Rabu, 30 April 2014

Rewards for this month! Me is Happy.

19:45 36
Assalamualaikum.
Last year punyer segmen Mencari Bloglist Melekat 2013 memang seronok giler sebab ramai blogger yang join. Tahun nih pon rasa macam nak buat jugak tapi kurang confident sebab dah lama tak blogging takut tak ada yang nak join. tapi belum cuba belum tahu kan.hmmm.. we'll see how lah..

Lupakan pasal segmen tuh kejap sebab ade beberapa benda yang aku nak share dengan korang. First sekali pasal Labour Day. Besok 1st May, Labour Day kau..dah sah sah la cuti kan. Tapi aku besok aku kerja..morning shift pulak tuh..Mehanan matalah pepagi nak kena bangun kan. Apa apa pon kepada yang cuti tuh. Selamat bercuti dan selamat Hari Pekerja.


Lepas tuh aku nak share pasal gambar kat atas nih..hehe..aritu aku ada dapat complimentary 300g cake. Boleh pilih samaada nak Cheese, Chocolate tak pon Velvet. so, disebabkan aku tak pernah makan cake red velvet yang kononnya sedap tuh..aku pon ameklah red velvet..lagi pon cheese dengan chocolate dah biasa sangat makan..haha.dan terbuktilah yang cake tuh memang sedap tapi kalau dapat 1kg lagi sedap kot.lol.


Inilah rupa dia..Nampak macam gedabak kan..tapi bila makan..aku sorang pon boleh habeskan..bayangkan jelah 300g besar mana tapi dah orang bagi free tuh bersyukurlah.

Last sekali, nak share pasal apa yang jadi hari ini, Pagi tadi lepas bangun tido rasa macam nak sambung balik sebab penat sangat.. lagi pon hari ini aku cuti tapi bila fikir balik, kalau aku tido jer sepanjang hari makin penatlah badan nih..So aku decide nak keluar. Kalau dah keluar tuh memang akan habeslah duit..


Tadi aku pergi H&M dekat bukit bintang and beli Tshirt and jeans..Rewards for this month katenya..ingatkan lepas tuh nak pergi somewhere else sebab still awal lagi tapi nan hado sebab cuaca panas yang amat.. lepas tuh aku balik jerlah..bila dah sampai rumah.lain pulak cuaca dia...hujan turun lebat giler..lagi lebat dari hujan yang turun dalam citer Azura yang neelofa berlakon tuh..eh..eh..dengan itu berakhirlah entry untuk kali nih..sampai ketemu lagi..haha.

Jumaat, 25 April 2014

Random post habes habesan.

23:23 15
Assalamualaikum.
Tekak aku nih masih lagi menikmati kemanisan Honey Butter Biscuit. Sedap baq hang..susah untuk diungkap dengan kata kata..Penangan Texas Chicken punya pasal. Sebelum nih aku dok usha dari jauh jer Texas chicken. Niat dalam hati nih memang dah lama sangat nak singgah tapi tak kesampaian sebab komitmen kerja yang melampau lampau..tapi itu tidak menghalang keinginan aku untuk menjejakkan kaki ke Texas Chicken. Tujuan pergi sana adalah untuk menikmati keenakan ayam goreng tapi tup tup jatuh cinta dengan biskut yang tak macam biskut nih.


Honey Butter Biscuit (Taken from www.texaschickenmalaysia.com)

Dunno why they called it biscuit..Sebab bagi aku benda nih roti..but its okey..no big deal..yang penting rasa dia cukup memikat hati.lol. Oklah cukup sampai sini citer pasal makan..aku nak citer pasal benda lain pulak..kata  random post kan..

Aku start keja dekat renaissance hotel since november last year..dah nak masuk 5 Bulan kerja kat sana..and alhamdulillah sejak kerja sana aku ada sikit duit lebih untuk dibelanjakan..Self reward katenya.there are few things yang aku beli bulan bulan yang lepas. Antaranya :


Suka jam nih sebab die simple and yang penting tali die leather bukan besi 4kilo yang melekat dekat tangan.haha. i just hate Jam with besi besi di sekeliling tangan. Satu lagi sebab dia murah. Tak mampulah nak pakai jam riban riban semata nak tengok timing. *Padahal tak mampu..kalau mampu tak cakap macam nih.LOL.


Previous post aku ada kepochi  pasal #notsonew laptop nih. Walau pon bukan beli yang totally new one aku masih jugak feeling feeling kekwat abes sebab aku beli dengan hasil titik peluh aku sendiri..wahhh..gituhh kan..bukannya apa..sebab condition pon masih tiptop lagi..so why we need to spend more kan.. #tipsbelibelahdariorangyangkurangduit eh! Hopefully laptop nih akan bertahan lama dan gagah untuk beberapa tahun akan datang.


Nampak tak usaha gigih aku susun bagai macam nih semata mata nak upload letak dalam Instagram lepas tunggu orang like.haha. konon kononnya macam Outfit Of The Day lah kan..tujuan upload gambar nih nak share pasal Jeans tuh jer..Aku jarang dapat beli jeans sebab susahlah nak dapat saiz. Aku akan mengalami kemurungan bila shopping outfit sebab susah nak dapat saiz. bila dah suka..saiz mesti takdak takdak takdak..racist betul kan.lol.. *orang suruh exercise biar turun sikit berat badan tak nak..jadi,terimalah akibatnya..huwaaa...adik adik semua jangan ikut perangai macam nih okeh..tak elok untuk masa depan. 


Perfume nih last month aku beli..previous post aku ada update pasal nih..kalau rasa macam rajin nak nak tengok klik jer SINI. oh yer..lupa nak citer pasal pageview blog nih..aku pelik sebab dulu masa dok aktif kaw kaw pageview sikit jer tapi lepas dah tinggal lama pastuh aktif balik pageview melimpah ruah..Alhamdulillah kan..terima kasih yer pada yang sudi singgah,baca and komen entry entry kat blog yang nan hado nih.sekian.hehe.