belanja aku makan. Sorrylah yer sebab tak dapat nak belanja korang makan aritu..sobs..sobs..



Lepas penat cari keja..kitorang singgah kat The Coffee & Spice  Company. Singgah minum kejap lepas tuh dorang terus gerak balik melaka sebab tiket bas dah beli. Thank you so much to Nona & Masnur  sebab sudi lepak dengan aku sampai malam..That will be all for today and happy blogging semua. Sambungan untuk Bukit Tinggi akan menyusul..Insyaallah.